Kelly 3572

Tuesday, December 13, 2016

Revisit - D4

Assalamualaikum

Keadaan pagi ni macam tak nak bagi balik je. Ok jugak sebenarnye, kalau boleh la, nak je duduk sini terus. Tapi tu la, kalau boleh...

Pesawat yang sepatutnye berlepas dari Chitose ke KL tak boleh mendarat on-time disebabkan oleh keadaan landasan yang bersalji tebal, memaksa pesawat berkenaan berlegar-legar di ruang angkasa Sapporo sampai la tangki minyak dah nak kering. Dan akhirnye, dapat la penumpang D7 550 merasa berjalan secara percuma dan mendarat di Sendai; kira-kira 30 minit penerbangan ke selatan Sapporo untuk mengisi minyak! Dan lepas tu take off semula ke Chitose!
1142 (MYT) Pesawat Air Asia X selamat mendarat di New Chitose Airport
Keadaan dalam gambar kat atas ni sebenarnye dah jauh lebih baik dari masa aku sampai kat airport ni sebelum pukul 7 pagi (waktu Jepun) tadi. Sebelum sampai airport lagi dah snow showers yang agak lebat. Nasib baik perjalanan dengan bas dari bandar Sapporo ke Chitose tak terjejas sangat.
1238 (MYT) D7 551 sedang bersiap sedia untuk dipush back.
Sepatutnye, D7 551 berlepas dari Chitose pada jam 0920 waktu Jepun (0820 MYT). Tapi akibat faktor cuaca yang tak boleh dielakkan ni, penerbangan balik terpaksa la delayed sampai la dekat pukul 1 tengahari baru pesawat ni boleh berlepas!

Tapi, apa-apapun, aku memang cukup berpuashati dengan revisit ni sebab dapat macam-macam pengalaman baru yang sangat best dan mengujakan! We'll be back Hokkaido!

Nak sangat snow kan!!! 

Monday, December 12, 2016

Revisit - D3

Assalamualaikum
Jadual perjalanan dan tambang keretapi ke Otaru...
Oleh sebab rancangan asal nak ke Tasik Toya dan Tasik Shikotsu terpaksa ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian, jadi sebagai pengganti, Otaru la yang paling senang kami nak pegi. Lagipun, dah penah ke bandar pelabuhan ni, jadi takde la pening kepala sangat nak buat itinerary masa kat Otaru ni.
Otaru yang putih melepak macam pakai bedak sejuk...
Pengangkutan ke Otaru dari Sapporo, macam biasa la, kami naik keretapi antara bandar. Macam KTM komuter kat Malaysia la. Cuma view train ride ke Otaru ni memang awesome, bagi aku la. Tepi pantai! Kalau nak tahu macamana feelnya tu, ada rezeki, berkunjung la ke Otaru yang aku dah rasa jatuh cinta dah sebab bandar ni kecik dan comel bagi aku. Bersih tu memang standard Jepun la.

Tambang sehala untuk dewasa ke Otaru dengan keretapi ni kalau tak silap aku ialah JPY620. Nak convert  jugak ke MYR? Masa ni aku beli JPY pada harga MYR39.20 untuk JPY1,000. Tambang ke Otaru dalam MYR ialah lebih kurang MYR24.30.
Otaru Canal yang sangat mengujakan pemandangannye...
Bandar Otaru ni aku rasa macam tak pernah lengang dengan pelancong. Ada je...Kali ni memang beberapa kali jugak terserempak dengan pelancong dari Malaysia. Ada yang datang dengan penerbangan terus dari KLIA2, ada jugak yang transit di Osaka dan terpaksa tangguhkan perjalanan ke Sapporo disebabkan masalah cuaca yang kurang baik; salji comel putih gebu yang sangat tebal!

Kunjungan sebelum ni pun kami terserempak dengan pelancong dari Malaysia di Masjid Otaru dan jugak di restoren makanan laut berhampiran dengan canal. 
jagung rebus yang dirindui...walaupun mahal...tu yang mampu beli sebatang je tu!
Wifey tak melepaskan peluang revisit ni untuk beli jagung rebus yang sangat manis, dan agak juicy! Aku punya target pulak ialah susu segar Yamanaka. Tak tentu arah aku bila fikirkan susu segar ni. Walaupun kedainye tutup hari ni, aku berjaya mendapatkan bekalan susu ni kat kedai di stesen keretapi Otaru. Itupun lepas aku tanya staff kat Smile Hotel Otaru. FYI, guest kat hotel tu akan diberikan sebotol kecik susu Yamanaka sebagai welcome gift. Aku tak pasti la pulak pelancong yang menginap di hotel tu akan dapat susu tu setiap hari ke atau waktu nak daftar masuk sahaja.

Jadi, kalau sesiapa yang suka minum susu, sekiranya tersinggah di pekan comel ni, aku rekemen korang cari susu jenama ni. Nak bawak balik Malaysia tak boleh la pulak sebab faktor cuaca yang kemungkinan besar akan merosakkan kualiti susu tu sebaik sampai ke tanahair tercinta ni... 
scallop dan tiram...memang tak boleh blah kesegarannye
Kunjungan kali ni jugak kami mencuba hidangan makanan laut yang segar di Sankaku Market berhampiran dengan stesen keretapi Otaru. Dekat sangat dengan stesen ni, keluar je dari stesen, belok ke kiri, naik tangga macam ada bukit sket, dah terus boleh nampak pasar kecik tu. Sangat banyak pilihan makanan laut yang segar, harganya..hmm...no comment la. Mungkin agak mahal la bagi aku, tapi sebab sesekali tu boleh la mencuba.  
kali pertama merasa ketam cap salji ni...memang mantop!!! 
Pengalaman yang aku tak boleh lupakan masa masuk je pasar Sankaku ni ialah, bila sorang peniaga kat situ tanya,"Muslim?" Dan bila kitorang jawab,"Yes" je peniaga tu terus bagi satu kad yang bagi arah untuk ke Masjid Otaru! 

