Kelly 3572

Saturday, August 19, 2017

Abang Oren a.k.a Panjang a.k.a Long melawat Klinik Maya...

Assalamualaikum

Dah lama tak bercerita pasal kucing. Sibuk sangat dengan banyak masalah duniawi...
Doctor belanja Oren Fussie Cat untuk menenangkan jiwa kacau Oren
Petang Sabtu macam ni baru la free sket. Kebetulan pulak ada kucing kat rumah yang luka akibat bergaduh. Luka tu pulak dah lebih dari seminggu dan tuan empunya badan pun susah nak jilat sebab luka tu betul-betul kat atas belakang dia. 
Thank you Doctor sebab hilangkan nervous saya...
Minggu lepas aku perasan belakang badan kucing tu bengkak semacam je menyebabkan kucing tu menghadapi kesukaran untuk berjalan seperti biasa. Aku panik dah. Dah mula mencari-cari klinik haiwan yang beroperasi sampai ke malam. Tapi nasib baik la jugak kucing tu masih berselera makan seperti biasa. Cuma susah nak berjalan dengan normal je.

2-3 hari selepas tu aku perasan bengkak kat atas belakang tu dah surut dan bulu di sekitar tempat luka kucing tu basah dan lembab. Aku syak mesti bengkak sebelum ni dah pecah dan nanah semua dah habis keluar. Kucing tu pun nampak dah kembali normal cat walknya. Alhamdulillah.
bermuhasabah diri sepanjang perjalanan balik dari Klinik Maya...
Walaupun bengkak dah surut, tapi aku tak nak amik risiko jangkitan kuman lain pulak dalam badan kucing tu. Selepas survey dan cari klinik haiwan yang terdekat, terjumpa la aku dengan Klinik Maya. Beroperasi sampai pukul 6 petang pada hari Sabtu. Aku nekad nak hantar kucing tu untuk rawatan lukanya dan jugak rawatan lain yang dirasakan perlu.
sampai kat rumah pun masih lagi bermuhasabah diri...atau syok duduk dalam carrier...
Aku sampai klinik tu lebih kurang pukul 4. Memang agak ramai 'pesakit' yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Semua sihat-sihat, sado dan kiut-miut kucingnya. Kucing aku tu pulak nampak sangat relax bila masuk dalam klinik tu. Maklum la, masuk dalam persekitaran yang berhawa dingin. Sempat la dia membuta sementara menunggu giliran. 
pengalaman ngeri kena cucuk bontot masa doctor nak dapatkan body tempreture
Memang agak lama jangkamasa menunggu untuk mendapatkan rawatan kat klinik ni. Memang ada review di internet yang komen pasal waktu menunggu tuh. Tapi aku tak kisah menunggu lama sebab aku rasa doktor kat klinik ni cuba memberi rawatan yang sebaik mungkin kepada 'pesakit' dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada tuan-tuan pesakit tentang cara-cara menjaga atau merawat 'pesakit' yang kurang sihat. 
jangan lupa next appointment ye Abang Oren...
Pukul 5 lebih baru nama aku dipanggil masuk bilik rawatan. Doktor check suhu badan kucing tu, masukkan termometer ke dalam bontot. Terus panik dan menggelupur kejap meow aku tu. Nasib baik suhu badan dia ok. 

Lepas trauma bontot kena sumbat dengan termometer, doktor nak inject ubat-ubat lain pun dah susah sebab mungkin kucing aku dah dapat agak something fishy is going on dan dia tak nak duduk diam. Doktor siap potongkan kuku kaki belakang supaya kucing tu tak mencederakan lagi bahagian luka ketika menggaru. 

Secara keseluruhannya, aku suka dengan cara doktor yang merawat kucing aku tu handle pesakit-pesakitnya. Pesakit-pesakit dilayan dan dibelai-belai dan dimanjakan macam kucing dia sendiri. No wonder la kucing aku pandai bodek nak makan free kot.

Tunggu je la next appointment pada 3 September nanti. Harap-harap kucing aku dah sembuh sepenuhnya. Kos kesemua rawatan dan consultation untuk hari ni ialah MYR110. Tu termasuk setengah tin makanan basah Fussie Cat yang doktor gunakan untuk menenangkan kucing aku tu lepas kena sumbat dengan termometer...

1 comment:

meowwmania said...

sian abg oren, moga abg oren lekas sembuh yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...