Kelly 3572

Tuesday, July 10, 2018

Perlawanan Akhir...

Assalamualaikum

Pada aku la, perlawanan akhir tu adalah malam ni, awal pagi kejap lagi, antara Belgium dengan Perancis. 

Perlawanan lain yang aku rasa seperti perlawanan akhir ialah;
  1. Belgium melawan Brazil
  2. Argentina melawan Perancis
Apa-apapun, bagi aku, ni la masa terbaik untuk pasukan Belgium untuk memenangi piala paling berprestij ni. Sebab, sekarang ni la mereka mempunyai pemain-pemain handalan yang sedang berada di kemuncak prestasi mereka. 4 tahun akan datang, tak tahu la siapa pulak permata-permata baru bolasepak dari negara Eropah ni.

Perancis tu aku tak heran sangat sebab diorang ni selalu je lahirkan pemain-pemain handalan. Ada je nama-nama baru muncul dari dunia Perancis ni...

So, sama-sama la kita tunggu siapa juara dunia tahun 2018 ni antara Belgium ataupun Perancis. Perlawanan yang satu lagi tu macam pertandingan untuk menentukan tempat ke 3 dan ke 4 je la..bagi aku la...ha ha...

#GoBelgium!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...