Bukan itu je yang peniaga tu buat kitorang terharu, masa kitorang nak buat pesanan makanan, peniaga tu datang lagi kat kitorang dan bagi sekeping kertas yang mencatitkan waktu solat di bandar Otaru! Ya Allah...tak tahu apa rasa dalam hati ni. Apapun niat asal peniaga tu, semoga Allah berikan dia hidayah untuk memeluk Islam! Peniaga tu bitau yang dia ada kawan orang Islam di Otaru. Tapi apapun, memang respect la peniaga tu. 

Kami makan kat pasar tu beberapa jenis seafood yang segar; snow crab, scallop dan jugak oyster. Tapi aku rasa macam tak puas dan tak cukup je, tapi redha je la. Harganya tak mampu milik sangat...ha ha ha. InShaaAllah, dimurahkan rezeki, kami akan kembali ke Otaru lagi untuk beli susu, beli jagung dan makan fresh seafood ni!

Sunday, December 11, 2016

Revisit - D2

Assalamualaikum dan ohaiyou gozaimas!!!
1033hrs: check-out dari Nest Hotel Sapporo Ekimae untuk ke Nest Hotel Sapporo Odori pulak...
Aktiviti hari ni ialah check-out dari Nest Hotel Sapporo Ekimae dan check-in ke Nest Hotel Sapporo Odori. Jarak antara 2 hotel ni tak la jauh mana pun. Dalam 15 minit je jalan kaki...itu kalau cuaca baik dan jalan tak bersalji macam dalam gambar-gambar ni la...
1034hrs: iklan promote Timberland...ha ha ha...
Kalau dah keadaan jalan pun bersalji, tebal pulak tu, memang la mencabar nak bergerak ke hotel yang sepatutnye dekat tu. Dengan nak seret luggage lagi, tambahan pulak dengan keadaan jalan yang licin. Kena lebih berhati-hati! Kasut Timberland tu bukan la sesuai sangat untuk salji tebal camni. Tapi Alhamdulillah la sebab takde la kitorang sampai tergolek... 
1049hrs: kat tengah bandar Sapporo...
Suhu kat Sapporo minggu ni memang main negatif memanjang! Tengok je la dalam gambar kat bawah nanti. Suhu maksimum pun negatif jugak! Tapi, walaupun cuaca kurang membantu untuk bergerak ke sana ke mari, tapi keadaan bandar Sapporo yang bersalji tu memang membuatkan pemandangannya bandar ni sangat cantik! Dah la bandar-bandar kat Jepun ni memang terkenal dengan kebersihannya! 
1049hrs: pemandangan Former Hokkaido Government Building dari jauh...
Satu lagi yang aku tertarik ialah, ramalan kaji cuaca. Boleh dikatakan ramalan cuaca diorang ni hampir tepat. Macam apa yang kitorang experience hari ni, ikut ramalan cuaca bandar Sapporo, snow fall dijangka pada jam 11 pagi. Masa tu kitorang tengah sibuk bergambar kat Former Hokkaido Government Building. Bukan kitoang je la...tourist  lain dan burung-burung merpati pun ada gak... 
1058hrs: 3 ekor burung merpati yang menikmati salji tebal di tengahari...
Tengah syok menikmati keindahan alam dan cuaca sejuk, tetiba je cuaca yang cerah jadi mendung dan terus salji-salji yang comel dan putih melepak tu turun dengan lebatnya. Kelam-kabut jadinya nak cari tempat berteduh. Payung pun tak bawak. Habis baju dan luggage kitorang dipenuhi dengan salji. Nasib baik la sempat duduk bawah pokok, kurang la sket basah tu. Tapi salji tu tak cair pun sebab suhu tengah bawah paras beku. Tapi jaket tebal kitorang dah bertukar warna la kejap jadi warna putih...
1100hrs: Former Hokkaido Government Building bersama salji-saljinye...
Lepas selesai kena serang hendap dengan hujan salji, kitorang meneruskan perjalanan seret bag ke Nest Hotel Sapporo Odori untuk saki baki penginapan sebelum balik KL. Tak dapat check-in dulu pun takpe, yang penting dapat simpan dulu luggage pastu boleh merayau. 
1151hrs: suhu hari ini yang dipamerkan di lobi Nest Hotel Sapporo Odori
Selesai simpan bag kat hotel, kitorang merayau-rayau kat Aurora Town dan Pole Town (underground mall) berdekatan dengan Odori Park. Tempat ni memang menjadi tumpuan manusia, terutama sekali bila musim sejuk macam ni. Dalam ni memang warm sesangat berbanding dengan suhu negatif kat luar sana. Aurora Town dan Pole Town ni memang luas dan panjang kawasannya. Kalau cuaca kurang baik, boleh la turun ke tempat ni untuk berlindung. Banyak kedai-kedai dan aktiviti kat tempat ni. 
1310hrs: ada kelas memasak/buat kek kat underground shopping mall...
Dari underground mall ni kitorang jalan kaki sampai la ke exit untuk ke University of Hokkaido. Universiti ni memang popular jugak di kalangan pelancong sebab kawasannya yang luas dan cantik, penuh dengan kehijauan, itu kalau bukan musim sejuk la. 
1343hrs: dalam kawasan University of Hokkaido
Kalau dah musim sejuk, dengan salji tebal tu, memang tak akan nampak warna hijau la. Gambar kat atas dan kat bawah ni la buktinya.  
1347hrs: University of Hokkaido, salah satu gambar favourite aku...
Jadi, kepada sesiapa yang berpeluang untuk datang ke Sapporo, pastikan universiti ni dimasukkan dalam senarai tempat yang mesti dikunjungi. Atau sesiapa yang baru nak melanjutkan pelajaran, cuba la usha-usha kursus yang ditawarkan di universiti ni. Aku tak tahu la apa keistimewaan tempat ni selain dari kebersihan dan kecantikan kawasan sekitarnya yang aku rasa sangat sesuai untuk belajar.

