Kelly 3572

Tuesday, October 25, 2016

Salah Satu Hobi Aku...

Assalamualaikum

Aku ada satu tabiat ni yang bagi aku agak jarang aku dengar orang lain buat. Setiap kali aku menginap di hotel, aku akan dapatkan tisu toilet sebanyak yang boleh untuk aku bawak balik. Tapi takde la sampai ke tahap mintak dengan house keeping bergulung-gulung pulak tisu yang baru. Mana yang ada dalam bilik tu, yang tu la yang aku akan jadikan souvenir. 
Hasil tangkapan terbaru...
Apa la sangat amik tisu ni kan, lagipun kita dah bayar kos untuk menginap di hotel tu. Bukan beratus pun harga tisu tandas ni. End up akan masuk dalam toilet bowl jugak!

Wednesday, October 19, 2016

D9

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan rezeki yang telah dikurniakan olehNya. Walaupun hanya untuk sekali sahaja untuk ditatapi dengan mata dan kepala aku sendiri, bukannya dari video yang dirakam, aku sangat-sangat terharu, sebak dan tak tahu nak cakap apa dah dengan keindahan fenomena kejadian alam ciptaanNya ini.

Dari pemahaman aku tanpa kaji selidik secara ilmiah, aku boleh simpulkan bahawa, faktor-faktor yang mempengaruhi fenomena tersebut ialah;
  1. Awan
  2. Cahaya persekitaran
  3. Masa
  4. Suhu kawasan berkenaan
  5. Tiupan angin
Ini sekadar pandangan aku la. Aku yakin ada hujah dan faktor ilmiah lain yang lebih kukuh yang mempengaruhi fenomena ini.

Apapun, aku sangat-sangat bersyukur kepadaNya kerana telah diberi kesempatan dan peluang olehNya untuk mendapat pengalaman ini.

Saturday, October 15, 2016

D5

Assalamualaikum

Pagi ni kalau ikut jadualnya, kena gerak ke Stranda; lebih kurang 263km kalau ikut calculation Google Maps dan memakan masa lebih kurang 4 jam 40 minit kalau tak berhenti rehat langsung. Perjalanan hari ni ada membabitkan feri. Tapi tak la lama sangat naik feri tu menyeberangi fjord tu.

Paling menarik untuk perjalanan hari ni ialah melalui terowong jalan raya terpanjang di dunia. Laerdal Tunnel; panjangnya 24.5km. Memang bosan drive lama-lama dalam terowong ni. Dengan hadlaju yang agak perlahan untuk standard orang Malaysia dan terpaksa berhati-hati dengan perangkap hadlaju yang bersepah kat Norway ni. Tapi memang bagus sebenarnya pada pendapat aku dengan peraturan ketat macam ni. Takde la Micheal Schumacher Malaysia beraksi kat sini. Kalau nak tunjuk hebat jugak, tunggu je la surat chenta dari Norway sampai bila dah balik Malaysia nanti.

Yang  menarik lagi pasal terowong ni ialah terdapat 3 kawasan yang lebar dan dilimpahi dengan lampu bercahaya biru, agak unik dan cantik la. Lebar kawasan ini membolehkan kenderaan ringan untuk buat pusingan U sekiranya diperlukan ataupun untuk tujuan berhenti sekejap, mungkin untuk menghilangkan rasa  bosan dan mengantuk memandu dalam terowong yang sangat panjang dan memakan masa lebih dari 20 minit! Dah la takde emergency exit!!!

Perjalanan hari ni jugak membabitkan adegan tersesat masuk jalan kampung mana ntah yang diliputi salji, padahal atas bukit dan kawasannya sebelumnya takde salji langsung! Ni angkara GPS yang agak kurang canggih, dan mungkin jugak GPS device tu yang dah berumur, jadi pick upnya pun agak slow la kot. Ha ha ha, walaupun sesat but we really enjoyed it. Akirnya pemandu-pemandu mencapai kata sepakat untuk patah balik ke jalan utama sebab curiga dengan arahan Garmin tu. Tetapi, alang-alang dah sesat dalam kampung yang ada snow, kitorang menjakunkan diri dengan bergambar puas-puas dulu. Ye la, mana la tau lepas ni dah tak sesat dan dah tak jumpa snow!

