Kelly 3572

Friday, May 29, 2015

Selamat Tinggal Frankfurt (FRA/EDDF)

Assalamualaikum

Hari ni penerbangan Malaysia (MAS; MH6/MH7) akan terbang untuk kali terakhir ke Frankfurt. Ini merupakan salah satu kesan dari proses penstrukturan semula MAS yang terpaksa menamatkan atau menangguhkan beberapa destinasi antarabangsa yang kurang menguntungkan. 

Selepas ini, hanya tinggal London, Paris, Amsterdam dan Istanbul sebagai destinasi Eropah yang akan dilakukan oleh MAS. Dan ada jugak gossip yang tersebar kononnya Istanbul pun akan dikeluarkan dari destinasi MAS dalam masa terdekat. 

Aku sangat terkilan, sedih pun ada jugak dengan langkah MAS ni. Memang dah takde pilihan lain ke selain dari terus menghentikan direct flight ke Frankfurt ni? Kurangkan kekerapan penerbangan dalam seminggu ke...

Frankfurt ni bagi aku la, salah satu destinasi yang strategik sekiranya kita nak ke negara Eropah yang lain di sekitar Germany. Switzerland, Austria, Republik Czech, Poland dan negara-negara Eropah Timur yang lain lebih senang untuk dikunjungi dengan menjadikan Frankfurt sebagai base. 

Selain dari itu, untuk pelancong beragama Islam, makanan halal di Frankfurt agak mudah untuk didapati. Pengangkutan awamnya pulak cekap dan agak murah. Mungkin ramai antara kita yang overlooked Frankfurt ni. Frankfurt ni memang la tak seglemer London atau Paris tapi aku secara jujurnya sangat suka dengan bandar Frankfurt ni dan takkan sia-siakan peluang sekiranya dapat berkunjung ke sana lagi.

Semoga MAS akan kembali ke Frankfurt suatu hari nanti! Buat masa ni, untuk penerbangan terus KUL-FRA, mungkin Lufthansa sahaja yang menyediakan khidmat tersebut. Pilihan penerbangan lain dengan transit ialah, Emirates, Qatar Airways, Etihad dan Turkish Airlines.
semoga berjumpa lagi di penerbangan yang akan datang!

Sunday, May 10, 2015

MH179 (9M-MXW) KUL - CMB

Assalamualaikum

Penerbangan Malaysia ni dalam perjalanan ke Colombo, Sri Lanka. Baru je beberapa minit lepas take off bila sorang daripada penumpang warga Eropah mencetuskan kekecohan. Katanya mabuk. Kalau dalam surat khabar pulak katanya mengganggu cabin crew mungkin akibat dari keadaan penumpang yang tengah mabuk tu la.

Secara kebetulan pulak masa tu aku masih lagi bersengkang mata. Tergerak hati nak usha flight radar dan ternampak la MH179 ni tengah go around kat Selat Melaka. Dah berapa kali berpusing pun tak tahu. Lupa pulak nak amik screen shot flight radar tu! Mengikut kata surat khabar lagi, adalah lebih kurang 2 jam MH179 berlegar di udara sekitar Selat Melaka untuk membakar bahan api sehingga pesawat mendapat berat yang maksimum yang selamat dan dibolehkan untuk mendarat.

Dalam pukul 2 lebih (am) camtu bila aku perasan MH179 dah nak approach KLIA, aku cepat-cepat keluar rumah untuk tengok keadaan kapal tuh masa dia nak melintas kat sekitar ruang udara kawasan rumah aku. Masa tu aku tak tahu lagi apa sebab air turn back tu. Tu yang excited nak usha kot-kot boleh nampak enjin terbakar ke apa. Mengikut data di flight radar, MH179 terbang agak rendah, kurang dari 5,000 kaki sahaja ketika melintasi kawasan Nilai. Panic jugak aku sekejap. Tapi bila aku usha squawk code MH179 tu takde pulak code yang menunjukkan pesawat tu sedang mengalami keadaan kecemasan yang kritikal.