(Semua waktu dalam gambar adalah waktu Jepun; GMT +9)

Thursday, December 8, 2016

Cistatjepun...

Assalamualaikum
cistatjepun
Balik dari keje tadi, ternampak la pulak outlet  Hokkaido Baked Cheese Tart ni yang baru je dibuka di Suria KLCC. Sebelum ni dengar dan ternampak je orang duk bawak kotak HBCT ni dalam bag plastik lutsinar.

Dah nampak dah kedainya depan mata, keinginan nak mencuba tu terus muncul. Wifey mesti melompat kegembiraan ni bila nampak si hubby belikan tart yang sedap dan famous ni. Famous ke?
macamana korang nak makan tart ni?
Harga sebiji HBCT ni ialah MYR5.80 sebijik! Mahal kan? Sebab apa mahal? Diterbangkan secara terus dari Hokkaido ke? Sebab terlampau sedap ke? Tapi memang sedap pun. Tapi tu la, mahal sangat. 

Untuk mengurangkan rasa tart ni terlampau mahal, beli la sekotak terus. Harga sekotak ialah MYR29 dan kau dapat 6 bijik HBCT! Secara purata harga sebijik dah jadi MYR4.83, murah la sikit walaupun sebenarnya masih lagi mahal untuk taraf hidup aku ni. Ha ha! Lagipun, bukannya nak beli tiap-tiap hari pun! Sesekali belanja wifey...
ada 6 biji tart dalam kotak ni
Berdasarkan nama tart ni, mesti ianya berasal dari Jepun. Betul ke tak tu aku tak pasti. Kalau rajin nanti boleh la google pasal HBCT ni. Dan kalau betul ianya popular di Jepun, mesti la Pulau Hokkaido la tempat asal usulnya.
meleleh la pulak keju dalam tart ni...
Aku beli 4 tat keju yang original flavour dan 2 chocolate flavour. Dan aku rasa yang original tu jauh lebih sedap dari yang perasa coklat tu. 

Berpakat la dengan kroni-kroni kalau nak berjimat beli tat ni daripada beli sebiji je. Groupon takde ke nak buat promotion untuk HBCT ni?

Memang ada jual ke kat Hokkaido tat ni? Mahal ke harga sebijik kalau tak campur kos nak ke sana? Dan yang paling penting, halal ke? 

Tuesday, October 25, 2016

Salah Satu Hobi Aku...

Assalamualaikum

Aku ada satu tabiat ni yang bagi aku agak jarang aku dengar orang lain buat. Setiap kali aku menginap di hotel, aku akan dapatkan tisu toilet sebanyak yang boleh untuk aku bawak balik. Tapi takde la sampai ke tahap mintak dengan house keeping bergulung-gulung pulak tisu yang baru. Mana yang ada dalam bilik tu, yang tu la yang aku akan jadikan souvenir. 
Hasil tangkapan terbaru...
Apa la sangat amik tisu ni kan, lagipun kita dah bayar kos untuk menginap di hotel tu. Bukan beratus pun harga tisu tandas ni. End up akan masuk dalam toilet bowl jugak!

Wednesday, October 19, 2016

D9

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan rezeki yang telah dikurniakan olehNya. Walaupun hanya untuk sekali sahaja untuk ditatapi dengan mata dan kepala aku sendiri, bukannya dari video yang dirakam, aku sangat-sangat terharu, sebak dan tak tahu nak cakap apa dah dengan keindahan fenomena kejadian alam ciptaanNya ini.

Dari pemahaman aku tanpa kaji selidik secara ilmiah, aku boleh simpulkan bahawa, faktor-faktor yang mempengaruhi fenomena tersebut ialah;
  1. Awan
  2. Cahaya persekitaran
  3. Masa
  4. Suhu kawasan berkenaan
  5. Tiupan angin
Ini sekadar pandangan aku la. Aku yakin ada hujah dan faktor ilmiah lain yang lebih kukuh yang mempengaruhi fenomena ini.

Apapun, aku sangat-sangat bersyukur kepadaNya kerana telah diberi kesempatan dan peluang olehNya untuk mendapat pengalaman ini.

Saturday, October 15, 2016

D5

Assalamualaikum

Pagi ni kalau ikut jadualnya, kena gerak ke Stranda; lebih kurang 263km kalau ikut calculation Google Maps dan memakan masa lebih kurang 4 jam 40 minit kalau tak berhenti rehat langsung. Perjalanan hari ni ada membabitkan feri. Tapi tak la lama sangat naik feri tu menyeberangi fjord tu.

Paling menarik untuk perjalanan hari ni ialah melalui terowong jalan raya terpanjang di dunia. Laerdal Tunnel; panjangnya 24.5km. Memang bosan drive lama-lama dalam terowong ni. Dengan hadlaju yang agak perlahan untuk standard orang Malaysia dan terpaksa berhati-hati dengan perangkap hadlaju yang bersepah kat Norway ni. Tapi memang bagus sebenarnya pada pendapat aku dengan peraturan ketat macam ni. Takde la Micheal Schumacher Malaysia beraksi kat sini. Kalau nak tunjuk hebat jugak, tunggu je la surat chenta dari Norway sampai bila dah balik Malaysia nanti.

Yang  menarik lagi pasal terowong ni ialah terdapat 3 kawasan yang lebar dan dilimpahi dengan lampu bercahaya biru, agak unik dan cantik la. Lebar kawasan ini membolehkan kenderaan ringan untuk buat pusingan U sekiranya diperlukan ataupun untuk tujuan berhenti sekejap, mungkin untuk menghilangkan rasa  bosan dan mengantuk memandu dalam terowong yang sangat panjang dan memakan masa lebih dari 20 minit! Dah la takde emergency exit!!!

