Sunday, November 15, 2015

Laras = Naik

Assalamualaikum

Semua pengguna pengangkutan awam di Lembah Kelang dah sedia maklum tentang 'pelarasan' tambang baru KTM Komuter, Monorel dan LRT yang bakal berkuatkuasa mulai 2 Disember nanti. Semoga semua pengguna pengangkutan awam yang terbabit boleh menerima 'kelarasan' ni dengan hati terbuka.

Kita semua perlu sedar, inilah dia cara untuk kita semua menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di Lembah Kelang. Aku pun sangat mengalu-alukan ke'larasan' ini sebab aku percaya, dengan ke'larasan' ni akan dapat 'meningkatkan' lagi mutu perkhidmatan KTM Komuter, Monorel dan LRT di KL. 

Mungkin selepas ke'larasan' tu nanti, pengguna KTM Komuter takkan lagi mengalami mimpi ngeri tersangkut berjam-jam di dalam gerabak komuter. Monorel dan LRT pula tidak akan tergendala lagi selepas ini. Hasil dari ke'larasan' tambang LRT yang aku nampak setakat ini mungkin akan digunakan untuk membayar perkhidmatan menyambut pengguna-pengguna LRT di gate untuk memasuki platform dengan ucapan 'Selamat Pagi' oleh beberapa orang staff SPNB yang dilihat beratur di gate beberapa stesyen LRT utama. Mungkin dengan cara greet passenger macam tu akan sejuk la sedikit hati pengguna yang bengang dan marah sebab terpaksa membayar tambang yang semakin mahal tu. Tu pun tak tahu la berapa lama diorang sanggup beratur untuk greet passenger tu tiap-tiap pagi. Mungkin untuk seminggu dua ni je kot sampai la kemarahan pengguna dah reda, lepas tu back to normal la kot.

Mentang-mentang la syarikat tu memang memonopoli perkhidmatan pengangkutan awam, jadi pengguna memang hampir tiada pilihan lain untuk berjimat cermat selain dari terpaksa membayar kos yang lebih mahal untuk ke destinasi masing-masing. Kalau ada syarikat pengangkutan dari negara luar yang lebih efisyen dan telus masuk untuk jadi pesaing kan best! Ha ha...

Aku agak hairan kenapa la media ataupun syarikat berkenaan menggunakan perkataan pelarasan instead of kenaikan. Apa salahnya guna perkataan kenaikan, nampak la lebih telus dan mudah difahami. Perkataan pelarasan tu nampak macam agak mencurigakan sket, bagi aku la...

Apapun, semoga dengan pe'larasan' ni yang semestinya akan me'masyuk'kan lagi pendapatan syarikat terbabit boleh menyumbang ke arah sesuatu yang lebih positif seperti pengurusan syarikat dan dana yang lebih baik, cekap dan telus.

Akhir sekali, marilah kita cuba buat sedikit latihan untuk subject Bahasa Melayu ni;

GANTIKAN PERKATAAN YANG BERGARIS DI DALAM AYAT DI BAWAH DENGAN PERKATAAN YANG PALING SESUAI

Daud Bekam dan sahabatnya, Hantu Gigi menaiki LRT dari rumah mereka untuk ke stadium pada setiap pagi.
  • melarasi
  • dilaraskan
  • pelarasan
  • dilarasasikan
  • ha ha tiada satupun jawapan yang sesuai
Chow...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...