Kelly 3572

Friday, July 17, 2015

Tiada Kata Yang Dapat Menggambarkan Kesedihan...

Assalamualaikum

Al-Fatihah. 

Aku ingat sangat-sangat masa mula-mula aku dapat berita sedih tu tahun lepas. Lebih kurang pukul 2230hrs aku tengah lepak kat rumah borak-borak dengan wifey sambil tengok tv bila wifey cakap dia dapat mesej melalui Whatsapp dari adiknya yang juga kakitangan MAS yang mengatakan pesawat MAS terhempas di Ukraine. 

Memang macam tak percaya masa mula-mula mendengar berita tu. Kes MH370 pun belum ada kesudahan, timbul pulak kejadian buruk yang baru? Terus aku mencari siaran berita terkini kat tv untuk memastikan betul ke tak berita yang kitorang dapat tu. Tak cukup dengan di siaran tv, aku cari jugak berita tu di internet.

Dan betapa sedih, sebak dan tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan masa tu bila dah mula tersiar beberapa gambar di internet dan jugak tv yang menunjukkan serpihan pesawat MH 17 di satu kawasan yang kelihatan seperti padang yang agak luas dan perkampungan dengan beberapa gambaran lelaki bersenjata sedang meneliti serpihan pesawat tersebut.

Selepas itu barulah aku terdengar berita yang mengatakan pesawat MH 17 itu terhempas akibat ditembak jatuh oleh pihak yang belum dikenal pasti hingga ke hari ini. Rasa terkejut dan sedih membuatkan aku tak dapat tidur malam tu kerana mengharapkan ada berita penumpang yang terselamat dalam tragedi itu, tapi malangnya memang hampa. Aku rasa memang ramai rakyat Malaysia dan keluarga penumpang yang terlibat pun tidak dapat tidur malam tu. Masing-masing mengharapkan keajaiban dan juga berita itu semuanya tidak benar.  
Antara berita awal di media sosial
Hari-hari berikutnya mula menunjukkan kemunculan gambar-gambar serpihan bangkai pesawat yang sedang terbakar dan juga mayat-mayat mangsa yang tidak bersalah bergelimpangan di kawasan yang agak luas akibat pesawat berkenaan yang meletup di udara pada ketinggian yang melebihi 32,000 ribu kaki. Video-video amatur dan jugak dari agensi berita asing jugak banyak memaparkan kejadian malang berkenaan.

Selepas genap setahun, siasatan masih lagi berjalan, dan hasil siasatan pihak Belanda dijangka diperolehi sekitar bulan Oktober ini. Pihak yang bertanggungjawab masih lagi bebas di luar sana. Satu bukti yang jelas dan nyata ialah, pertelagahan atau peperangan antara dua pihak bukan hanya merugikan 2 pihak yang terbabit, tetapi ianya juga mengorbankan nyawa mereka yang tiada kaitan langsung dengan konflik 2 pihak terbabit.

Samada kejadian ini merupakan perkara yang tidak disengajakan atau sebaliknya, memang susah untuk orang macam aku nak percaya bahawa 2 pesawat MAS mengalami tragedi buruk dalam tempoh kurang dari 5 bulan! Dan amat susah aku nak percaya bahawa negara kuasa besar kat dunia ni tak tahu menahu LANGSUNG pasal 2 tragedi ini. Maksud aku tak tahu siapa yang bertanggungjawab. 
KLIA Arrival Flight on July 18th, 2014 (Photo credit to Flightradar24)
Marilah sama-sama kita berdoa semoga satu ketika nanti Allah akan tunjukkan kebenaran tentang 2 tragedi malang ini. Dengan teknologi zaman sekarang yang serba canggih, agak hairan sekiranya pihak yang menembak jatuh MH 17 tu tak boleh kenal pasti ataupun double check dulu target mereka sebelum mereka melancarkan peluru tersebut. Aku rasa sekiranya MH 370 dan jugak MH 17 tu merupakan pesawat penumpang milik negara kuasa-kuasa besar, tak sampai sebulan pun kot diorang dah boleh trace di mana, bagaimana, siapa yang bertanggungjawab dalam 2 kejadian tersebut.

Untuk tahun ke 2, Aidilfitri disambut dalam situasi yang sedih. Kebetulan pulak tahun ni Aidilfitri di Malaysia jatuh pada hari yang sama MH 17 bersama anak-anak kapal dan penumpangnya terbang buat selama-lamanya.

Al Fatihah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...