Perjalanan hari ni jugak membabitkan adegan tersesat masuk jalan kampung mana ntah yang diliputi salji, padahal atas bukit dan kawasannya sebelumnya takde salji langsung! Ni angkara GPS yang agak kurang canggih, dan mungkin jugak GPS device tu yang dah berumur, jadi pick upnya pun agak slow la kot. Ha ha ha, walaupun sesat but we really enjoyed it. Akirnya pemandu-pemandu mencapai kata sepakat untuk patah balik ke jalan utama sebab curiga dengan arahan Garmin tu. Tetapi, alang-alang dah sesat dalam kampung yang ada snow, kitorang menjakunkan diri dengan bergambar puas-puas dulu. Ye la, mana la tau lepas ni dah tak sesat dan dah tak jumpa snow!

Pasal kereta pulak, disebabkan suhu tahun ni yang dikatakan turun mendadak dengan agak cepat, jadi arrangement masa booking kereta tu tak mengambil kira, atau mungkin terlepas pandang bab tayar yang sesuai dengan musim sejuk dan jalan bersalji. Jadi, masa sesat kat kampung bersalji tu, aku yang takde pengalaman memandu dalam keadaan macam tu agak berhati-hati la masa memandu. Ada la jugak adegan bila kereta menggelunsur ke kiri dan kanan. Nasib baik la hampir takde kenderaan yang lalu lalang kat kampung tu. Tapi, pengalaman ni memang best.

Cuma yang tak berapa best dan benar-benar menakutkan aku ialah bila dah sampai ke Stranda. Keadaan dah gelap, senja. Semua konvoi dah ke tempat check point untuk urusan daftar masuk ke penginapan untuk malam ni. Kitorang yang paling belakang dan akhir sekali sampai situ. Check pointnye pulak kat tepi lereng bukit dan kecuraman jalan tu aku anggarkan dalam 30'. Parking di check point tu agak terhad, kereta depan aku je yang berjaya masuk ke tempat check point tu, dan kereta kitorang tak leh masuk. Aku terpaksa berhenti di slope tu. Bila aku masuk gear 1 balik untuk bergerak ke depan, kereta dah macam tak boleh bergerak ke depan, macam nak menggelunsur ke bawah. Kalau ke bawah aku tak kisah sangat sebab memang dah takde kereta kat belakang kitorang. Yang aku risau takut kereta kitorang menggelunsur ke bawah tebing sebelah kiri kitorang yang aku anggarkan lebih kurang 7-8 meter tingginya. 2-3 kali aku cuba masuk gear 1 dan tekan minyak untuk ke depan, tetapi hampeh! Semua orang kat luar kereta dekat check point tu dah agak panik. Yang dalam kereta ni lagi la panik kan. Terdengar la suara-suara yang memberi arahan supaya reverse dan macam-macam lagi la. Tapi aku dah tak berani mengambil risiko. Jalan curam dan mungkin berais, tayar pulak bukan winter tyre! Memang la tayar tak boleh nak cengkam jalan kalau jalan dah licin dengan ais. Nasib baik la datang brader yang memang berpengalaman memandu dalam keadaan bersalji tolong reversekan kereta kitorang. Aku dah cuba reverse sebelum tu, walaupun aku balas stereng ke kanan, kereta tu tetap aku terasa macam nak jatuh ke kiri tebing! 

Kalau takde orang lain masa tu, aku pun tak tahu apa akan jadi dengan kitorang semua dalam kereta tu. Apa-apa pun, inilah pengalaman paling mencemaskan dan agak menakutkan aku setakat ke hari ini. Harap-harap dah takde lagi pengalaman yang lebih cemas dari hari ni berlaku kat kitorang. Tetapi, pengalaman ni tetap berharga! 

Tuesday, October 11, 2016

D1

Assalamualaikum

Untuk negara yang pendapatan perkapitanya sangat tinggi berbanding dengan Malaysia, sebotol plastik Coke yang isinye aku rasa 325ml itu adalah sangat murah kot bagi warganegara mereka. Tetapi, sangat la tak murah kalau orang Malaysia yang bajet kecik macam aku ni nak minum Coke kat sini. 

Harga sebotol Coke di sini, di restoren yang menyajikan hidangan timur tengah ialah DKK23, ikut kadar tukaran hari ni ialah MYR14.83 sebotol. Ha ha ha...

Aku tak terkejut la sebab aku dah memang set dalam kepala otak aku semua benda kat sini jauh lebih mahal dari negara-negara Eropah lain.

Tu baru sebotol Coke. Lepas ni harga apa lagi yang aku akan nampak dan control diri aku dari terkejut. Kata tadi tak terkejut kan...

Saturday, October 8, 2016

EURMYR Hari Ini....

Assalamualaikum

Kadar tukaran MYR ke EUR yang aku dapat pada hari ini ialah...

1 EUR = MYR 4.65 dan MYR 4.64(SMC)

Ni je yang paling murah aku boleh dapat pada hari ni. Money changer favorite aku kehabisan EUR. Kalau tak, memang aku akan beli semua Euro dari dia la. Walaupun berbeza 1 sen, tapi tetap boleh memberi kesan kepada poket aku dalam keadaan gawat macam ni.

Macam biasa la, rate ni sebagai rujukan aku sendiri di kemudian hari...

Wednesday, September 7, 2016

Hari Ini Dalam Sejarah...

Assalamualaikum

Sepanjang hidup aku naik LRT pergi balik keje, hari ni la aku boleh masukkan pengalaman aku naik LRT ni dalam buku sejarah tingkatan 1.

Sampai je kat stesyen LRT aku dah nampak ramai orang jalan kaki menghala ke arah tempat menunggu bas. Ada yang tahan teksi, ada yang tunggu kenkawan dan keluarga datang jemput. Ni mesti LRT problem ni. Manusia beratur nak masuk stesyen pun melimpah sampai ke tangga!!!

