Sunday, August 14, 2016

Nak Buat Aduan Kepada Siapa Sekiranya...

Assalamualaikum

...kita ternampak/terlihat/terakam objek pelik yang tak dapat dikenalpasti berlegar di ruang udara negara kita? 
14082016 1909hrs gambar dari lokasi, MAHSA University, Petaling Jaya
Ada sekurang-kurangnya 5 objek yang terapung berdekatan antara satu sama lain, maksimum yang aku nampak ialah 7 objek. Bergerak dengan agak perlahan. Ketinggiannya aku berani cakap mungkin melebihi 10000 kaki. Saiz aku tak pasti. Warna pun aku tak pasti sebab dari mata kasar aku, objek tu kecil atau mungkin sebab terlampau tinggi menyebabkan ianya nampak kecil dan faktor pantulan cahaya matahari senja mungkin boleh mempengaruhi pandangan aku.

Yang aku pasti, bukan burung, sebab burung tak boleh terbang setinggi yang aku nampak. Paling-paling tinggi pun aku rasa 10000 kaki je kot, lain la kalau burung tu terbang bawak tong oksigen dan badan dia boleh tahan tekanan udara yang berbeza-beza tu.

Drone pun aku tak pasti boleh ke tak terbang setinggi yang aku nampak tu. Dalam kumpulan pulak tu. Kadang-kadang aku nampak ada sedikit pergerakan, kadang-kadang statik terus kat tempat yang sama. 

Pesawat komersial memang jauh sekali la bukan. Kalau betul itu pesawat komersial, mesti ketinggiannya melebihi 41000 kaki kot. Dan kenapa pulak pesawat komersial nak terbang dalam formation yang rapat-rapat antara satu sama lain? Cari nahas namanya.

Pesawat tempur? Pun bukan kot. Helikopter memang jauh sekali.

Bintang? Kenapa nampak sekelompok tu je...dan kenapa sekejap bergerak, dan sekejap macam statik. 

UFO mungkin ya mungkin tidak. Kalau UFO aku tak kisah sangat. Aku risau kalau tu adalah pesawat atau objek peninjau negara lain yang tengah skodeng negara kita je.

Aku sorang je pulak masa tu, takde geng nak ajak jadi saksi. Aku called adik aku je mintak tolong dia check kat FlightRadar24 kot-kot la muncul objek-objek tu kat siu. Tanye dia nak report kat siapa kalau kes macam ni, dia pun tak pasti. Mana la tau sekiranya terjadi lagi kes-kes ternampak objek macam ni. Nak report  kat DCA ke, TUDM ke, ATM ke, PDRM ke...

Aku cuma berjaya rakam gambar kat atas tu je. Dan kalau tengok gambar tu memang macam gambar biasa je, takde apa-apa yang mencurigakan langsung. Tapi memang aku nampak dengan mata aku sendiri objek-objek yang aku ceritakan tadi. Kejadiannya berlaku masa aku nak pergi pick-up wifey yang menghadiri kuliah kat MAHSA University di Petaling Jaya. Sambil tunggu wifey selesai kuliah tu, aku melangut kat parking sambil dengar muzik dan usha-usha langit sebab nak tengok aircraft lalu lalang. Itukan salah satu hobi aku! Masa tengah syok skodeng langit tu la aku terperasan mula-mula satu objek, statik, nampak agak gelap, beberapa saat lepas tu aku nampak 5-6 objek lagi berhampiran objek yang pertama tu, cuma warnanya je tak gelap. Aku berhenti dengar muzik dan tumpukan fokus aku pada objek-objek tu. Sekejap bergerak, sekejap statik. Hampir 15 minit jugak aku nampak objek-objek tu sebelum ianya totally lenyap dari pandangan mata kasar aku.

Apa-apapun, aku harap benda tu bukan sesuatu yang serius yang mengancam keselamatan negara la. Dan kalau ada yang terbaca entry ni, boleh tak bitau pada siapa perlu kita laporkan kejadian seperti ni kalau la ianya berlaku? 

Sekian terima kasih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...