Sunday, March 12, 2017

Kereta Baru...???

Assalamualaikum

Peugeot 308THP... superb!!!

Ha ha... kereta baru test-drive la...

Tak mampu ler nak beli kereta ni. Lagi mahal dari harga rumah masa aku beli dulu...

Tapi... tapi... featuresnya yang buat aku jatuh hati pandangan pertama sebelum ni ialah i-Cockpit concept tu la. Ada 6 airbag. Tayar 18 inci termasuk spare tyre pun saiz yang sama. 2 seat depan ada mesin untuk urut bahagian belakang pemandu dan penumpang hadapan. Apa lagi aku dah lupa...

Nak tahu lebih lanjut, sila la berkunjung ke showroom Peugeot yang berhampiran. Aku dan sepupu pergi pun sebab nak makan free je...ha ha ha!

Saturday, March 11, 2017

Kelly Kembali...

Assalamualaikum

Petang tadi aku dan sepupu aku pergi jemput Kelly selepas Kelly dah boleh discharge dari wad. Seminggu Kelly lepak dalam wad bersama kawan-kawan yang sama level dengannya. Mengikut kata sepupu, sebenarnye Kelly dah boleh discharge 2 hari lepas, tetapi doktor yang merawat Kelly tak bitau sepupu pasal tu. 

Sepupu aku test drive Kelly dulu. Saja je aku suruh dia drive supaya dia boleh kenalpasti sekiranya ada yang masih tak kena dengan Kelly. Katanya Kelly dah jauh berbeza berbanding dengan seminggu yang lepas. Takde lagi dashboard bergegar macam nak tercabut. Clutch pun terasa sangat berbeza dan pickup  pun macam terasa sangat efficient. 
paid MYR550 only...
Ada la sikit-sikit benda-benda remeh yang boleh dibetulkan on-the -spot. Aku pun dengan rasa lega bayar la apa-apa yang patut. Itupun lebih la sket dari jangkaan asal aku sebab ada benda-benda lain yang perlu ditukar jugak atau dibaikpulih selain dari engine mounting dan clutch plate. Tetapi, secara keseluruhan, aku dah berjaya menjimatkan hampir 50% duit aku untuk kos baikpulih Kelly ni berbanding dengan sebutharga yang diberikan oleh klinik pakar Kelly sebelum ni.

Selepas mengucapkan terima kasih pada sepupu yang banyak membantu tu, aku singgah dulu isi perut Kelly di Shell Seksyen 9 sebelum bergerak balik ke KL. 

Sekarang aku kena perhatikan performance Kelly untuk memastikan sekiranya ada apa-apa masalah yang berkaitan selepas Kelly dibaikpulih. After-sales service tetap ada...

Door Gift Kenduri Kawin...

Assalamualaikum

Sebelum pergi jemput Kelly, aku ke kenduri kawin dulu.

Zaman sekarang ni dah macam-macam benda boleh dijadikan door gift untuk kenduri kawin. Kalau dulu mesti bunga telur je. Tak ye pun gula-gula...

Hari ni aku jumpa satu kelainan lagi dan aku rasa perlu dikongsi kat sini, supaya bakal pengantin yang lain dapat lagi banyak idea untuk fikirkan apa benda nak bagi kat tetamu yang hadir di majlis resepsi diorang nanti.
door gift yang sangat berguna dan sah jadi rebutan...
Ya... kicap! Macam ni punye door gift gerenti orang berebut dan tak akan buang punya!!!

Apapun, terima kasih dan selamat pengantin baru kepada pengantin yang berkenaan. Semoga berkat dan berkekalan selamanya, Amin!

Saturday, March 4, 2017

2017 Tahun Merawat Kelly...

Assalamualaikum

Sejak Kelly lahir sampai la dah form 1 ni, dia belum pernah kena masuk wad kalau pergi check up dan sebagainya. Keadaan kesihatan dia agak bagus. Setakat demam-demam batuk-batuk biasa tu adat la kan. Cuma sejak 2-3 tahun lepas keadaan dia agak kurang baik, bukan dari luaran, tapi dalaman.

Kali terakhir aku bawak Kelly ke klinik pakar di Shah Alam dulu pun memang doktor tu cakap Kelly perlu menjalani rawatan yang agak complicated dan memerlukan Kelly ditahan di wad untuk sekurang-kurangnya 1 malam. Dan kos rawatan di klinik pakar tersebut untuk penyakit yang Kelly alami masa tu sekitar MYR1,200. Terkejut la sekejap aku.Oleh kerana takde budget yang mencukupi, aku terpaksa la menangguhkan dulu keputusan untuk merawat Kelly masa tu. 
Quotation dari pusat servis Perodua
Baru-baru ni, setelah sekian lama aku tak jadikan Kelly sumber pengangkutan utama, dan dikukuhkan lagi oleh alasan keadaan adik Kelly, Piji yang kurang baik jugak dan memerlukan kos yang jauh lebih tinggi untuk dirawat, aku hantar Kelly untuk medical check up setelah sekian lama Kelly jarang digunakan secara aktif.