Chronology of event...

0835 - sampai stesyen, beratur nak masuk stesyen.
0930 - berjaya masuk ke dalam stesyen
1000 - tunggu turn nak masuk train yang sampai tak ikut jadual
1040 - akhirnya dapat masuk dalam train...dan train pun tak tunggu lama sangat sebelum bergerak..
1103 - sampai Stesyen Jelatek, train stopped lama giler. Takde incoming train ke Gombak sepanjang aku tercegat dalam static train tu. Dekat 1130 baru la ada 4 train menghala ke Gombak. Lepas tu baru la train yang aku naik tu bergerak ke Dato' Keramat.
1135 - Dato' Keramat. Train stopped lama lagi sekali. Tapi nasib baik tak selama kat Jelatek. Dekat pukul 12 camtu baru la train bergerak ke Damai dan Ampang Park .
1201 - Aku selamat keluar dari Stesyen Ampang Park... selesai sudah seksa dunia...ha ha.

Suka sebab ada alasan kukuh masuk office lewat! Tak suka sebab lenguh kaki aku wooo berdiri 3 jam lebih dalam train. Nasib baik tak pitam! Aku yakin ramai jugak yang pitam, ada yang siap muntah sekali. Kesiannya. Ramai yang terduduk dalam train sebab dah tak larat nak berdiri.

Dah lambat macam ni boleh la merayau jenjalan pergi bank selesaikan urusan peribadi...sekali sekala takpe masuk lewat camni...

Pengajaran untuk aku, bawak la air sebotol taruk dalam beg, gula-gula, cokelat ke, power bank, balm atau minyak cap kapak untuk menolong penumpang-penumpang yang memerlukan. 

Hari ni mencipta sejarah paling lama aku tersangkut dalam train. Gara-gara malas nak pikir cari alternatif lain. Tunggu je la sampai train bergerak. Paling penting, alasan yang kukuh untuk masuk lewat...ha ha.

Sunday, August 14, 2016

Nak Buat Aduan Kepada Siapa Sekiranya...

Assalamualaikum

...kita ternampak/terlihat/terakam objek pelik yang tak dapat dikenalpasti berlegar di ruang udara negara kita? 
14082016 1909hrs gambar dari lokasi, MAHSA University, Petaling Jaya
Ada sekurang-kurangnya 5 objek yang terapung berdekatan antara satu sama lain, maksimum yang aku nampak ialah 7 objek. Bergerak dengan agak perlahan. Ketinggiannya aku berani cakap mungkin melebihi 10000 kaki. Saiz aku tak pasti. Warna pun aku tak pasti sebab dari mata kasar aku, objek tu kecil atau mungkin sebab terlampau tinggi menyebabkan ianya nampak kecil dan faktor pantulan cahaya matahari senja mungkin boleh mempengaruhi pandangan aku.

Yang aku pasti, bukan burung, sebab burung tak boleh terbang setinggi yang aku nampak. Paling-paling tinggi pun aku rasa 10000 kaki je kot, lain la kalau burung tu terbang bawak tong oksigen dan badan dia boleh tahan tekanan udara yang berbeza-beza tu.

Drone pun aku tak pasti boleh ke tak terbang setinggi yang aku nampak tu. Dalam kumpulan pulak tu. Kadang-kadang aku nampak ada sedikit pergerakan, kadang-kadang statik terus kat tempat yang sama. 

Pesawat komersial memang jauh sekali la bukan. Kalau betul itu pesawat komersial, mesti ketinggiannya melebihi 41000 kaki kot. Dan kenapa pulak pesawat komersial nak terbang dalam formation yang rapat-rapat antara satu sama lain? Cari nahas namanya.

Pesawat tempur? Pun bukan kot. Helikopter memang jauh sekali.

Bintang? Kenapa nampak sekelompok tu je...dan kenapa sekejap bergerak, dan sekejap macam statik. 

UFO mungkin ya mungkin tidak. Kalau UFO aku tak kisah sangat. Aku risau kalau tu adalah pesawat atau objek peninjau negara lain yang tengah skodeng negara kita je.

Aku sorang je pulak masa tu, takde geng nak ajak jadi saksi. Aku called adik aku je mintak tolong dia check kat FlightRadar24 kot-kot la muncul objek-objek tu kat siu. Tanye dia nak report kat siapa kalau kes macam ni, dia pun tak pasti. Mana la tau sekiranya terjadi lagi kes-kes ternampak objek macam ni. Nak report  kat DCA ke, TUDM ke, ATM ke, PDRM ke...

Aku cuma berjaya rakam gambar kat atas tu je. Dan kalau tengok gambar tu memang macam gambar biasa je, takde apa-apa yang mencurigakan langsung. Tapi memang aku nampak dengan mata aku sendiri objek-objek yang aku ceritakan tadi. Kejadiannya berlaku masa aku nak pergi pick-up wifey yang menghadiri kuliah kat MAHSA University di Petaling Jaya. Sambil tunggu wifey selesai kuliah tu, aku melangut kat parking sambil dengar muzik dan usha-usha langit sebab nak tengok aircraft lalu lalang. Itukan salah satu hobi aku! Masa tengah syok skodeng langit tu la aku terperasan mula-mula satu objek, statik, nampak agak gelap, beberapa saat lepas tu aku nampak 5-6 objek lagi berhampiran objek yang pertama tu, cuma warnanya je tak gelap. Aku berhenti dengar muzik dan tumpukan fokus aku pada objek-objek tu. Sekejap bergerak, sekejap statik. Hampir 15 minit jugak aku nampak objek-objek tu sebelum ianya totally lenyap dari pandangan mata kasar aku.

Apa-apapun, aku harap benda tu bukan sesuatu yang serius yang mengancam keselamatan negara la. Dan kalau ada yang terbaca entry ni, boleh tak bitau pada siapa perlu kita laporkan kejadian seperti ni kalau la ianya berlaku? 

