Kelly 3572

Wednesday, May 9, 2018

Pilihanraya Umum Ke 14

Assalamualaikum

Hari ni majoriti rakyat Malaysia yang cukup umur dan cukup syarat dan layak keluar mengundi di pusat membuang undi masing-masing.

Setakat entry ni ditaip, aku belum pergi memangkah lagi, mandi pun belum!!! Ikut perancangan asal, kononnye hari ni nak pergi breakfast free kat kawasan Bukit Antarabangsa, tapi sebab takde kaki ajak aku pergi situ, aku pun lepak je la kat rumah sampai sekarang.

Satu benda yang aku cukup tak suka dengar dalam kempen pilihanraya ni ialah, perangai dan trend kata mengata dan memburuk-burukkan calon-calon bertanding semasa ceramah-ceramah umum. Dah macam budak kecik pulak aku tengok. Kalau calon-calon pilihanraya tu semuanya budak-budak kecik bawah umur yang belum baligh tuh takpe la, boleh dimaafkan. Ni semuanya dah berpangkat Dato' dan datuk, nenek semuapun macam enjoy giler kata mengata memburukkan calon-calon lawan masing-masing.

Tapi aku yakin, dalam ramai-ramai budak-budak yang bertanding dalam pilihanraya ni, pasti ada jugak beberapa orang calon-calon yang matang dan waras yang bertanding. Tapi memang agak susah la nak cari. Tapi bagi aku, kalau calon-calon yang rare camni kalau aku jumpa, parti apa pun dia wakili, besar kemungkinan aku akan pilih dia untuk menjadi wakil rakyat kawasan aku.

Pointnya ialah, jangan bazirkan air liur, tenaga dan masa mengutuk sesama sendiri, perah otak tu macamana nak majukan negara dengan sebaik mungkin, nak satupadukan rakyat dan pada masa yang sama menjaga hak dan kebajikan setiap rakyat Malaysia.

Selamat mengundi kepada semua!!!

14,449,200 - jumlah manusia kat Malaysia yang layak mengundi pada hari ini. (GE14)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...