Aku monitored MH179 di flight radar sehingga pesawat tu selamat mendarat di KLIA. Alhamdulillah pesawat selamat mendarat. Tetapi yang tak syoknya, apa-apa berita tak sedap berkenaan Malaysia Airlines ni pasti akan menjadi liputan luas kepada akhbar-akhbar di luar negara! Mesti akan jadi bahan yang nak menunjukkan bahawa MAS ni macam airline yang sangat teruk. Bila baca berita yang ditulis pun kita boleh rasa sakit hati, belum lagi baca komen pembaca pulak yang memang macam anti dan paranoid dengan nama Malaysia Airlines. Ada yang cakap kalau fly dengan MAS takkan sampai ke destinasi la, ada yang tak mau terbang dengan MAS walaupun diberi tiket percuma la dan macam-macam lagi. Kalau terjadi kat airline diorang sendiri baru padan muka! Kebetulan ke apa yang jadi kat MAS tu atau a well planned operations ? (aku merujuk kepada MH370 dan MH17)

Apa-apapun, Alhamdulillah pasal MH179. Nampak tak kesan 'kebaikkan' minuman keras ke atas manusia? Sememangnya semua orang tahu kesan negatif minuman keras ke atas tingkah laku manusia tetapi kenapa manusia terus menerus menggunakan dan memerlukannya? Orang yang berada di bawah pengaruh alkohol boleh dikatakan akan mengganggu ketenteraman atau orang lain. Aku sendiri pernah mengalami situasi di mana aku terpaksa duduk di sebelah seorang pakcik warga Norway yang asyik minum vodka dalam penerbangan yang agak lama. Pakcik Norway tu siap boleh borak dan usha makcik warga Belanda kat sebelah dia, walaupun suami makcik tu pun berada di tempat duduk berdekatan. Pakcik Norway tuh boleh borak non-stop sampai satu tahap di mana makcik Belanda tuh terpaksa refused to talk to him. Dan aku lah yang jadi mangsa pakcik Norway tu selepas tu, cuma aku tak diusha je la....

Sambung balik pasal MH179. Akibat seorang penumpang mabuk, penerbangan terpaksa berpatah balik. MAS terpaksa menanggung segala kerugian akibat minyak yang terpaksa dibakar begitu sahaja tanpa sampai ke destinasi. Mungkin kesemua penumpang pulak terpaksa diberikan tempat penginapan di Hotel Sama-Sama sementara menunggu penerbangan gantian! Dan mungkin ada penumpang yang missed their connecting flight from Colombo!

Aku harap selepas ini MAS akan hentikan sajian minuma keras di dalam semua perkhidmatan mereka baik di dalam pesawat ataupun di semua premis mereka.

Saturday, May 9, 2015

Saya Kucing Yang Bertanggungjawab!!!

Assalamualaikum

Petang semalam tuan aku ke kedai runcit berdekatan rumah parent dia untuk membeli makanan aku. Jenama Prodiet, 8kg makanan kering dan 7 tin makanan basah. Motif utama entry ni ialah nak tunjukkan perbezaan harga setelah Land Charges dilaksanakan...ha ha!
RM5.03 extra tuan aku bayar untuk makanan aku kali ni. Aku pun tak paham kenapa tuan aku terpaksa bayar lebih banyak untuk jumlah yang sama seperti dia beli sebelum ni untuk makanan aku tu. Land Charges???

Apa-apa je la labu. Oleh kerana aku ni kucing Malaysia yang bertanggungjawab, pejam je la mata dengan RM5.03 tu yang boleh beli setin makanan aku yang 400gram tu. Tuan aku tu kan kaya.... ha ha! Kaya la sangat...

Kalau aku makan IAMS ke atau jenama premium lain, mesti lagi banyak tuan aku yang konon kaya tuh terpaksa fork out pitis dia...

Thursday, May 7, 2015

Salah Satu Keunikan Negara Kita...

Assalamualaikum

Aku terdengar berita panas ni masa aku belum balik lagi. Mungkin dalam 2-3 hari lepas. Nak sangat tahu apa yang dah jadi, yang aku tahu, kemalangan jalanraya yang tragis. Tapi disebabkan kemudahan internet kat tempat aku tinggal tu perlu dibayar, dan free WiFi di tempat awam pun agak terhad, jadi aku macam sangat lambat la untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Bila dapat tahu berita tersebut, perkara pertama yang mungkin kebanyakkan manusia normal rasa ialah, marah dan sedih. Marah kepada mereka yang menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tak berdosa. Sedih mengenangkan nasib yang menimpa sikecil yang masih lagi belum puas merasa kasih sayang ibubapa kandung mereka, dan juga adik kesayangan mereka yang telah berada di SyurgaNya.

Bagi pelancong luar negara, mungkin mereka tak tahu bahawa negara kita ni mempunyai pemandu dan penunggang pelbagai kenderaan yang hebat di atas jalanraya dan juga lebuhraya. Tapi kalau kat litar lumba yang sah tak tahu la pulak hebat ke tak kan? Aku rasa perlu disarankan kepada kementerian pelancongan agar menyenaraikan pertunjukkan Lumba Haram di jalan dan lebuhraya Malaysia sebagai satu aktiviti "Must See" atau "Must Do" di dalam itinerary pelancong yang datang ke negara kita. Sekurang-kurangnya satu dunia boleh tahu bahawa pemandu atau penunggang yang hebat inilah merupakan sebahagian daripada serial killer di negara kita. Hebat ke tak tu belakang kira la, yang penting, boleh mencederakan, ambil nyawa dan menyusahkan orang.