Sekian terima kasih...

Saturday, July 9, 2016

Time Value of Money...

Assalamualaikum

Entry hari ni lebih kepada rujukan harga barangan dan perkhidmatan semasa di Malaysia, khususnya di KL.

Tukar ekzos Kelly, kali terakhir aku tukar pada tahun 2009. Kosnya, RM210, termasuk pemasangan, itupun ekzos yang konon sporty sket la. Tadi aku tukar ekzos standard untuk Kelly, RM180. Kalau nak tukar ekzos yang sebijik macam dulu dah jadi RM250. 

Aku tukar ekzos ni kat kedai yang sama sepertimana 7 tahun dahulu. Ada RM40 kenaikan untuk harga barang yang sama...

Lepas dah lesap RM180, aku lapar! Dah 3-4 hari ni sejak akhir Ramadhan tekak asyik nak makan kentaki je. Terus aku ke kentaki JJ Wangsa Maju. Tapau je.

Menu, set dinner plate hot & spicy; harga? RM17.45 termasuk GST. Aku dah lupa bila kali terakhir aku perasan harga satu set menu yang sama di KFC ni. 10 tahun lepas, berapa la agaknye harga set menu ni kan? 

10 tahun akan datang, cuba agak berapa pulak harga kedua-dua benda ni...

Friday, June 10, 2016

Tak Sahur - Episode 1 Musim 2016

Assalamualaikum

Belum sampai seminggu bulan Ramadhan, aku dah terkena lagi buat kesekian kalinye...

Sampai rumah dari office dah agak awal, tapi biasalah, lepas maghrib la jugak. Wifey plak tak masak heavy untuk menu berbuka sebab dia expect aku akan keluar untuk solat terawih di surau dan beli something heavy untuk aku sahur nanti.

Tapi aku tak larat nak ke surau untuk terawih malam ni. Kesudahannya, aku solat terawih di rumah sahaja setakat mana yang larat. 

Pukul 11 malam, aku meredah hujan rintik untuk membeli sesuatu untuk aku sahur nanti. Tak la pegi jauh pun, depan pagar je. Beli la sebijik burger ayam special with cheese yang berharga MYR5.30! Mahalnya kan...

Balik rumah simpan burger dalam microwave solat isyak dan terawih. Terawih aku buat sampai 6 rakaat sahaja. Konon nak sambung the remaining rakaat and witir masa bangun sahur nanti. Sebelum lelap mata, set alarm kat hTC aku tu untuk bangun lebih awal dari waktu biasa aku bangun sahur. Biasanya pukul 5 pagi, kali ni 4.50 pagi. Terus zzzzzzzzz...

Tengah syok dibuai mimpi, sayup-sayup je terdengar laungan azan yang hampir penghujungnye di telinga aku. Oh... ni mesti azan pertama ni. Tapi bila aku dah betul-betul sedar sket, baru la berusaha nak capai henpon kat tepi kepala nak tengok jam pukul berapa! 

Amik kau pukul 5.43 pagi!!! Laaa...azan subuh rupanya!!! Aduhhh...letih la camni... dah la masa berbuka tak makan heavy meal, dah missed sahur pulak!!! Sabar je la. Frust giler mengenangkan burger mahal dalam microwave tu yang mungkin menangis sebab aku tak makan dia untuk sahur...

Doa banyak-banyak supaya aku tak menghadapi sebarang masalah kesihatan semata-mata sebab terlepas sahur ni. Allah kan ada! Dan Alhamdulillah, memang tiada masalah, cuma memang agak lapar sket dari biasa la,,,ha ha.

Hairan jugak aku kenapa aku tak dengar alarm henpon aku tu, deep sleep betul aku sampai tak dengar alarm henpon kat tepi kepala. Bila buat postmortem kejadian ni baru la aku ternampak yang aku dah set alarm henpon aku tu bukannya pukul 4.50 pagi, tetapi pukul 5.51 pagi!!!

Patut la...padan muka aku! Salah sendiri...ha ha! Dah la tak sahur, terawih tak lengkap dan witir pun burn camtu je...rugi! Rugi!

Kesudahan burger mahal tu ialah, berjaya jugak aku makan lepas selesai solat terawih. Nasib baik ok lagi sebab aku simpan dalam peti sejuk lepas missed sahur tu...

Monday, June 6, 2016

Welcome Ramadhan Al-Kareem

Assalamualaikum

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua, terutama sekali kepada mereka yang beragama Islam.

Jangan lupa niat puasa untuk sebulan bulan Ramadhan dan juga niat harian.

Marilah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki amalan kita di bulan Ramadhan kali ini agar menjadi jauh lebih baik dari Ramadhan di tahun-tahun yang lepas. 

Jangan miss solat terawih, perbanyakkan membaca Al-Quran, perbanyakkan bersedekah, kurangkan aktiviti hiburan yang melalaikan, kurangkan bergossip secara lisan dan jugak di atas talian, manfaatkan malam-malam terakhir Ramadhan agar kita bertemu dengan Lailatul Qadar.

Jangan sia-siakan peluang keemasan yang Allah kurniakan ini bagi kita merebut segala peluang untuk menambah bekalan di akhirat nanti. Setiap kali berakhirnya Ramadhan, ramai di antara kita yang sedih dan bimbang sekiranya Ramadhan yang ditinggalkan itu merupakan Ramadhan terakhir untuk kita, jadi bila kita diberikan Allah kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan seterusnya, ambillah kesempatan sebaik mungkin, setiap detik dan setiap saat.

Alhamdulillah, semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir untuk diriku juga, InShaaAllah, Amin.

Selamat menunaikan ibadah puasa, maaf zahir dan batin.

