Kelly 3572

Saturday, March 10, 2018

Buah Naga

Assalamualaikum

Aku diperkenalkan dengan buah ni sejak-sejak aku dah kahwin. Zaman bujang dahulu kala, memang buah tu aku tak pernah kenal langsung. Tuan punya buah yang dapat nama tu aku tahu la. 

Bila dah kahwin, banyak la unsur-unsur positif dalam bab pemakanan mula muncul la dairi hidup aku. Dan buah naga ni la salah satu dari menu baru aku bila nak beli buah-buahan. Ramai orang dah sedia maklum buah naga ni wujud dalam 2 warna, ataupun setakat yang aku tahu la. Putih dan merah. Aku lebih suka yang warna merah tu. Harga, biasanya bergantung kepada saiz dan berat. Kebiasaannya yang aku selalu beli dalam lingkungan RM3 - RM4 sebijik.
jangan datang lambat-lambat sangat, nanti kehabisan stok!!
Bagi sesiapa yang tinggal sekitar Nilai, Pajam dan Mantin, bekalan buah naga ni agak mudah didapati. Banyak la gerai yang menjual buah naga dan jugak buah-buahan lain. Durian pun ada je, bergantung kepada musim.

Aku pulak selalu beli buah naga ni kat gerai yang sama je sejak aku dah selalu ke sini. Dari tauke gerai yang lama sampai la ke kroni dia pulak ambik alih. Katanya, buah naga yang diorang jual tu adalah buah naga organik. Macam menarik je kan bunyinya, tapi Wallahu'alam betul ke tak apa yang tauke tu cakap. 
buah naga, pisang, madu lebah, telur ayam kampung pun ada...
Kat gerai ni pun ada jugak jual buah-buah lain seperti dalam gambar kat atas ni. Telur ayam kampung dan berbagai jenis madu lebah pun ada dijual kat gerai ni. Dan yang pasti, boleh tawar menawar.

Buah naga ni memang banyak khasiat, itu yang aku selalu baca kat internet la. Tapi rasanya memang bagus dan banyak kebaikan...kot..lebih-lebih lagi yang diusahakan secara organik. Tak berbaloi jugak kalau kita banyak makan buah dan sayur-sayuran yang banyak unsur-unsur racun perosak. Lama-lama badan kita jugak yang rosak sekali...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...