Monday, February 2, 2015

Pengalaman Pertama Mengunjungi White House!

Assalamualaikum

Akiviti hari ni ialah memborong murtabak sebelum menghantar Tort ke airport untuk balik ke Penang. Banyak jugak la murtabak yang menjadi mangsa kitorang. Pakcik aku yang perkenalkan rumah pengusaha murtabak raja tuh. Tapi aku dah lupa exact location tempat ni!

Selesai memborong murtabak, abang aku ajak semua pergi mengopi di bandar KB! Kitorang follow je la. Katanya nak mengopi di White House! Haaa? White House?? Blur kejap aku dengar.
Betul la nama kedai ni White House!
Menurut abang aku, kedai ni tak beroperasi sepanjang hari. Diorang bukak pagi dan tutup sekejap sekitar waktu tengahari dan bukak balik lepas tu. Aku tak dapat jadual operasi White House ni. Masa kitorang sampai pun dah dekat pukul 12 tengahari. Tapi ramai jugak orang lain tengah mengopi masa tu.

Abang aku rekemen kitorang order set roti bakar dengan kaya, telur separuh masak dan jugak secawan kopi. 
Perghhh!!! Memang mantop la!!!
Bila pesanan dah sampai, terus melantak dengan lahapnya! Aku perasan roti tuh diorang bakar tak guna toaster. Roti yang tengah suam-suam tuh memang sedap bila disapu home made kaya dan jugak mentega. Macam tak cukup pulak order satu set! 

Kopi pun sedap jugak diorang bancuh. Aku tengok kat dapur White House tuh, barista diorang semua makcik-makcik orang kanpung je. Tabik la makcik!!! Semua puas hati mengopi kat sini. InShaaAllah panjang umur aku wajib 'mengopirotibakayamentegatelurseparuhmasak' lagi di White House ni. Kedai ni jugak ada jual kaya dan kopi yang diorang serve tu. Boleh beli untuk bawak balik! White House ni letakknya agak berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah. Nak parking kereta pun senang sebab banyak kawasan meletak kereta di sekitarnya

Selesai mengopi, terus ke airport untuk hantar Tort balik Penang. Selepas dropped Tort di airport, aku dan wifey ikut abang aku balik ke rumah in-law  dia berhampiran dengan airport tuh. Lepak-lepak dan solat Zuhur di masjid sebelah rumah kakak ipar aku tu.

Dari situ, abang aku bawak pulak kitorang pergi melahap 'colek perut' di tepi jalan kampung berhampiran dengan airport yang sama jugak. Ni pengalaman pertama aku dan wifey makan 'colek perut' dan bagi aku ianya sangat layan la!!! Gambar pun lupa nak amik. Cuma lokasinya je yang sempat aku save dalam Garmin. Punye la suka dengan 'colek perut' ni sampaikan aku dan wifey tapau 3 bungkus nak bawak balik rumah pakcik aku.
1602hrs: Muara Sungai Raja Gali, Kampung Sabak
Selesai 'mencolek perut' abang aku bawak pulak kitorang ke satu lagi lokasi melantak. Lokasinya di Kampung Sabak, tepi muara Sungai Raja Gali. Berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Sabak. 
1602hrs: ni la tempatnya, dengan cuaca panas terik dan juga terasa melekit sebab sangat berdekatan dengan tepi Laut China Selatan

Jambatan Kampung Sabak


1603hrs: bot pisang pun ada kat sini...
Menurut abang aku, tempat ni ada menyediakan sotong sumbat, air kelapa muda dan pelbagai kuih muih lagi untuk santapan di petang hari, sambil menikmati angin Laut China Selatan!  
1608hrs: 3 ekor sotong yang pertama, shared dengan wifey!
Maka makanlah kitorang sotong sumbat tuh kat bawah pondok kayu di tepi sungai tu. Memang best dapat lepak macam ni. Kalau cuaca kurang panas mesti lebih selesa nak bersantai lelama. 
1626hrs: ni tambahan lagi 3 ekor sutun! Untuk aku sorang!!!
Oleh kerana aku ni memang hantu dengan sotong sumbat, maka setakat 3 ekor shared dengan wifey tu memang la sangat tak mencukupi! Sebab tu lah aku order lagi 3 ekor untuk aku sorang! Makan sampai puas! Walaupun sebenarnya memang tak puas, sotong segar pulak tuh! Kalau kat KL sekor sotong sumbat ni harganya dalam lingkungan RM4 hingga RM5 seekor! Itupun sotongnya kecik dan tak segar!
1640hrs: kelapa muda dengan 3 scoop ice cream!
Acara penutup disudahkan dengan sebijik kelapa muda dengan 3 scoops ice cream. Cuaca panas macam ni memang sesuai sangat dapat hirup air kelapa muda, disejukkan pulak oleh ais krim tu. 
close up sket ice cream dalam air kelapa muda tu...

1654hrs: Mamat ni pun tak ketinggalan untuk menjamu selera di petang hari!!!
Selesai menjamu selera dan perut pun dah tak boleh disumbat, baru la boleh balik dengan senang hati! Lokasi-lokasi panas ni wajib dikunjungi setiap kali balik ke kampung. Tak dapat pergi ke White House yang kat US tu pun takpe, janji dapat pergi yang kat KB ni pun jadi le...ha ha! 

Esok dah nak balik ke dunia nyata. Adui malas betul...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...