Kelly 3572

Sunday, December 10, 2017

Sesekali Lepak Di Port Dickson...

Assalamualaikum

Dah lama aku tak jejakkan kaki ke Port Dickson ni. Rancangan untuk ke sini memang dah lama ada dalam kepala sebab Port Dickson ni merupakan laluan pesawat komersial sebelum mendarat di KLIA, terutama sekali untuk runway 33, 32L dan 32R. Jadi sesiapa yang tinggal di sekitar Port Dickson ni memang dah lali dan jemu dah tengok pesawat komersial terbang rendah di ruang udara kawasan ni. Aku je yang masih lagi jakun dan excited...
sunset in Port Dickson
Bila ahli keluarga buat family outing dan bermalam di salah satu resort kat tepi pantai di PD ni, aku sangat la teruja sebab ni la peluang untuk skodeng pesawat-pesawat on final approach to KLIA. 

PD pada hujung minggu memang sedia maklum la sesak dengan kenderaan serta pengunjung dari kalangan penduduk tempatan, Lembah Klang dan jugak pelancong dari negara jiran. Parking hotel pun susah nak cari sebab memang ramai manusia!

Bila dah jumpa parking, baru la lega dan terus jalan-jalan ke pantai untuk meninjau-ninjau ruang udara. Memang tak payah tunggu lelama pun. Sebelum sampai ke PD pun memang dah nampak bertali arus pesawat-pesawat tengah beratur nak landing.   
0708hrs wide-body morning arrival on RWY33/WMKK
Lepas dinner aku boleh lepak-lepak kat balkoni sambil cuci mata tengok aircraft buat pusingan kat Selat Melaka sebelum menuju ke runway 33 di KLIA2 untuk mendarat. Menjadi satu kepuasan bila nampak landing light menyala kat tengah-tengah laut, pastu tetiba dah sampai atas kepala dengan deruan enjin yang jelas kedengaran.

Cuma yang tak berapa bestnya ialah, kebanyakan pesawat yang melalui kawasan pantai PD ni ialah pesawat-pesawat bersaiz kecik; narrow body aircraft, kecuali pesawat Air Asia X; Airbus A330. Hampir pasti takde peluang nak tengok wide body aircraft yang lain.

Kalau nak tengok banyak wide body, baik pergi lepak kat Runway 32L KLIA. Gerenti puas hati! ✈

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...