Thursday, May 7, 2015

Salah Satu Keunikan Negara Kita...

Assalamualaikum

Aku terdengar berita panas ni masa aku belum balik lagi. Mungkin dalam 2-3 hari lepas. Nak sangat tahu apa yang dah jadi, yang aku tahu, kemalangan jalanraya yang tragis. Tapi disebabkan kemudahan internet kat tempat aku tinggal tu perlu dibayar, dan free WiFi di tempat awam pun agak terhad, jadi aku macam sangat lambat la untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Bila dapat tahu berita tersebut, perkara pertama yang mungkin kebanyakkan manusia normal rasa ialah, marah dan sedih. Marah kepada mereka yang menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tak berdosa. Sedih mengenangkan nasib yang menimpa sikecil yang masih lagi belum puas merasa kasih sayang ibubapa kandung mereka, dan juga adik kesayangan mereka yang telah berada di SyurgaNya.

Bagi pelancong luar negara, mungkin mereka tak tahu bahawa negara kita ni mempunyai pemandu dan penunggang pelbagai kenderaan yang hebat di atas jalanraya dan juga lebuhraya. Tapi kalau kat litar lumba yang sah tak tahu la pulak hebat ke tak kan? Aku rasa perlu disarankan kepada kementerian pelancongan agar menyenaraikan pertunjukkan Lumba Haram di jalan dan lebuhraya Malaysia sebagai satu aktiviti "Must See" atau "Must Do" di dalam itinerary pelancong yang datang ke negara kita. Sekurang-kurangnya satu dunia boleh tahu bahawa pemandu atau penunggang yang hebat inilah merupakan sebahagian daripada serial killer di negara kita. Hebat ke tak tu belakang kira la, yang penting, boleh mencederakan, ambil nyawa dan menyusahkan orang.

Bagus jugak sebenarnya ada pelumba haram ni, sebab orang ramai tak perlu membazirkan duit untuk membeli tiket F1 atau Motor GP yang mahal dan berjemur panas terik sambil mencuci mata di Sepang semata-mata nak tengok pemandu dan penunggang handalan. Kat negara kita ni, diorang berada di mana-mana. Di mana ada jalan, di situ la ada diorang. Paling senang nak tengok, mestilah kat lebuhraya. Hadlaju 110km/h tu sebagai cukup syarat sahaja. AES pun diperbodohkan je, lepas AES, semua memecut ataupun memandu melebihi hadlaju di papantanda. 

Dan seperti biasalah, bila tragedi berlaku, semua pihak yang berkenaan akan sibuk menguatkuasakan undang-undang yang sebenarnya memang dah berkuatkuasa pun. Cuma, perlaksanaan je la kot yang hmm, korang pun tahu jawapannya. Kenapa la negara kita macam ni??? Hukuman pulak macam tak setimpal dengan kesalahan. 

Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mereka sekeluarga. Aku doakan mereka akan terus ke JannahMu Ya Allah. Semoga anak-anak yang ditinggalkan bakal terpelihara dan sentiasa dibawah lindunganMu Ya Allah. Kepada mereka yang menjadi punca tragedi ni, tolonglah bertanggungjawab dan insaflah seinsaf-insafnya. Kalau tak sayang nyawa sendiri pun, jangan la sampai menyebabkan kehilangan nyawa orang lain yang tak berdosa.

Sekarang ni kita tengok je la apa tindakan pihak berwajib untuk menangani masalah DRIVERS FROM HELL ni. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...