Tuesday, February 23, 2016

Not So-Fresh Orange...

Assalamualaikum

Ini adalah short entry untuk kali ni.

Berhati-hati pabila anda memesan minuman 'Fresh Orange' di memana restoren, bistro atau yang sewaktu dengannya. Jangan terkejut bila anda selesai lepak dan nak bayar 'Fresh Orange' atau minuman dan makanan lain. TERUTAMA sekali 'Fresh Orange'. 

Aku dah terkena dah... dan dah insaf! Berikut adalah senarai harga 'Fresh Orange' di tiga lokasi berbeza:
  • Restoren AsSalam, Taman Semarak, Nilai RM5.50
  • Restoren Musa Maju, Mantin RM4.00
  • Khalifah Bistro, Bukit Bintang, KL RM7.00
Itupun betul ke oren tu segar sebagaimana namanya? Kalau oren tu betul-betul segar aku rasa harganya mau 2 kali ganda kot...

Ini mungkin salah satu akibat daripada kenaikan/penurunan harga minyak mentah dunia yang secara langsung menaikkan harga 'Fresh Orange' di Malaysia! 

Whatever la labu...

Saturday, February 6, 2016

Kali Pertama...

Assalamualaikum

Kali pertama dalam hidup aku tengok wayang show seawal 1140 pagi! Orang pun tak ramai memandangkan majoriti mungkin dah balik kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Keputusan nak tengok citer The Revenant ni dibuat malam tadi. Jadi tiket pun beli masa walk-in ke panggung MBO tu. Memang lengang!
movie poster hasil dari image on Google search...
Masa beli tiket kitorang dapati cuma ada 2 tiket sahaja yg baru terjual. Kami orang yang ke 3 dan ke 4. Dapat la pilih seat yang paling best! Paling belakang dan paling atas! Tak la sakit leher...

Cerita ni pada aku tak sesuai untuk tontonan umum sebab banyak adegan brutal dan ngeri. Potong sana potong sini, cakaran padu maut, panahan arjuna dan sebagainya...ha ha. Jalan ceritanya memang menarik, pada aku la.

Dan salah satu moral of the story cerita ni ialah, jangan sesuka hati bawak lari anak perempuan orang! Nak tahu kisah lebih lanjut, sila pergi panggung, atau beli DVD haram/halal, atau download la secara halal/haram!

Dari awal sampai akhir cerita ni, memang aku dan wifey je yang betul-betul tengok cerita ni, lagi 2 orang makhluk Allah tu tak tahu la apa diorang buat...

Friday, February 5, 2016

1.5 juta penumpang sehari?


"Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjangkakan bilangan penumpang mencecah 1.5 juta sehari menjelang 2017 susulan pembukaan fasa kedua projek sambungan jajaran laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang pada Mac serta Jun tahun ini.

Semalam, Prasarana merekodkan satu lagi kejayaan apabila jumlah penumpang harian melepasi paras sejuta apabila kini mencecah 1,001,800 orang.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar di Stesen LRT Masjid Jamek selepas sesi ‘walkabout’ dan pengagihan buah limau kepada penumpang sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Syed Hamid berkata, kenaikan tambang pengangkutan awam darat, baru-baru ini ternyata tidak menjejaskan pertambahan jumlah penumpang, sebaliknya memberi kesan positif dan konsisten.

“Itu hanya cakap-cakap di media sosial, hakikatnya masih ramai menggunakan pengangkutan awam kerana penumpang seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar masih menikmati potongan diskaun tambang,” katanya.

Katanya, kerajaan melalui Prasarana turut menambah baik kemudahan sedia ada termasuk di stesen LRT, monorel dan perhentian bas bagi keselesaan orang ramai secara berperingkat.

“Kita tidak memandang stesen ini sebagai stesen semata-mata sebaliknya mahu menjadikan ia sebagai lokasi beriadah, bersantai dan transit untuk mendapatkan kemudahan lain,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, angka sejuta itu adalah gabungan purata bilangan penumpang harian membabitkan laluan LRT Kelana Jaya, laluan LRT Ampang, laluan monorel dan perkhidmatan bas RapidKL, RapidPenang dan RapidKuantan.

Beliau berkata, perkhidmatan rel menyumbang bilangan penumpang 460,072 dengan laluan LRT Kelana Jaya mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 265,000 orang sehari.

“Sasaran 1.5 juta penumpang sehari itu dibuat susulan penambahan rel dan beberapa laluan baru selain pembukaan laluan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang, Disember depan.

“KL Monorel kini dalam proses menggantikan semua tren dua gerabak kepada empat gerabak yang lebih besar dan dijangka mampu digunakan lebih ramai penumpang tahun ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 7:28 AM"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...