Bagus jugak sebenarnya ada pelumba haram ni, sebab orang ramai tak perlu membazirkan duit untuk membeli tiket F1 atau Motor GP yang mahal dan berjemur panas terik sambil mencuci mata di Sepang semata-mata nak tengok pemandu dan penunggang handalan. Kat negara kita ni, diorang berada di mana-mana. Di mana ada jalan, di situ la ada diorang. Paling senang nak tengok, mestilah kat lebuhraya. Hadlaju 110km/h tu sebagai cukup syarat sahaja. AES pun diperbodohkan je, lepas AES, semua memecut ataupun memandu melebihi hadlaju di papantanda. 

Dan seperti biasalah, bila tragedi berlaku, semua pihak yang berkenaan akan sibuk menguatkuasakan undang-undang yang sebenarnya memang dah berkuatkuasa pun. Cuma, perlaksanaan je la kot yang hmm, korang pun tahu jawapannya. Kenapa la negara kita macam ni??? Hukuman pulak macam tak setimpal dengan kesalahan. 

Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mereka sekeluarga. Aku doakan mereka akan terus ke JannahMu Ya Allah. Semoga anak-anak yang ditinggalkan bakal terpelihara dan sentiasa dibawah lindunganMu Ya Allah. Kepada mereka yang menjadi punca tragedi ni, tolonglah bertanggungjawab dan insaflah seinsaf-insafnya. Kalau tak sayang nyawa sendiri pun, jangan la sampai menyebabkan kehilangan nyawa orang lain yang tak berdosa.

Sekarang ni kita tengok je la apa tindakan pihak berwajib untuk menangani masalah DRIVERS FROM HELL ni. 

Saturday, May 2, 2015

Jalan-jalan Pagi Sabtu

Assalamualaikum

Selain dari EPL, aku layan jugak sukan tenis. Sama la macam bolasepak, tenis pun aku bukannya tahu main pun. Kalau main sorang-sorang bantai dinding tu boleh la. Kalau nak main jadi pemain bertaraf profesional aku kena la mintak jasa baik Novak Djokovic train aku basic tennis dulu kot...

Australia atau lebih khusus lagi, Melbourne adalah salah satu lokasi tumpuan pemain dan peminat sukan tenis setiap tahun sebab salah satu acara Grand Slam, Australian Open berlangsung di Melbourne. 

Australian Open ni merupakan pembuka tirai tahunan acara tenis. Dan Rod Laver Arena adalah merupakan gelanggang utama untuk kejohanan awal tahun itu. Rod Laver ni merupakan bekas pemain tenis Australia yang boleh dikategorikan sebagai legend la. Tu la sebab nama stadium tu dinamakan sebagai menghargai jasa beliau mengharumkan nama Australia di dalam sukan tenis di peringkat antarabangsa. Dan Rod Laver ni masih lagi hidup di saat aku menaip ni.
0959 Melbourne time; Rod Laver Arena dari Yarra River
Aku belum pernah habis explore kota Melbourne ni. Mana la larat nak jelajah bandar yang jauh lebih besar dari KL ni. Kali ni aku dan kawan-kawan decided to try Yarra River cruise pulak untuk tengok Kota Melbourne dari laluan sungai. Lebih rileks cara macam ni berbanding nak ke sana-sini turun naik public transport yang lain. 

Masa cruise ni aku boleh nampak stadium Rod Laver Arena sebab kedudukannya yang agak hampir dengan Sungai Yarra. MCG, Melbourne Cricket Ground pun berada berhampiran kawasan sekitar Rod Laver Arena ni. Dan yang paling menarik perhatian aku ialah Eureka Skydeck... kali ni aku mesti singgah dan layan Edge...
Eureka Skydeck, the tallest building from the left...
Kunjungan ke Melbourne kali ni lebih menguji fokus dan stamina aku sebab terdapat agenda memandu jarak jauh yang perlu dilalui. Cuak jugak sebenarnya sebab aku tahu undang-undang jalanraya di Australia, terutamanya di Victoria ni agak ketat, dan kadar parking dan samannya pun agak beribu-ribu lemon. Dan aku jugak cuak bila memikirkan pasal hook-turn yang terdapat dalam kawasan CBD Melbourne. Cuma, nasib baik la bukan aku sorang je yang bakal jadi driver. Serahkan je la tugas memandu dalam CBD kepada kawan aku, habis cerita! Aku jadi driver untuk long-distance destination dah la.
Melbourne tram
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...