Monday, December 12, 2016

Revisit - D3

Assalamualaikum

Oleh sebab rancangan asal nak ke Tasik Toya dan Tasik Shikotsu terpaksa ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian, jadi sebagai pengganti, Otaru la yang paling senang kami nak pegi. Lagipun, dah penah ke bandar pelabuhan ni, jadi takde la pening kepala sangat nak buat itinerary masa kat Otaru ni.
Otaru yang putih melepak macam pakai bedak sejuk...
Pengangkutan ke Otaru dari Sapporo, macam biasa la, kami naik keretapi antara bandar. Macam KTM komuter kat Malaysia la. Cuma view train ride ke Otaru ni memang awesome, bagi aku la. Tepi pantai! Kalau nak tahu macamana feelnya tu, ada rezeki, berkunjung la ke Otaru yang aku dah rasa jatuh cinta dah sebab bandar ni kecik dan comel bagi aku. Bersih tu memang standard Jepun la.

Tambang sehala untuk dewasa ke Otaru dengan keretapi ni kalau tak silap aku ialah JPY620. Nak convert  jugak ke MYR? Masa ni aku beli JPY pada harga MYR39.20 untuk JPY1,000. Tambang ke Otaru dalam MYR ialah lebih kurang MYR24.30. Sekali sekala takpe la. Tiap-tiap hari memang la kopak! 
Otaru Canal yang sangat mengujakan pemandangannye...
Bandar Otaru ni aku rasa macam tak pernah lengang dengan pelancong. Ada je...Kali ni memang beberapa kali jugak terserempak dengan pelancong dari Malaysia. Ada yang datang dengan penerbangan terus dari KLIA2, ada jugak yang transit di Osaka dan terpaksa tangguhkan perjalanan ke Sapporo disebabkan masalah cuaca yang kurang baik; salji comel putih gebu yang sangat tebal!

Kunjungan sebelum ni pun kami terserempak dengan pelancong dari Malaysia di Masjid Otaru dan jugak di restoren makanan laut berhampiran dengan canal. 
jagung rebus yang dirindui...walaupun mahal...tu yang mampu beli sebatang je tu!
Wifey tak melepaskan peluang revisit ni untuk beli jagung rebus yang sangat manis, dan agak juicy! Aku punya target pulak ialah susu segar Yamanaka. Tak tentu arah aku bila fikirkan susu segar ni. Walaupun kedainye tutup hari ni, aku berjaya mendapatkan bekalan susu ni kat kedai di stesen keretapi Otaru. Itupun lepas aku tanya staff kat Smile Hotel Otaru. FYI, guest kat hotel tu akan diberikan sebotol kecik susu Yamanaka sebagai welcome gift. Aku tak pasti la pulak pelancong yang menginap di hotel tu akan dapat susu tu setiap hari ke atau waktu nak daftar masuk sahaja.

Jadi, kalau sesiapa yang suka minum susu, sekiranya tersinggah di pekan comel ni, aku rekemen korang cari susu jenama ni ye. Nak bawak balik Malaysia tak boleh la pulok sebab faktor cuaca yang kemungkinan besar akan merosakkan kualiti susu tu sebaik sampai ke tanahair terchenta ni... 
scallop dan tiram...memang tak boleh blah kesegarannye
Kunjungan kali ni jugak kami mencuba hidangan makanan laut yang segar di Sankaku Market berhampiran dengan stesen keretapi Otaru. Dekat sangat dengan stesen ni, keluar je dari stesen, belok ke kiri, naik tangga macam ada bukit sket, dah terus boleh nampak pasar kecik tu. Sangat banyak pilihan makanan laut yang segar, harganya..hmm...no comment la. Mungkin agak mahal la bagi aku, tapi sebab sesekali tu boleh la mencuba.  
kali pertama merasa ketam cap salji ni...memang mantop!!! 
Pengalaman yang aku tak boleh lupakan masa masuk je pasar Sankaku ni ialah, bila sorang peniaga kat situ tanya,"Muslim?" Dan bila kitorang jawab,"Yes" je peniaga tu terus bagi satu kad yang bagi arah untuk ke Masjid Otaru! 

Bukan itu je yang peniaga tu buat kitorang terharu, masa kitorang nak buat pesanan makanan, peniaga tu datang lagi kat kitorang dan bagi sekeping kertas yang mencatitkan waktu solat di bandar Otaru! Ya Allah...tak tahu apa rasa dalam hati ni. Apapun niat asal peniaga tu, semoga Allah berikan dia hidayah untuk memeluk Islam! Peniaga tu bitau yang dia ada kawan orang Islam di Otaru. Tapi apapun, memang respect la peniaga tu. 

Kami makan kat pasar tu beberapa jenis seafood yang segar; snow crab, scallop dan jugak oyster. Tapi aku rasa macam tak puas dan tak cukup je, tapi redha je la. Harganya tak mampu milik sangat...ha ha ha. InShaaAllah, dimurahkan rezeki, kami akan kembali ke Otaru lagi untuk beli susu, beli jagung dan makan fresh seafood ni!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...