Kelly 3572

Sunday, December 31, 2017

Selamat Akhir Tahun 2017...

Assalamualaikum

Selamat menyambut akhir tahun 2017.
  • Awal dan akhir tahun 2017, aku berada di tempat yang sama
  • Mongoose muncul, dan beli child-seat demi awek tersayang..ha ha, tapi dah lari ke Daw Hah pulak dia. Mongoose only clocked 78km until today...
  • Aidilfitri pertama, dia balik kampung for good
  • MAB tukar CEO lagi...apa yang tak kena dengan 2 CEO sebelum ni? Musykil aku...
  • MAB bakal dapat 6 Airbus 350 XWB, 2 dah delivered, 9M-MAB dan 9M-MAC
  • MAB katanya tak jadi let go semua 6 Airbus 380, sebab takde buyer dan semoga Project Hope tu berjaya mencapai apa sahaja matlamatnya yang membawa kebaikan dan keuntungan kepada MAB. Go MH!!!
  • kebakaran Maahad Tahfiz kat Keramat...MasyaAllah tak tahu apa nak jadi budak-budak zaman sekarang ni...
  • Manchester United started this season quite impressive, but towards the end of 2017, macam ada sesuatu yang tak kena je..ha ha. Really missed Sir Alex Ferguson...
  • berjinak-jinak dengan beberapa bahasa asing
  • bertukar henfon baru...tiada dalam perancangan asal, smarter phone, hopefully smarter owner
  • kadar penglihatan mata mula menunjukkan penurunan prestasi
  • blood pressure still low
  • kawan-kawan dah ada yang terbuat bypass surgery
  • ada jugak kawan-kawan zaman belajar dulu yang balik kampung for good jugak
  • kerja, semakin boring kat office. Semoga dapat dan ditawarkan kerja idaman atau yang kita sangat enjoy, dan yang penting, jauh lebih berkat dan bersih sumber pendapatannya
  • hobi semakin menjadi-jadi, semakin bertambah ilmu..Alhamdulillah
  • Donald Duck jadi ketua polis dunia yang baru. Dah macam-macam masalah dah dia timbulkan. Semoga dia diberikan hidayah olehNya. Siapa tahu kan kalau Allah nak tunjuk siapa yang lagi berkuasa...Amin.
  • Korea Utara masih lagi ketegaq, atau mungkin bersekongkol ke, dua kongkol ke dengan negara-negara yang anti US
1827hrs, Runway 32L, KUL/WMKK
 Worldwide finding...

  • Prague tak la cantik sangat, bagi aku la
  • Berlin memang best, tapi aku prefer Dresden, lebih tenteram sket sebab kurang manusia berbanding Berlin.
  • Bad Schandau adalah pekan yang masuk dalam senarai aku teringin nak pergi. Bandar kecik dalam Germany yang terletak di tepi sungai Elbe, antara Dresden dan sempadan Republik Czech
  • Berlin Wall tu memang menarik sejarah dan cerita-cerita di sebaliknya. Kalau ada rezeki dan kesempatan, pergi la...
  • Aku jugak prefer Edinburgh dari London. Jauh lebih cantik dan tenteram. Walaupun Scottish accent nya tu memang tak boleh blah...
  • memandu di bahagian utara Scotland memang sangat mendamaikan minda, cuma tak mencabar macam kat Scandinavia la... view sangat postcard view ha ha..
  • Qatar adalah sebuah negara yang sangat kaya, walaupun kena boikot dengan jiran-jirannya, tapi masih lagi bertahan, dan business as usual
  • Souq Waqif adalah pasar tradisi dan lama, memang kategori rare dan legend la pasar ni...tempat wajib singgah kiranya tersinggah di Doha

1912hrs, Runway 32L, KUL/WMKK
Sebelum aku wrap up posting terakhir 2017 ni, nak aku highlight sket perangai orang Malaysia yang masih jauh ketinggalan dan tak salah kalau aku katakan tak memberikan contoh tauladan yang baik kepada orang lain.

Kejadian yang berlaku masa aku tengah skodeng ni la. Ada 2 orang hamba Allah ni, sedang skodeng jugak la. Kebetulan aku memang parked Ferrari aku sebelah diorang, tu yang aku nampak tu. Menjadi kebiasaan kalau skodeng mesti la akan lepak lama sket kan sebab nak usha bermacam-macam burung besi nak landing. Jadi perkara biasa la kalau kaki skodeng akan bawak bekal mangkuk tingkat segala bagai untuk dikunyah sesambil skodeng. 

Sama la jugak dengan 2 jejaka tampan yang aku maksudkan kat atas tu. Tak pasti apa diorang makan, tapi lepas makan, diorang bungkus elok-elok dalam plastik, lepas tu tanpa rasa bersalah letakkan plastik tu kat tepi tiang lampu approach light di hujung Runway 32L tu. Tak sempat aku nak snap plate number kereta diorang tuh. Yang pasti kereta Proton Saga, warna brownish tu dengan nombor pendaftaran bermula dengan huruf M. 

Tak boleh ke bawak sampah yang korang bawak tu balik sekali, ataupun, jumpa memana tong sampah, berhenti la kejap, pastu buang la dalam tong sampah. Orang-orang macam ni la yang selalu buatkan banjir kilat boleh terjadi bila hujan lebat. Mana taknya, kalau sampah dah buang merata-rata, mesti la longkang akan tersumbat dan menyebabkan air hujan tak boleh mengalir ke tempat sepatutnya dengan lebih baik. Memalukan orang Islam je korang ni...

Kalau pihak MAHB nampak perkara ni, tak pasal-pasal je diorang akan tutup kawasan tu daripada di kunjungi oleh kaki-kaki skodeng. Kalau MAHB pasang CCTV kat tempat-tempat macam ni pun lagi bagus sebenarnya sebab kawasan lapangan terbang kan memerlukan kawalan keselamatan yang tinggi.

Semoga lepas ni generasi sampah di Malaysia ni akan berubah ke arah yang lebih baik dan positif! Dan tak menggunakan beg plastik dah untuk membeli belah di kedai runcit dan jugak pasaraya. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...