Kelly 3572

Thursday, October 29, 2015

Kau Pergi Jua...

Assalamualaikum

Setelah berbulan-bulan lamanya kita menderita menghirup udara bersih, dan anak-anak menikmati cuti sekolah percuma sedangkan mak bapak tak dapat pulak cuti bekerja percuma, akhirnya si dia pergi jua meninggalkan kita semua di Malaysia.
View dengan jarak penglihatan lebih kurang 10km
Alhamdulillah diucapkan terhadap Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa.

Kalau tahun-tahun sebelum ni kita merayakan Hari Jerebu Kebangsaan, tetapi tidak pada tahun 2015 ni. Tahun ni kita lagi advance, kita dah tak sambut Hari Jerebu Kebangsaan, tetapi kita dah mula menyambut Musim Jerebu Kebangsaan. Secara automatiknya menjadikan negara kita ialah sebuah negara yang mempunyai 3 musim sekarang ni berbanding 2 musim sebelum ni. Musim baru yang dimaksudkan ialah musim jerebu yang turut menyertai musim kemarau dan musim tengkujuh yang biasanya melanda negara kita.

Teringat kata-kata pemimpin negara jiran yang aku terbaca di online news baru-baru ini yang mengatakan rakyat negara Malaysia dan Singapura sepatutnya berterima-kasih kepada negara beliau kerana dalam setahun negara beliau telah membekalkan 11 bulan udara bersih kepada negara Malaysia dan Singapura. Kelakar je bunyinya, rakyat negara dia sendiri terpaksa menghirup udara yang tak bersih tu sehinggakan indeks bacaan kualiti udara di Kalimantan Tengah mencecah bacaan melebihi 3,000!

Lagi kelakar sekiranya betul la itu kata-kata pemimpin yang aku rasa beragama Islam. Aku macam agak susah untuk percaya kata-kata itu keluar dari antara pemimpin tertinggi negara tersebut. 

Apapun, ucapkan kesyukuran kepada Allah kerana kualiti udara sudahpun bertambah baik, bukan bersyukur kepada negara terbabit ok. Semoga kualiti udara yang baik ni berpanjangan selama yang boleh, walaupun kita boleh jangkakan tangan-tangan manusia yang tamak dan perosak muka bumi Allah ni akan terus melakukan pembakaran terbuka bila tiba masanya nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...