Friday, June 10, 2016

Tak Sahur - Episode 1 Musim 2016

Assalamualaikum

Belum sampai seminggu bulan Ramadhan, aku dah terkena lagi buat kesekian kalinye...

Sampai rumah dari office dah agak awal, tapi biasalah, lepas maghrib la jugak. Wifey plak tak masak heavy untuk menu berbuka sebab dia expect aku akan keluar untuk solat terawih di surau dan beli something heavy untuk aku sahur nanti.

Tapi aku tak larat nak ke surau untuk terawih malam ni. Kesudahannya, aku solat terawih di rumah sahaja setakat mana yang larat. 

Pukul 11 malam, aku meredah hujan rintik untuk membeli sesuatu untuk aku sahur nanti. Tak la pegi jauh pun, depan pagar je. Beli la sebijik burger ayam special with cheese yang berharga MYR5.30! Mahalnya kan...

Balik rumah simpan burger dalam microwave solat isyak dan terawih. Terawih aku buat sampai 6 rakaat sahaja. Konon nak sambung the remaining rakaat and witir masa bangun sahur nanti. Sebelum lelap mata, set alarm kat hTC aku tu untuk bangun lebih awal dari waktu biasa aku bangun sahur. Biasanya pukul 5 pagi, kali ni 4.50 pagi. Terus zzzzzzzzz...

Tengah syok dibuai mimpi, sayup-sayup je terdengar laungan azan yang hampir penghujungnye di telinga aku. Oh... ni mesti azan pertama ni. Tapi bila aku dah betul-betul sedar sket, baru la berusaha nak capai henpon kat tepi kepala nak tengok jam pukul berapa! 

Amik kau pukul 5.43 pagi!!! Laaa...azan subuh rupanya!!! Aduhhh...letih la camni... dah la masa berbuka tak makan heavy meal, dah missed sahur pulak!!! Sabar je la. Frust giler mengenangkan burger mahal dalam microwave tu yang mungkin menangis sebab aku tak makan dia untuk sahur...

Doa banyak-banyak supaya aku tak menghadapi sebarang masalah kesihatan semata-mata sebab terlepas sahur ni. Allah kan ada! Dan Alhamdulillah, memang tiada masalah, cuma memang agak lapar sket dari biasa la,,,ha ha.

Hairan jugak aku kenapa aku tak dengar alarm henpon aku tu, deep sleep betul aku sampai tak dengar alarm henpon kat tepi kepala. Bila buat postmortem kejadian ni baru la aku ternampak yang aku dah set alarm henpon aku tu bukannya pukul 4.50 pagi, tetapi pukul 5.51 pagi!!!

Patut la...padan muka aku! Salah sendiri...ha ha! Dah la tak sahur, terawih tak lengkap dan witir pun burn camtu je...rugi! Rugi!

Kesudahan burger mahal tu ialah, berjaya jugak aku makan lepas selesai solat terawih. Nasib baik ok lagi sebab aku simpan dalam peti sejuk lepas missed sahur tu...

Monday, June 6, 2016

Welcome Ramadhan Al-Kareem

Assalamualaikum

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua, terutama sekali kepada mereka yang beragama Islam.

Jangan lupa niat puasa untuk sebulan bulan Ramadhan dan juga niat harian.

Marilah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki amalan kita di bulan Ramadhan kali ini agar menjadi jauh lebih baik dari Ramadhan di tahun-tahun yang lepas. 

Jangan miss solat terawih, perbanyakkan membaca Al-Quran, perbanyakkan bersedekah, kurangkan aktiviti hiburan yang melalaikan, kurangkan bergossip secara lisan dan jugak di atas talian, manfaatkan malam-malam terakhir Ramadhan agar kita bertemu dengan Lailatul Qadar.

Jangan sia-siakan peluang keemasan yang Allah kurniakan ini bagi kita merebut segala peluang untuk menambah bekalan di akhirat nanti. Setiap kali berakhirnya Ramadhan, ramai di antara kita yang sedih dan bimbang sekiranya Ramadhan yang ditinggalkan itu merupakan Ramadhan terakhir untuk kita, jadi bila kita diberikan Allah kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan seterusnya, ambillah kesempatan sebaik mungkin, setiap detik dan setiap saat.

Alhamdulillah, semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir untuk diriku juga, InShaaAllah, Amin.

Selamat menunaikan ibadah puasa, maaf zahir dan batin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...