Kelly 3572

Tuesday, December 13, 2016

Revisit - D4

Assalamualaikum

Keadaan pagi ni macam tak nak bagi balik je. Ok jugak sebenarnye, kalau boleh la, nak je duduk sini terus. Tapi tu la, kalau boleh...

Pesawat yang sepatutnye berlepas dari Chitose ke KL tak boleh mendarat on-time disebabkan oleh keadaan landasan yang bersalji tebal, memaksa pesawat berkenaan berlegar-legar di ruang angkasa Sapporo sampai la tangki minyak dah nak kering. Dan akhirnye, dapat la penumpang D7 550 merasa berjalan secara percuma dan mendarat di Sendai; kira-kira 30 minit penerbangan ke selatan Sapporo untuk mengisi minyak! Dan lepas tu take off semula ke Chitose!
1142 (MYT) Pesawat Air Asia X selamat mendarat di New Chitose Airport
Keadaan dalam gambar kat atas ni sebenarnye dah jauh lebih baik dari masa aku sampai kat airport ni sebelum pukul 7 pagi (waktu Jepun) tadi. Sebelum sampai airport lagi dah snow showers yang agak lebat. Nasib baik perjalanan dengan bas dari bandar Sapporo ke Chitose tak terjejas sangat.
1238 (MYT) D7 551 sedang bersiap sedia untuk dipush back.
Sepatutnye, D7 551 berlepas dari Chitose pada jam 0920 waktu Jepun (0820 MYT). Tapi akibat faktor cuaca yang tak boleh dielakkan ni, penerbangan balik terpaksa la delayed sampai la dekat pukul 1 tengahari baru pesawat ni boleh berlepas!

Tapi, apa-apapun, aku memang cukup berpuashati dengan revisit ni sebab dapat macam-macam pengalaman baru yang sangat best dan mengujakan! We'll be back Hokkaido!

Nak sangat snow kan!!! 

Monday, December 12, 2016

Revisit - D3

Assalamualaikum
Jadual perjalanan dan tambang keretapi ke Otaru...
Oleh sebab rancangan asal nak ke Tasik Toya dan Tasik Shikotsu terpaksa ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian, jadi sebagai pengganti, Otaru la yang paling senang kami nak pegi. Lagipun, dah penah ke bandar pelabuhan ni, jadi takde la pening kepala sangat nak buat itinerary masa kat Otaru ni.
Otaru yang putih melepak macam pakai bedak sejuk...
Pengangkutan ke Otaru dari Sapporo, macam biasa la, kami naik keretapi antara bandar. Macam KTM komuter kat Malaysia la. Cuma view train ride ke Otaru ni memang awesome, bagi aku la. Tepi pantai! Kalau nak tahu macamana feelnya tu, ada rezeki, berkunjung la ke Otaru yang aku dah rasa jatuh cinta dah sebab bandar ni kecik dan comel bagi aku. Bersih tu memang standard Jepun la.

Tambang sehala untuk dewasa ke Otaru dengan keretapi ni kalau tak silap aku ialah JPY620. Nak convert  jugak ke MYR? Masa ni aku beli JPY pada harga MYR39.20 untuk JPY1,000. Tambang ke Otaru dalam MYR ialah lebih kurang MYR24.30.
Otaru Canal yang sangat mengujakan pemandangannye...
Bandar Otaru ni aku rasa macam tak pernah lengang dengan pelancong. Ada je...Kali ni memang beberapa kali jugak terserempak dengan pelancong dari Malaysia. Ada yang datang dengan penerbangan terus dari KLIA2, ada jugak yang transit di Osaka dan terpaksa tangguhkan perjalanan ke Sapporo disebabkan masalah cuaca yang kurang baik; salji comel putih gebu yang sangat tebal!

Kunjungan sebelum ni pun kami terserempak dengan pelancong dari Malaysia di Masjid Otaru dan jugak di restoren makanan laut berhampiran dengan canal. 
jagung rebus yang dirindui...walaupun mahal...tu yang mampu beli sebatang je tu!
Wifey tak melepaskan peluang revisit ni untuk beli jagung rebus yang sangat manis, dan agak juicy! Aku punya target pulak ialah susu segar Yamanaka. Tak tentu arah aku bila fikirkan susu segar ni. Walaupun kedainye tutup hari ni, aku berjaya mendapatkan bekalan susu ni kat kedai di stesen keretapi Otaru. Itupun lepas aku tanya staff kat Smile Hotel Otaru. FYI, guest kat hotel tu akan diberikan sebotol kecik susu Yamanaka sebagai welcome gift. Aku tak pasti la pulak pelancong yang menginap di hotel tu akan dapat susu tu setiap hari ke atau waktu nak daftar masuk sahaja.