Friday, May 27, 2016

Welcome Jose

Jose Mourinho; photo credit to ManUtd.com
Assalamualaikum

Ni berita gempak dunia bolasepak untuk hari ini. Tapi secara jujurnya, takde la gempak mana ibarat kata wartawan sukan akhbar online di UK, football worst-kept secret! Dari bulan Febuari gosip dan desas desus timbul sampai la hari ni baru betul-betul diwar-warkan secara rasmi oleh Manchester United FC.

Pandai pulak MUFC pilih hari Jumaat untuk buat pengumuman rasmi ni. Nak amik berkat ke? 

Apa-apapun aku harap kau tak buat banyak statement lawak macam kebiasaan la ye Jose! Dan yang bagi aku, yang paling penting dia perlu buat sekarang ni ialah memenangi hati penyokong MUFC dahulu sebelum memenangi sebarang piala yang dipertandingkan.

So Jose, selamat datang ke Manchester United dan selamat bertugas sebagai pengurus pasukan yang berjaya seperti Sir Alex Ferguson, atau lebih baik lagi. Aku harap kau stay selama yang mungkin di MUFC!

Wednesday, May 18, 2016

Wordless Wednesday

United finished 5th! No Champions League football next year...
EPL League Table of 2015/16, Credit to Daily Mail UK

Sunday, March 27, 2016

Selamat Tinggal MAS Boeing 777-200

Assalamualaikum

Aku dapat tahu MAB(fka MAS) akan menghentikan penggunaan pesawat Boeing 777-200 di dalam operasi harian mereka. Penerbangan terakhir pesawat tersebut yang aku terbaca somewhere ialah pada hari ini untuk penerbangan ke salah satu destinasinya di China.
sebuah Boeing 777-200 yang aku rakam dari Anjung Tinjau
 Fleet Boeing 772 ni kebanyakannya telah lama beroperasi dengan MAB untuk perjalanan jarak jauh dan juga sederhana. Aku rasa bertuah sebab sempat beberapa kali merasai pengalaman untuk terbang dengan fleet yang banyak meninggalkan memori pahit dalam sejarah penerbangan dunia amnya, dan khususnya Malaysia. (MH370 dan MH17)

Mengikut pengalaman aku, fleet ni beroperasi dengan baik. Cuma perlu tukar dan baik pulih bahagian dalamnya sahaja. Seat dan sistem IFE perlu dikemaskini sekiranya MAB ingin mengekalkan pesawat ini. Mungkin pengurusan MAB telah mengusha A350 sebagai pengganti B772 ni atas sebab-sebab kos operasi dan sebagainya.
budak ni bukan 772, cuma tumpang glamour sebab dia paling hampir dengan aku! Boeing 737-800
Aku terasa sedih bila diorang ni dah nak bersara. Usia purata fleet ni ialah kemungkinan besar dalam lingkungan 14 hingga 18 tahun. Dengan penstrukturan semula MAB, banyak laluan yang menggunakan pesawat ini telah digantung atau dihentikan buat sementara waktu. Kebanyakannya adalah destinasi ke Eropah seperti Istanbul, Frankfurt, Paris dan Amsterdam. Hanya London sahaja yang masih mempunyai penerbangan tanpa henti dari Kuala Lumpur sebab pesawat yang digunakan adalah Airbus A380.
sebuah lagi B772 kelihatan di atas tarmac KLIA, menunggu masanya sahaja... :(
Ramai flight crew MAB bagi pesawat ini yang terpaksa mencari rezeki di tempat lain akibat daripada penamatan perkhidmatan 772 ni.

Apapun yang dilakukan, semoga ianya mendapat kebaikan untuk jangkamasa panjang buat MAB khasnya dan juga buat negara.

Selamat tinggal MH Boeing 777-200 dan terima kasih untuk semua memori indah yang aku sempat rasai bersama kalian!

Friday, March 25, 2016

Buat Sambal Kerang Sedap Ni!!!

Assalamualaikum

Pagi tadi sambil jalan-jalan last minute shopping untuk cukupkan luggage quota aku terjumpa kerang besar kat sebuah pasaraya kecik berdekatan kawasan hotel yang aku duduk.

Inilah first time aku terjumpa kerang sebesar dalam gambar ni...
amik kau!!!
Boleh buat perbandingan kerang saiz biasa dengan kerang dari planet mana ntah ni. Tak pasti pulak kerang besar tu diternak dalam sangkar atau memang dia membesar naturally sado macam tu!

Memang puas hati la kalau rebus, buat sambal atau rendang untuk makan dengan nasi lemak ni!!! Tapi aku tak beli pun..tengok aje, malas nak bawak balik takut berbau atau rosak sepanjang perjalanan balik nanti.

Friday, March 18, 2016

KRWMYR

Assalamualaikum


Ini adalah kadar tukaran wang asing untuk hari ni bagi matawang Won ke atas Ringgit. Ni yang aku dapat di kawasan sekitar Bukit Bintang. Aku beli KRW.

KRW1,000 = MYR3.44 - MYR3.52

Catatan ni berfungsi sebagai rekod kadar KRW ke atas MYR.

Tuesday, February 23, 2016

Not So-Fresh Orange...

Assalamualaikum

Ini adalah short entry untuk kali ni.

Berhati-hati pabila anda memesan minuman 'Fresh Orange' di memana restoren, bistro atau yang sewaktu dengannya. Jangan terkejut bila anda selesai lepak dan nak bayar 'Fresh Orange' atau minuman dan makanan lain. TERUTAMA sekali 'Fresh Orange'. 

Aku dah terkena dah... dan dah insaf! Berikut adalah senarai harga 'Fresh Orange' di tiga lokasi berbeza:
  • Restoren AsSalam, Taman Semarak, Nilai RM5.50
  • Restoren Musa Maju, Mantin RM4.00
  • Khalifah Bistro, Bukit Bintang, KL RM7.00
Itupun betul ke oren tu segar sebagaimana namanya? Kalau oren tu betul-betul segar aku rasa harganya mau 2 kali ganda kot...

