Tuesday, August 18, 2015

Sila Sila Dan Sila...

Assalamualaikum

Ke arah menjadi sebuah negara yang maju dalam sektor pengangkutan awam, kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk memperbaiki dan menaiktaraf mutu pengangkutan awam di Malaysia.

RapidKL merupakan penyedia khidmat pengangkutan awam yang tidak asing lagi di Malaysia, khususnya di sekitar Lembah Kelang. Dari perkhidmatan bas, LRT, monorail dan jugak MRT. 

Untuk memodenkan dan melancarkan penggunaan perkhidmatan RapidKL ni kepada pengguna, sistem pembayaran tambang tanpa tunai telah dilaksanakan. Penggunaan kad tambah nilai seperti Touch N Go dan Myrapid dah jadi sangat popular di kalangan pengguna perkhidmatan RapidKL.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang belum dapat diatasi oleh pihak RapidKL pada penggunaan kad tambah nilai di dalam bas mereka. Penumpang yang menggunakan kad tambah nilai untuk menaiki bas RapidKL perlu menyentuh kad mereka ketika menaiki bas di pengimbas yang berada di pintu masuk dan mereka juga perlu menyentuh kad tersebut di pengimbas sebelum keluar daripada bas setelah sampai ke destinasi. Masalah yang sering timbul ialah pengimbas tidak dapat membaca data di dalam kad tambah nilai tersebut mungkin kerana penumpang tidak menyentuh atau menghalakan kad tambah nilai mereka di pengimbas pada jarak yang sepatutnya, ataupun mungkin disebabkan oleh pengimbas yang rosak atau kurang efisyen.

Sepanjang pemerhatian aku, kelemahan sistem sentuh kad pada pengimbas ni lebih banyak berpunca dari kegagalan penumpang untuk menyentuh/menghalakan kad tambah nilai itu dengan betul. Pada masa yang sama jugak, aku rasa RapidKL mungkin perlu menambahbaik kualiti pengimbas yang dipasang di bas-bas mereka supaya masalah ini boleh selesai dan dapat menjimatkan banyak masa penumpang dan juga boleh menyumbang kepada ketepatan jadual perkhidmatan bas RapidKL.

Masa yang diperlukan untuk setiap penumpang menyentuh masuk dan keluar dari bas RapidKL sepatutnya sekitar 4 saat sahaja sekiranya tiada masalah berlaku. Tetapi sekiranya tak kena cara dan gayanya, tempoh masa tersebut bakal menjadi lebih dari 10 saat seorang. Bayangkanlah di waktu puncak dengan hampir 60% penumpang menggunakan kad Touch N Go atau Myrapid tu, sekiranya semua penumpang menghadapi masalah yang sama, tempoh waktu akan berlarutan! Bukan itu sahaja, yang paling aku annoyed, bukan aku sorang je kot, mungkin semua orang annoyed bila suara awek kat pengimbas tu akan sound ayat-ayat annoying seperti senarai kat bawah ni, berulang-ulang kali setiap kali penumpang tersalah sentuh sehingga la penumpang tersebut berjaya menyentuh kad tambah nilai tu dengan betul!


  • sila sentuh semula
  • sila sentuh satu kad sahaja
  • tambang telah dibayar
  • sila tambah nilai
  • baki tidak mencukupi
  • kad tidak sah
kalau ada yang aku tertinggal, sila beritahu! Dan sila bersabar bila korang mendengar ayat-ayat kat atas tu berulang-ulang kali ok! Paling ganas pun, korang pandang slack je kat penumpang yang tak berjaya sentuh kad tu dengan betul...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...