Kelly 3572

Saturday, October 31, 2015

Tahniah JDT!

Assalamualaikum

Hari ni satu sejarah baru buat sukan bolasepak negara telah tercipta, khususnya untuk pasukan Johor Darul Takdzim yang telah berjaya menjuarai kejohanan bolasepak Liga Juara AFC setelah menewaskan pasukan FC Istiklol di perlawanan akhir yang secara kebetulannya telah dijadualkan berlangsung di stadium pasukan tuan rumah.

Kejayaan pasukan JDT ni bagi aku memang satu bonus bagi mereka sebab sebelum ni, bukan takat menjadi juara, nak lepas ke pusingan suku akhir pun susah bagi kelab bolasepak dari negara kita. Walaupun JDT dan FC Istiklol mara ke perlawanan akhir di atas sebab disqualification 2 kelab dari Kuwait, kita sebagai rakyat Malaysia wajib berbangga dengan kejayaan mereka yang mengetepikan cabaran bermain di stadium tuan rumah dengan keadaan padang tiruan dan juga cuaca sekitar 12'C. 

Aku memang tunggu sangat-sangat game ni walaupun aku bukanlah follow sangat liga bolasepak Malaysia. Tetapi aku nak tengok macamana pemain JDT ni menghadapi game tersebut dengan cabaran fizikal pemain lawan, faktor padang dan jugak cuaca. Bagi aku, secara keseluruhannya agak tidak menghampakan la. Dan, pemain-pemain tempatan macam biasa la, banyak yang boleh diperbaiki. 

Mungkin Tajikistan ni merupakan sebuah negara yang kurang menyerlah di sukan bolasepak, ranking FIFA pun aku tak check di mana kedudukan diorang. Mungkin setaraf pasukan negara kita ke? Walauapapun, FC Istiklol tetap berjaya mara ke peringkat separuh akhir bersama JDT. Itu menunjukkan mereka adalah sebuah pasukan yang baik. 

Tahniah juga kepada TMJ yang merupakan tonggak utama dan tulang belakang di sebalik kejayaan pasukan JDT. Mungkin FAM patut ambil sesuatu yang positif dari kejayaan JDT ni kan...

Cabaran JDT seterusnya ialah mempertahankan gelaran juara AFC ni yang sememangnya lebih sukar daripada mendapatkannya. Good luck JDT! 

Thursday, October 29, 2015

Kau Pergi Jua...

Assalamualaikum

Setelah berbulan-bulan lamanya kita menderita menghirup udara bersih, dan anak-anak menikmati cuti sekolah percuma sedangkan mak bapak tak dapat pulak cuti bekerja percuma, akhirnya si dia pergi jua meninggalkan kita semua di Malaysia.
View dengan jarak penglihatan lebih kurang 10km
Alhamdulillah diucapkan terhadap Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa.

Kalau tahun-tahun sebelum ni kita merayakan Hari Jerebu Kebangsaan, tetapi tidak pada tahun 2015 ni. Tahun ni kita lagi advance, kita dah tak sambut Hari Jerebu Kebangsaan, tetapi kita dah mula menyambut Musim Jerebu Kebangsaan. Secara automatiknya menjadikan negara kita ialah sebuah negara yang mempunyai 3 musim sekarang ni berbanding 2 musim sebelum ni. Musim baru yang dimaksudkan ialah musim jerebu yang turut menyertai musim kemarau dan musim tengkujuh yang biasanya melanda negara kita.

Teringat kata-kata pemimpin negara jiran yang aku terbaca di online news baru-baru ini yang mengatakan rakyat negara Malaysia dan Singapura sepatutnya berterima-kasih kepada negara beliau kerana dalam setahun negara beliau telah membekalkan 11 bulan udara bersih kepada negara Malaysia dan Singapura. Kelakar je bunyinya, rakyat negara dia sendiri terpaksa menghirup udara yang tak bersih tu sehinggakan indeks bacaan kualiti udara di Kalimantan Tengah mencecah bacaan melebihi 3,000!

Lagi kelakar sekiranya betul la itu kata-kata pemimpin yang aku rasa beragama Islam. Aku macam agak susah untuk percaya kata-kata itu keluar dari antara pemimpin tertinggi negara tersebut. 

Apapun, ucapkan kesyukuran kepada Allah kerana kualiti udara sudahpun bertambah baik, bukan bersyukur kepada negara terbabit ok. Semoga kualiti udara yang baik ni berpanjangan selama yang boleh, walaupun kita boleh jangkakan tangan-tangan manusia yang tamak dan perosak muka bumi Allah ni akan terus melakukan pembakaran terbuka bila tiba masanya nanti.

Tuesday, October 13, 2015

Now Every FLY Can Fly... Extra Long!

Assalamualaikum

Tajuk merupakan tagline baru untuk sebuah syarikat penerbangan. 

Sebab apa tagline macam tu?

Sebab aku nampak lalat la beterbangan di dalam cabin pesawat tu. Aku tak pasti lalat tu berasal dari Malaysia ataupun destinasi sebelum pesawat ni mendarat di KLIA2. Mungkin lalat tu tengah transit sekejap di KLIA2 sebelum meneruskan penerbangan ke destinasinya yang terakhir kot. 

Ni merupakan pertama kali aku terjumpa seekor lalat di dalam pesawat. Harap-harap kewujudan lalat dalam pesawat ni tiada kaitan dengan sebab ianya penerbangan tambang murah ataupun ada kaitan dengan Wan Emdibee! Mungkin dalam pesawat syarikat penerbangan premium pun wujud lalat yang tersesat ni, tetapi apapun alasannya, cabin crew mungkin kena lebih alert tentang persiapan dan kebersihan cabin sebelum penumpang mula boarding. Mana la tau lalat tu tengah bawak virus yang terlampau merbahaya ke kan? 

Kalau warga negara lain yang nampak lalat ni dalam pesawat ni, lagi la teruk imej syarikat penerbangan ni tercalar. Bagi aku untuk penerbangan kali ni, memang imej syarikat ni dah tercalar masa aku nak daftar masuk lagi. Baru nak borak dengan niat yang baik dengan kakitangan di kaunter daftar masuk, dah dibalas dengan jawapan yang agak kurang wajar diberikan oleh orang yang boleh memberikan gambaran awal kepada penumpang terhadap syarikat penerbangan yang bakal mereka naiki.

Soalan aku sambil tersenyum kepada kakitangan airline tu berbunyi;

"Penuh ke flight malam ni?"

Aku expect jawapan paling basic pun ya ataupun tidak la kan. Tapi pertanyaan aku tadi dibalas dengan pertanyaan jugak, dan agak kurang manis bunyinya, walaupun lelaki di kaunter tu nampak agak soft orangnya.

Jawapannya berbunyi;

"Kenapa? Encik nak naik kapal terbang tu sorang-sorang je ke?"

Tak menjawab soalan aku langsung, ke dia tak faham apa yang aku tanya? Mungkin ni la rupanya antara faktor syarikat penerbangan ni memenangi anugerah syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia untuk beberapa tahun berturut-turut! Tak ambik kira lagi pasal lalat tu...

JPYMYR

Assalamualaikum

Ini adalah kadar tukaran wang asing untuk hari ni bagi matawang Yen ke atas Ringgit. Ni yang aku dapat di kawasan sekitar Bukit Bintang. Aku beli JPY.

JPY1,000 = MYR35.20

Catatan ni berfungsi sebagai rekod kadar JPY ke atas MYR.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...