Pasal kereta pulak, disebabkan suhu tahun ni yang dikatakan turun mendadak dengan agak cepat, jadi arrangement masa booking kereta tu tak mengambil kira, atau mungkin terlepas pandang bab tayar yang sesuai dengan musim sejuk dan jalan bersalji. Jadi, masa sesat kat kampung bersalji tu, aku yang takde pengalaman memandu dalam keadaan macam tu agak berhati-hati la masa memandu. Ada la jugak adegan bila kereta menggelunsur ke kiri dan kanan. Nasib baik la hampir takde kenderaan yang lalu lalang kat kampung tu. Tapi, pengalaman ni memang best.

Cuma yang tak berapa best dan benar-benar menakutkan aku ialah bila dah sampai ke Stranda. Keadaan dah gelap, senja. Semua konvoi dah ke tempat check point untuk urusan daftar masuk ke penginapan untuk malam ni. Kitorang yang paling belakang dan akhir sekali sampai situ. Check pointnye pulak kat tepi lereng bukit dan kecuraman jalan tu aku anggarkan dalam 30'. Parking di check point tu agak terhad, kereta depan aku je yang berjaya masuk ke tempat check point tu, dan kereta kitorang tak leh masuk. Aku terpaksa berhenti di slope tu. Bila aku masuk gear 1 balik untuk bergerak ke depan, kereta dah macam tak boleh bergerak ke depan, macam nak menggelunsur ke bawah. Kalau ke bawah aku tak kisah sangat sebab memang dah takde kereta kat belakang kitorang. Yang aku risau takut kereta kitorang menggelunsur ke bawah tebing sebelah kiri kitorang yang aku anggarkan lebih kurang 7-8 meter tingginya. 2-3 kali aku cuba masuk gear 1 dan tekan minyak untuk ke depan, tetapi hampeh! Semua orang kat luar kereta dekat check point tu dah agak panik. Yang dalam kereta ni lagi la panik kan. Terdengar la suara-suara yang memberi arahan supaya reverse dan macam-macam lagi la. Tapi aku dah tak berani mengambil risiko. Jalan curam dan mungkin berais, tayar pulak bukan winter tyre! Memang la tayar tak boleh nak cengkam jalan kalau jalan dah licin dengan ais. Nasib baik la datang brader yang memang berpengalaman memandu dalam keadaan bersalji tolong reversekan kereta kitorang. Aku dah cuba reverse sebelum tu, walaupun aku balas stereng ke kanan, kereta tu tetap aku terasa macam nak jatuh ke kiri tebing! 

Kalau takde orang lain masa tu, aku pun tak tahu apa akan jadi dengan kitorang semua dalam kereta tu. Apa-apa pun, inilah pengalaman paling mencemaskan dan agak menakutkan aku setakat ke hari ini. Harap-harap dah takde lagi pengalaman yang lebih cemas dari hari ni berlaku kat kitorang. Tetapi, pengalaman ni tetap berharga! 

Tuesday, October 11, 2016

D1

Assalamualaikum

Untuk negara yang pendapatan perkapitanya sangat tinggi berbanding dengan Malaysia, sebotol plastik Coke yang isinye aku rasa 325ml itu adalah sangat murah kot bagi warganegara mereka. Tetapi, sangat la tak murah kalau orang Malaysia yang bajet kecik macam aku ni nak minum Coke kat sini. 

Harga sebotol Coke di sini, di restoren yang menyajikan hidangan timur tengah ialah DKK23, ikut kadar tukaran hari ni ialah MYR14.83 sebotol. Ha ha ha...

Aku tak terkejut la sebab aku dah memang set dalam kepala otak aku semua benda kat sini jauh lebih mahal dari negara-negara Eropah lain.

Tu baru sebotol Coke. Lepas ni harga apa lagi yang aku akan nampak dan control diri aku dari terkejut. Kata tadi tak terkejut kan...

Saturday, October 8, 2016

EURMYR Hari Ini....

Assalamualaikum

Kadar tukaran MYR ke EUR yang aku dapat pada hari ini ialah...

1 EUR = MYR 4.65 dan MYR 4.64(SMC)

Ni je yang paling murah aku boleh dapat pada hari ni. Money changer favorite aku kehabisan EUR. Kalau tak, memang aku akan beli semua Euro dari dia la. Walaupun berbeza 1 sen, tapi tetap boleh memberi kesan kepada poket aku dalam keadaan gawat macam ni.

Macam biasa la, rate ni sebagai rujukan aku sendiri di kemudian hari...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...