Sunday, January 15, 2017

Tahun Baru Tayar Baru...

Assalamualaikum

Ye, tahun baru, Kelly pun memerlukan tayar baru. Sementara tengah ada duit lebih sikit ni, boleh la guna untuk manjakan Kelly pulak. Minggu lepas dah selesaikan cukai jalan.
Ni Yokohama yang lama...MYR155 sebijik
Hari ni tayar pulak! Dari malam tadi lagi duk survey harga tayar kat internet. Nak pilih tayar jenama apa yang sesuai la. Nak budget price range la. Tayar yang dah expired ni Yokohama. Sebab Kelly ni jarang digunakan, memang la dari tahun 2010 sampai hari ni baru la aku tukar semua.

Macam nak cari Continental atau Michelin, tapi kedai yang aku pergi tadi cuma ada Sportiva dan Hankook. Harga yang ditawarkan, MYR130 sebijik. Still within budget. Pastu aku complaint la pasal tayar second hand yang aku tukar sebelum ni kat kedai tu kira-kira sebulan yang lepas dah crack walaupun aku tak guna sangat pun Kelly tu. Dan kebetulan pulak boss bengkel tu baru sampai. Pekerja bengkel tu pegi tanye boss dia berapa harga dia boleh bagi aku.  
Bil masa tukar Yokohama dulu...2010 tu...
Pekerja tu datang balik kat aku dan bitau boss dia bagi MYR128 sebijik siap alignment and balancing sekali. Okay la tu. Aku dah malas nak bargain lagi. Yang penting sekarang, Kelly dah ada tayar baru! 
Oh My Kelly...
Selesai tukar tayar, aku nak hantar Kelly untuk check air condition pulak. Lepas tu, cari audio entertainment pulak. Tinted, betulkan cermin dan service! Selesai semua tu baru la boleh bawak wax dan polish Kelly sampai nampak macam baru keluar dari kedai...😅

Satu jam tayar Kelly siap pasang, alignment dan balancing. Tengok balik bil dengan jaminan setahun tu aku dapat la final price tayar tu dia kasi MYR127.50 sebijik. Okay la tu...discount lagi MYR0.50! Senang hati aku drive Kelly balik!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...