Friday, February 5, 2016

1.5 juta penumpang sehari?


"Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjangkakan bilangan penumpang mencecah 1.5 juta sehari menjelang 2017 susulan pembukaan fasa kedua projek sambungan jajaran laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang pada Mac serta Jun tahun ini.

Semalam, Prasarana merekodkan satu lagi kejayaan apabila jumlah penumpang harian melepasi paras sejuta apabila kini mencecah 1,001,800 orang.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar di Stesen LRT Masjid Jamek selepas sesi ‘walkabout’ dan pengagihan buah limau kepada penumpang sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Syed Hamid berkata, kenaikan tambang pengangkutan awam darat, baru-baru ini ternyata tidak menjejaskan pertambahan jumlah penumpang, sebaliknya memberi kesan positif dan konsisten.

“Itu hanya cakap-cakap di media sosial, hakikatnya masih ramai menggunakan pengangkutan awam kerana penumpang seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar masih menikmati potongan diskaun tambang,” katanya.

Katanya, kerajaan melalui Prasarana turut menambah baik kemudahan sedia ada termasuk di stesen LRT, monorel dan perhentian bas bagi keselesaan orang ramai secara berperingkat.

“Kita tidak memandang stesen ini sebagai stesen semata-mata sebaliknya mahu menjadikan ia sebagai lokasi beriadah, bersantai dan transit untuk mendapatkan kemudahan lain,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, angka sejuta itu adalah gabungan purata bilangan penumpang harian membabitkan laluan LRT Kelana Jaya, laluan LRT Ampang, laluan monorel dan perkhidmatan bas RapidKL, RapidPenang dan RapidKuantan.

Beliau berkata, perkhidmatan rel menyumbang bilangan penumpang 460,072 dengan laluan LRT Kelana Jaya mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 265,000 orang sehari.

“Sasaran 1.5 juta penumpang sehari itu dibuat susulan penambahan rel dan beberapa laluan baru selain pembukaan laluan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang, Disember depan.

“KL Monorel kini dalam proses menggantikan semua tren dua gerabak kepada empat gerabak yang lebih besar dan dijangka mampu digunakan lebih ramai penumpang tahun ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 7:28 AM"

Assalamualaikum

Kat atas tu merupakan artikel atau keratan dari akhbar Harian Metro. Aku tak tau Prasarana patut berbangga ke tak dengan berita macam ni. Bangga sikit boleh la kot. Yang aku nak ketengahkan kat sini ialah tentang kenyataan yang aku dah boldkan tuh.

Secara jujurnya aku sangat berharap kenyataan sebenar pemimpin tersebut tak berbunyi sedemikian. Ataupun media dan wartawan tersilap taip ke...

Sebabnya, bila hanya ada satu syarikat yang memonopoli sebahagian besar laluan utama pengangkutan awam, maka rakyat memang hampir tiada pilihan selain dari terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk ke destinasi atau ke tempat kerja mereka. Jadi, kenyataan yang aku boldkan tu memang rasanya kurang wajar diucapkan sedemikian gaya dan rupa. 

Dan rasanya tindakan menaikkan tambang pengangkutan awam macam berlawanan dengan seruan kerajaan yang menggalakkan lebih ramai warga kota menggunakan pengangkutan awam demi mengurangkan kesesakan jalanraya. Mungkin sekarang ni pengangkutan awam boleh menjadi salah satu sumber pendapatan utama negara kot? Cuba kaji selidik sket kad tambang bulanan dan mingguan RapidKL tu. Manalah tau kita boleh terjumpa charges atau yuran yang memusykilkan ke...

Yang guna pengangkutan awam ni pun cuma rakyat biasa, bukannya menteri pun. Kalau YB kat negara kita ni nak naik pengangkutan awam, kena ada liputan media yang luas supaya boleh tayang kat semua stesyen TV. Dekat pilihan raya nanti mungkin ada fenomena macam ni berlaku...ha ha.

kredit to Harian Metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...