Ini mungkin salah satu akibat daripada kenaikan/penurunan harga minyak mentah dunia yang secara langsung menaikkan harga 'Fresh Orange' di Malaysia! 

Whatever la labu...

Saturday, February 6, 2016

Kali Pertama...

Assalamualaikum

Kali pertama dalam hidup aku tengok wayang show seawal 1140 pagi! Orang pun tak ramai memandangkan majoriti mungkin dah balik kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Keputusan nak tengok citer The Revenant ni dibuat malam tadi. Jadi tiket pun beli masa walk-in ke panggung MBO tu. Memang lengang!
movie poster hasil dari image on Google search...
Masa beli tiket kitorang dapati cuma ada 2 tiket sahaja yg baru terjual. Kami orang yang ke 3 dan ke 4. Dapat la pilih seat yang paling best! Paling belakang dan paling atas! Tak la sakit leher...

Cerita ni pada aku tak sesuai untuk tontonan umum sebab banyak adegan brutal dan ngeri. Potong sana potong sini, cakaran padu maut, panahan arjuna dan sebagainya...ha ha. Jalan ceritanya memang menarik, pada aku la.

Dan salah satu moral of the story cerita ni ialah, jangan sesuka hati bawak lari anak perempuan orang! Nak tahu kisah lebih lanjut, sila pergi panggung, atau beli DVD haram/halal, atau download la secara halal/haram!

Dari awal sampai akhir cerita ni, memang aku dan wifey je yang betul-betul tengok cerita ni, lagi 2 orang makhluk Allah tu tak tahu la apa diorang buat...

Friday, February 5, 2016

1.5 juta penumpang sehari?


"Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjangkakan bilangan penumpang mencecah 1.5 juta sehari menjelang 2017 susulan pembukaan fasa kedua projek sambungan jajaran laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang pada Mac serta Jun tahun ini.

Semalam, Prasarana merekodkan satu lagi kejayaan apabila jumlah penumpang harian melepasi paras sejuta apabila kini mencecah 1,001,800 orang.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar di Stesen LRT Masjid Jamek selepas sesi ‘walkabout’ dan pengagihan buah limau kepada penumpang sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Syed Hamid berkata, kenaikan tambang pengangkutan awam darat, baru-baru ini ternyata tidak menjejaskan pertambahan jumlah penumpang, sebaliknya memberi kesan positif dan konsisten.

“Itu hanya cakap-cakap di media sosial, hakikatnya masih ramai menggunakan pengangkutan awam kerana penumpang seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar masih menikmati potongan diskaun tambang,” katanya.

Katanya, kerajaan melalui Prasarana turut menambah baik kemudahan sedia ada termasuk di stesen LRT, monorel dan perhentian bas bagi keselesaan orang ramai secara berperingkat.

“Kita tidak memandang stesen ini sebagai stesen semata-mata sebaliknya mahu menjadikan ia sebagai lokasi beriadah, bersantai dan transit untuk mendapatkan kemudahan lain,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, angka sejuta itu adalah gabungan purata bilangan penumpang harian membabitkan laluan LRT Kelana Jaya, laluan LRT Ampang, laluan monorel dan perkhidmatan bas RapidKL, RapidPenang dan RapidKuantan.

Beliau berkata, perkhidmatan rel menyumbang bilangan penumpang 460,072 dengan laluan LRT Kelana Jaya mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 265,000 orang sehari.

“Sasaran 1.5 juta penumpang sehari itu dibuat susulan penambahan rel dan beberapa laluan baru selain pembukaan laluan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang, Disember depan.

“KL Monorel kini dalam proses menggantikan semua tren dua gerabak kepada empat gerabak yang lebih besar dan dijangka mampu digunakan lebih ramai penumpang tahun ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 7:28 AM"

Sunday, January 10, 2016

Ubat Mata...

Assalamualaikum

Ini adalah ubat mata yang boleh digunakan oleh manusia dan haiwan. Ubat dalam bentuk cecair likat seperti gel ni perlu disapu atau dititikkan di dalam kelopak mata. Pesakit yang terlibat dalam cerita ini ialah seekor anak kucing yang masih lagi menyusu.
RM15 harga yang dijual di Klinik Haiwan Mueazza, Jalan Gombak
Mengikut kata petugas di Klinik Muezza tu, sebelum apply ointment ni kat mata anak kucing tuh, kedua-dua belah mata kucing tu perlu dibersihkan dahulu dengan kapas yang dibasahi air. Selepas itu barulah sapu atau titikkan gel ni ke dalam kedua-dua belah kelopak mata kucing tersebut walaupun sekiranya hanya sebelah mata sahaja yang sakit. 

Gel mata ini perlu digunakan sebanyak 3 kali sehari. Dan sekiranya tiada perubahan positif pada mata kucing tersebut, silalah bawa kucing itu ke klinik haiwan yang berdekatan untuk rawatan lanjut.

Harga gel ni aku tak tahu la murah ke mahal. Kalau aku terjumpa mana-mana kedai atau farmasi yang jual ubat ni dengan lebih murah, aku akan update harga gel tu di entry ni.

Info tambahan, klinik ditutup pada hari Jumaat, hari lain aku tak ingat pukul berapa diorang bukak, tapi diorang tutup pukul 7 petang/senja/malam...

Saturday, January 2, 2016

Selamat Datang Tahun 2016

Assalamualaikum

Jangan risau, saya bukan di dera...
Headband saya terlondeh ke bawah masa saya tengah zzz....
syhhh... princess is sleeping!
Semoga saya akan sentiasa sihat dan jadi anak yang taat kepada perintah Allah dan jadi muslimah sejati, Amin!

Dan juga semoga ekonomi Malaysia improve la dalam tahun ni, Ringgit mengukuh against other major currencies, baru la pakcik makcik saya boleh merayau pergi beli souvenir untuk saya kat oversea... ha ha. Bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...