Aku perasan keadaan Kelly agak membimbangkan semasa aku bawak Kelly jenjalan. Kurang lancar dalam proses menukar gear. Kelly yang dah merantau sejauh hampir 140,000km sejak lahir tu masuk la klinik untuk menjalani rawatan kecil-kecilan.

Selesai rawatan dan dapat bill, ok la lagi. Tapi doktor pakar bagi aku senarai kos rawatan susulan yang perlu Kelly lakukan dengan kadar segera bagi mengelakkan keadaan Kelly bertambah buruk. Gambar yang mula-mula tu la senarainya...dan termasuk kos yang perlu dibayar sekiranya Kelly menjalani rawatan di klink pakar tersebut. 

Nasib baik jugak la masa tu aku bukan bersama Kelly je, adik/sepupu aku yang memang jauh lebih mahir pasal kereta pun ada sekali. Jadi, bila dia nampak kos senarai rawatan yang perlu Kelly jalankan tu, dia pun bagi cadangan supaya bawak Kelly pergi jumpa bomoh kampung je dulu. 

Barang-barang macam ayam panggang, pulut kuning dan pengeras lain tu dia cadangkan beli je sendiri kat kedai yang menjual peralatan memuja kereta kat Glenmarie. 

Pagi ni, aku dah janji dengan adik/sepupu aku tu di Shah Alam untuk pergi cari pengeras di Glenmarie sebelum hantar Kelly untuk dirawat oleh bomoh kampung di Seksyen 7, Shah Alam. Awal-awal lagi aku dah gerak dari Nilai meredah lebuhraya PLUS untuk ke Shah Alam dengan memandu Kelly yang kurang sihat tu. Saspen jugak bawak Kelly kali ni bila dah tahu apa sebenarnya penderitaan yang sedang Kelly tanggung selama ni. Tapi Alhamudlillah, tiada perkara yang tak diingini berlaku dan aku selamat sampai di Shah Alam. 

Dah jumpa dengan adik/sepupu tu, terus dia bawak aku ke kedai yang menjual barang-barang pengeras untuk merawat Kelly tu. Semua barang seperti yang disenaraikan oleh klinik pakar tu ada di kedai yang aku pergi tuh. Dan, tengok la perbezaan harga untuk barang yang sama standardnya atau mungkin jauh lebih baik di antara klinik pakar dan jugak kedai memuja kereta tu. 
Daihatsu mounting set dan clutch plate...


Absorber support ni je yang mahal sikit sebab yang ni lebih canggih...
Jumlah kos untuk semua barang yang aku dapat ni, belum cecah MYR680.00. Tinggal lagi nak bayar labour cost sahaja yang adik/sepupu aku anggarkan sekitar MYR250 hingga MYR350, harap-harapnya lah! Aku tak pasti la harga ni dah betul-betul murah ke tak, tetapi sekurang-kurangnya dah jauh lebih murah berbanding dengan apa yang disenaraikan di klinik pakar tu.

Dah dapat semua barang tu baru la adik/sepupu aku tu bawak aku dan Kelly ke Seksyen 7 untuk berjumpa dengan bomoh kampung tu. Memang banyak la sedara mara Kelly kat tempat bomoh kampung tu. Menurut kata adik/sepupu aku, bomoh kampung ni memang pakar merawat orang-orang macam Kelly dan sedara mara dia. 

Tapi, Kelly memang kena ditinggalkan bersama bomoh kampung tu untuk beberapa hari la kan untuk dirawat. Ni kalau dalam dunia realiti, bila orang yang dirawat kena tinggal dengan bomoh kampung untuk beberapa ketika ni dah jadi kes lain macam kan? Ha ha ha... nasib baik la Kelly ni kereta dan bomoh kampung tu adalah bengkelnya...ha ha!

So, goodbye Kelly untuk beberapa hari. Semoga Kelly kembali sembuh dan terus buat comeback dengan cemerlang, gemilang dan terbilang seperti dulu!
Stesyen LRT Glenmarie
Lepas tinggalkan Kelly di bengkel, aku lunch dulu dengan adik/sepupu di Seksyen 3 sebelum dia hantar aku ke Stesen LRT Glenmarie untuk aku balik ke Gombak! Ni la pertama kali aku naik LRT dari stesen Glenmarie ni. Extended line LRT ni sangat mengagumkan aku. Memang sangat memudahkan orang-orang yang duduk jauh dari KL untuk pergi balik kerja. Projek macam ni aku sokong la kalau dikatakan untuk membantu rakyat... 
Tengahari Sabtu macam ni memang la tak ramai orang naik LRT dari stesen ni, jadi memang tren pun lengang! Dapat la aku duduk dalam tren dari Glenmarie all the way sampai Taman Melati! Dan kos tambang menggunakan Touch n Go ialah MYR3.90. Berbaloi la tu rasanya untuk perjalanan sejauh lebih 25km tu!

Lepas ni aku akan update perkembangan kesihatan Kelly selepas discharge dari rumah bomoh kampung tu! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...