Jadi, kalau sesiapa yang suka minum susu, sekiranya tersinggah di pekan comel ni, aku rekemen korang cari susu jenama ni. Nak bawak balik Malaysia tak boleh la pulak sebab faktor cuaca yang kemungkinan besar akan merosakkan kualiti susu tu sebaik sampai ke tanahair tercinta ni... 
scallop dan tiram...memang tak boleh blah kesegarannye
Kunjungan kali ni jugak kami mencuba hidangan makanan laut yang segar di Sankaku Market berhampiran dengan stesen keretapi Otaru. Dekat sangat dengan stesen ni, keluar je dari stesen, belok ke kiri, naik tangga macam ada bukit sket, dah terus boleh nampak pasar kecik tu. Sangat banyak pilihan makanan laut yang segar, harganya..hmm...no comment la. Mungkin agak mahal la bagi aku, tapi sebab sesekali tu boleh la mencuba.  
kali pertama merasa ketam cap salji ni...memang mantop!!! 
Pengalaman yang aku tak boleh lupakan masa masuk je pasar Sankaku ni ialah, bila sorang peniaga kat situ tanya,"Muslim?" Dan bila kitorang jawab,"Yes" je peniaga tu terus bagi satu kad yang bagi arah untuk ke Masjid Otaru! 

Bukan itu je yang peniaga tu buat kitorang terharu, masa kitorang nak buat pesanan makanan, peniaga tu datang lagi kat kitorang dan bagi sekeping kertas yang mencatitkan waktu solat di bandar Otaru! Ya Allah...tak tahu apa rasa dalam hati ni. Apapun niat asal peniaga tu, semoga Allah berikan dia hidayah untuk memeluk Islam! Peniaga tu bitau yang dia ada kawan orang Islam di Otaru. Tapi apapun, memang respect la peniaga tu. 

Kami makan kat pasar tu beberapa jenis seafood yang segar; snow crab, scallop dan jugak oyster. Tapi aku rasa macam tak puas dan tak cukup je, tapi redha je la. Harganya tak mampu milik sangat...ha ha ha. InShaaAllah, dimurahkan rezeki, kami akan kembali ke Otaru lagi untuk beli susu, beli jagung dan makan fresh seafood ni!

Sunday, December 11, 2016

Revisit - D2

Assalamualaikum dan ohaiyou gozaimas!!!
1033hrs: check-out dari Nest Hotel Sapporo Ekimae untuk ke Nest Hotel Sapporo Odori pulak...
Aktiviti hari ni ialah check-out dari Nest Hotel Sapporo Ekimae dan check-in ke Nest Hotel Sapporo Odori. Jarak antara 2 hotel ni tak la jauh mana pun. Dalam 15 minit je jalan kaki...itu kalau cuaca baik dan jalan tak bersalji macam dalam gambar-gambar ni la...
1034hrs: iklan promote Timberland...ha ha ha...
Kalau dah keadaan jalan pun bersalji, tebal pulak tu, memang la mencabar nak bergerak ke hotel yang sepatutnye dekat tu. Dengan nak seret luggage lagi, tambahan pulak dengan keadaan jalan yang licin. Kena lebih berhati-hati! Kasut Timberland tu bukan la sesuai sangat untuk salji tebal camni. Tapi Alhamdulillah la sebab takde la kitorang sampai tergolek... 
1049hrs: kat tengah bandar Sapporo...
Suhu kat Sapporo minggu ni memang main negatif memanjang! Tengok je la dalam gambar kat bawah nanti. Suhu maksimum pun negatif jugak! Tapi, walaupun cuaca kurang membantu untuk bergerak ke sana ke mari, tapi keadaan bandar Sapporo yang bersalji tu memang membuatkan pemandangannya bandar ni sangat cantik! Dah la bandar-bandar kat Jepun ni memang terkenal dengan kebersihannya! 
1049hrs: pemandangan Former Hokkaido Government Building dari jauh...
Satu lagi yang aku tertarik ialah, ramalan kaji cuaca. Boleh dikatakan ramalan cuaca diorang ni hampir tepat. Macam apa yang kitorang experience hari ni, ikut ramalan cuaca bandar Sapporo, snow fall dijangka pada jam 11 pagi. Masa tu kitorang tengah sibuk bergambar kat Former Hokkaido Government Building. Bukan kitoang je la...tourist  lain dan burung-burung merpati pun ada gak... 
1058hrs: 3 ekor burung merpati yang menikmati salji tebal di tengahari...
Tengah syok menikmati keindahan alam dan cuaca sejuk, tetiba je cuaca yang cerah jadi mendung dan terus salji-salji yang comel dan putih melepak tu turun dengan lebatnya. Kelam-kabut jadinya nak cari tempat berteduh. Payung pun tak bawak. Habis baju dan luggage kitorang dipenuhi dengan salji. Nasib baik la sempat duduk bawah pokok, kurang la sket basah tu. Tapi salji tu tak cair pun sebab suhu tengah bawah paras beku. Tapi jaket tebal kitorang dah bertukar warna la kejap jadi warna putih...
1100hrs: Former Hokkaido Government Building bersama salji-saljinye...
Lepas selesai kena serang hendap dengan hujan salji, kitorang meneruskan perjalanan seret bag ke Nest Hotel Sapporo Odori untuk saki baki penginapan sebelum balik KL. Tak dapat check-in dulu pun takpe, yang penting dapat simpan dulu luggage pastu boleh merayau. 
1151hrs: suhu hari ini yang dipamerkan di lobi Nest Hotel Sapporo Odori
Selesai simpan bag kat hotel, kitorang merayau-rayau kat Aurora Town dan Pole Town (underground mall) berdekatan dengan Odori Park. Tempat ni memang menjadi tumpuan manusia, terutama sekali bila musim sejuk macam ni. Dalam ni memang warm sesangat berbanding dengan suhu negatif kat luar sana. Aurora Town dan Pole Town ni memang luas dan panjang kawasannya. Kalau cuaca kurang baik, boleh la turun ke tempat ni untuk berlindung. Banyak kedai-kedai dan aktiviti kat tempat ni. 
1310hrs: ada kelas memasak/buat kek kat underground shopping mall...
Dari underground mall ni kitorang jalan kaki sampai la ke exit untuk ke University of Hokkaido. Universiti ni memang popular jugak di kalangan pelancong sebab kawasannya yang luas dan cantik, penuh dengan kehijauan, itu kalau bukan musim sejuk la. 
1343hrs: dalam kawasan University of Hokkaido
Kalau dah musim sejuk, dengan salji tebal tu, memang tak akan nampak warna hijau la. Gambar kat atas dan kat bawah ni la buktinya.  
1347hrs: University of Hokkaido, salah satu gambar favourite aku...
Jadi, kepada sesiapa yang berpeluang untuk datang ke Sapporo, pastikan universiti ni dimasukkan dalam senarai tempat yang mesti dikunjungi. Atau sesiapa yang baru nak melanjutkan pelajaran, cuba la usha-usha kursus yang ditawarkan di universiti ni. Aku tak tahu la apa keistimewaan tempat ni selain dari kebersihan dan kecantikan kawasan sekitarnya yang aku rasa sangat sesuai untuk belajar.

