Friday, May 29, 2015

Selamat Tinggal Frankfurt (FRA/EDDF)

Assalamualaikum

Hari ni penerbangan Malaysia (MAS; MH6/MH7) akan terbang untuk kali terakhir ke Frankfurt. Ini merupakan salah satu kesan dari proses penstrukturan semula MAS yang terpaksa menamatkan atau menangguhkan beberapa destinasi antarabangsa yang kurang menguntungkan. 

Selepas ini, hanya tinggal London, Paris, Amsterdam dan Istanbul sebagai destinasi Eropah yang akan dilakukan oleh MAS. Dan ada jugak gossip yang tersebar kononnya Istanbul pun akan dikeluarkan dari destinasi MAS dalam masa terdekat. 

Aku sangat terkilan, sedih pun ada jugak dengan langkah MAS ni. Memang dah takde pilihan lain ke selain dari terus menghentikan direct flight ke Frankfurt ni? Kurangkan kekerapan penerbangan dalam seminggu ke...

Frankfurt ni bagi aku la, salah satu destinasi yang strategik sekiranya kita nak ke negara Eropah yang lain di sekitar Germany. Switzerland, Austria, Republik Czech, Poland dan negara-negara Eropah Timur yang lain lebih senang untuk dikunjungi dengan menjadikan Frankfurt sebagai base. 

Selain dari itu, untuk pelancong beragama Islam, makanan halal di Frankfurt agak mudah untuk didapati. Pengangkutan awamnya pulak cekap dan agak murah. Mungkin ramai antara kita yang overlooked Frankfurt ni. Frankfurt ni memang la tak seglemer London atau Paris tapi aku secara jujurnya sangat suka dengan bandar Frankfurt ni dan takkan sia-siakan peluang sekiranya dapat berkunjung ke sana lagi.

Semoga MAS akan kembali ke Frankfurt suatu hari nanti! Buat masa ni, untuk penerbangan terus KUL-FRA, mungkin Lufthansa sahaja yang menyediakan khidmat tersebut. Pilihan penerbangan lain dengan transit ialah, Emirates, Qatar Airways, Etihad dan Turkish Airlines.
semoga berjumpa lagi di penerbangan yang akan datang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...