Saturday, May 2, 2015

Jalan-jalan Pagi Sabtu

Assalamualaikum

Selain dari EPL, aku layan jugak sukan tenis. Sama la macam bolasepak, tenis pun aku bukannya tahu main pun. Kalau main sorang-sorang bantai dinding tu boleh la. Kalau nak main jadi pemain bertaraf profesional aku kena la mintak jasa baik Novak Djokovic train aku basic tennis dulu kot...

Australia atau lebih khusus lagi, Melbourne adalah salah satu lokasi tumpuan pemain dan peminat sukan tenis setiap tahun sebab salah satu acara Grand Slam, Australian Open berlangsung di Melbourne. 

Australian Open ni merupakan pembuka tirai tahunan acara tenis. Dan Rod Laver Arena adalah merupakan gelanggang utama untuk kejohanan awal tahun itu. Rod Laver ni merupakan bekas pemain tenis Australia yang boleh dikategorikan sebagai legend la. Tu la sebab nama stadium tu dinamakan sebagai menghargai jasa beliau mengharumkan nama Australia di dalam sukan tenis di peringkat antarabangsa. Dan Rod Laver ni masih lagi hidup di saat aku menaip ni.
0959 Melbourne time; Rod Laver Arena dari Yarra River
Aku belum pernah habis explore kota Melbourne ni. Mana la larat nak jelajah bandar yang jauh lebih besar dari KL ni. Kali ni aku dan kawan-kawan decided to try Yarra River cruise pulak untuk tengok Kota Melbourne dari laluan sungai. Lebih rileks cara macam ni berbanding nak ke sana-sini turun naik public transport yang lain. 

Masa cruise ni aku boleh nampak stadium Rod Laver Arena sebab kedudukannya yang agak hampir dengan Sungai Yarra. MCG, Melbourne Cricket Ground pun berada berhampiran kawasan sekitar Rod Laver Arena ni. Dan yang paling menarik perhatian aku ialah Eureka Skydeck... kali ni aku mesti singgah dan layan Edge...
Eureka Skydeck, the tallest building from the left...
Kunjungan ke Melbourne kali ni lebih menguji fokus dan stamina aku sebab terdapat agenda memandu jarak jauh yang perlu dilalui. Cuak jugak sebenarnya sebab aku tahu undang-undang jalanraya di Australia, terutamanya di Victoria ni agak ketat, dan kadar parking dan samannya pun agak beribu-ribu lemon. Dan aku jugak cuak bila memikirkan pasal hook-turn yang terdapat dalam kawasan CBD Melbourne. Cuma, nasib baik la bukan aku sorang je yang bakal jadi driver. Serahkan je la tugas memandu dalam CBD kepada kawan aku, habis cerita! Aku jadi driver untuk long-distance destination dah la.
Melbourne tram

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...