(Semua waktu dalam gambar adalah waktu Jepun; GMT +9)

Thursday, December 8, 2016

Cistatjepun...

Assalamualaikum
cistatjepun
Balik dari keje tadi, ternampak la pulak outlet  Hokkaido Baked Cheese Tart ni yang baru je dibuka di Suria KLCC. Sebelum ni dengar dan ternampak je orang duk bawak kotak HBCT ni dalam bag plastik lutsinar.

Dah nampak dah kedainya depan mata, keinginan nak mencuba tu terus muncul. Wifey mesti melompat kegembiraan ni bila nampak si hubby belikan tart yang sedap dan famous ni. Famous ke?
macamana korang nak makan tart ni?
Harga sebiji HBCT ni ialah MYR5.80 sebijik! Mahal kan? Sebab apa mahal? Diterbangkan secara terus dari Hokkaido ke? Sebab terlampau sedap ke? Tapi memang sedap pun. Tapi tu la, mahal sangat. 

Untuk mengurangkan rasa tart ni terlampau mahal, beli la sekotak terus. Harga sekotak ialah MYR29 dan kau dapat 6 bijik HBCT! Secara purata harga sebijik dah jadi MYR4.83, murah la sikit walaupun sebenarnya masih lagi mahal untuk taraf hidup aku ni. Ha ha! Lagipun, bukannya nak beli tiap-tiap hari pun! Sesekali belanja wifey...
ada 6 biji tart dalam kotak ni
Berdasarkan nama tart ni, mesti ianya berasal dari Jepun. Betul ke tak tu aku tak pasti. Kalau rajin nanti boleh la google pasal HBCT ni. Dan kalau betul ianya popular di Jepun, mesti la Pulau Hokkaido la tempat asal usulnya.
meleleh la pulak keju dalam tart ni...
Aku beli 4 tat keju yang original flavour dan 2 chocolate flavour. Dan aku rasa yang original tu jauh lebih sedap dari yang perasa coklat tu. 

Berpakat la dengan kroni-kroni kalau nak berjimat beli tat ni daripada beli sebiji je. Groupon takde ke nak buat promotion untuk HBCT ni?

Memang ada jual ke kat Hokkaido tat ni? Mahal ke harga sebijik kalau tak campur kos nak ke sana? Dan yang paling penting, halal ke? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...