Sunday, May 21, 2017

Nombor 6 Pun Jadilah...

Assalamualaikum

Ok camni?

Kalau ikut musim lepas, dah merosot satu anak tangga! Dan kalau diambil kira masalah kecederaan yang menimpa ramai pemain senior, rasanya pencapaian MU musim ni boleh la dikatakan not bad. 

Dari segi logiknye pulak, aku rasa kedudukan MU dalam liga mesti lagi teruk kalau takde Brahim tu kot. Sebab dia la penjaring utama untuk MU musim ni. Cuba kalau Brahim takde, aku rasa maunya MU berakhir kat mid-table kot!

Apa-apapun, tahniah MU sebab musim ni bergelar juara seri!!! Ha ha ha...apa punya ##@@$#%@ la!!! Cuba kalau yang seri tu boleh menang...tak payah menang semua 15 game tu la, menang 10 dari 15 game yang seri tu pun dah ok dah. Senang-senang je dapat nombor 2 kot. Dah qualify Champions League untuk musim depan. 

Semoga MU boleh menang dalam final Europa League di Stockholm tu nanti. Biar la dapat layak ke liga juara-juara Eropah dengan menang Europa League ni. Dapat tambah koleksi trophy. Dan kalau MU berjaya memenangi Europa League ni lagi la rasa sangat-sangat bermakna, bukan sahaja kepada pemain dan penyokong, tapi sudah semestinya Jose Mourinho. 3 piala dalam satu musim yang macam-macam masalah kot...

Tunggu je lah pagi Khamis nanti... 

2 comments:

~Layla Yuki~ said...

juara seri je ke bang? :p hehehe

Mijoe said...

janji ada title juara pun jadi la.... ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...