Saturday, December 26, 2015

Berselisih...

Assalamualaikum

Petang tadi takde keje, saja la usha-usha angkasaraya. Terdetik nak track MH4 (KUL-LHR). Sekali bila dah spotted terkejut jugak sebab MH4 baru dekat ruang angkasa India. Sepatutnya MH4 dah berada di sekitar ruang angkasa Timur Tengah kalau berlepas on-time. Rupa-rupanya flight ni delayed agak lama; 4 jam 20 minit dari waktu berlepas yang asalnya pada pukul 1010hrs.

Yang menarik perhatian aku ialah MH4 berselisih dengan MH3 (LHR-KUL) di ruang angkasa India tu. Hanya 1,000 kaki memisahkan antara 2 buah pesawat Airbus 380 ini. Mesti kedua-dua flight crew pesawat ini boleh nampak pesawat masing-masing dengan mata kasar kot...

Ni la hasil screenshot dari FlightRadar24 tadi...
MH4 in red



thank you Indian ATC! :)
Ni la tugas utama Air Traffic Controller; mengasingkan, menjarakkan ruang antara pesawat-pesawat di udara dengan memberi arahan kepada juruterbang tentang ketinggian, kelajuan yang perlu juruterbang patuhi pada setiap masa. Kerjaya yang sangat mencabar sebab memang tak boleh berlaku kesilapan sedikit pun kerana risikonya amatlah besar.

Selamat bertugas dengan cekap dan teliti kepada semua ATC di seluruh dunia demi menjamin keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat yang dinaiki!

Sunday, November 15, 2015

Laras = Naik

Assalamualaikum

Semua pengguna pengangkutan awam di Lembah Kelang dah sedia maklum tentang 'pelarasan' tambang baru KTM Komuter, Monorel dan LRT yang bakal berkuatkuasa mulai 2 Disember nanti. Semoga semua pengguna pengangkutan awam yang terbabit boleh menerima 'kelarasan' ni dengan hati terbuka.

Kita semua perlu sedar, inilah dia cara untuk kita semua menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di Lembah Kelang. Aku pun sangat mengalu-alukan ke'larasan' ini sebab aku percaya, dengan ke'larasan' ni akan dapat 'meningkatkan' lagi mutu perkhidmatan KTM Komuter, Monorel dan LRT di KL. 

Mungkin selepas ke'larasan' tu nanti, pengguna KTM Komuter takkan lagi mengalami mimpi ngeri tersangkut berjam-jam di dalam gerabak komuter. Monorel dan LRT pula tidak akan tergendala lagi selepas ini. Hasil dari ke'larasan' tambang LRT yang aku nampak setakat ini mungkin akan digunakan untuk membayar perkhidmatan menyambut pengguna-pengguna LRT di gate untuk memasuki platform dengan ucapan 'Selamat Pagi' oleh beberapa orang staff SPNB yang dilihat beratur di gate beberapa stesyen LRT utama. Mungkin dengan cara greet passenger macam tu akan sejuk la sedikit hati pengguna yang bengang dan marah sebab terpaksa membayar tambang yang semakin mahal tu. Tu pun tak tahu la berapa lama diorang sanggup beratur untuk greet passenger tu tiap-tiap pagi. Mungkin untuk seminggu dua ni je kot sampai la kemarahan pengguna dah reda, lepas tu back to normal la kot.

Mentang-mentang la syarikat tu memang memonopoli perkhidmatan pengangkutan awam, jadi pengguna memang hampir tiada pilihan lain untuk berjimat cermat selain dari terpaksa membayar kos yang lebih mahal untuk ke destinasi masing-masing. Kalau ada syarikat pengangkutan dari negara luar yang lebih efisyen dan telus masuk untuk jadi pesaing kan best! Ha ha...

Aku agak hairan kenapa la media ataupun syarikat berkenaan menggunakan perkataan pelarasan instead of kenaikan. Apa salahnya guna perkataan kenaikan, nampak la lebih telus dan mudah difahami. Perkataan pelarasan tu nampak macam agak mencurigakan sket, bagi aku la...

Apapun, semoga dengan pe'larasan' ni yang semestinya akan me'masyuk'kan lagi pendapatan syarikat terbabit boleh menyumbang ke arah sesuatu yang lebih positif seperti pengurusan syarikat dan dana yang lebih baik, cekap dan telus.

Akhir sekali, marilah kita cuba buat sedikit latihan untuk subject Bahasa Melayu ni;

GANTIKAN PERKATAAN YANG BERGARIS DI DALAM AYAT DI BAWAH DENGAN PERKATAAN YANG PALING SESUAI

Daud Bekam dan sahabatnya, Hantu Gigi menaiki LRT dari rumah mereka untuk ke stadium pada setiap pagi.
  • melarasi
  • dilaraskan
  • pelarasan
  • dilarasasikan
  • ha ha tiada satupun jawapan yang sesuai
Chow...

Saturday, October 31, 2015

Tahniah JDT!

Assalamualaikum

Hari ni satu sejarah baru buat sukan bolasepak negara telah tercipta, khususnya untuk pasukan Johor Darul Takdzim yang telah berjaya menjuarai kejohanan bolasepak Liga Juara AFC setelah menewaskan pasukan FC Istiklol di perlawanan akhir yang secara kebetulannya telah dijadualkan berlangsung di stadium pasukan tuan rumah.

Kejayaan pasukan JDT ni bagi aku memang satu bonus bagi mereka sebab sebelum ni, bukan takat menjadi juara, nak lepas ke pusingan suku akhir pun susah bagi kelab bolasepak dari negara kita. Walaupun JDT dan FC Istiklol mara ke perlawanan akhir di atas sebab disqualification 2 kelab dari Kuwait, kita sebagai rakyat Malaysia wajib berbangga dengan kejayaan mereka yang mengetepikan cabaran bermain di stadium tuan rumah dengan keadaan padang tiruan dan juga cuaca sekitar 12'C. 

Aku memang tunggu sangat-sangat game ni walaupun aku bukanlah follow sangat liga bolasepak Malaysia. Tetapi aku nak tengok macamana pemain JDT ni menghadapi game tersebut dengan cabaran fizikal pemain lawan, faktor padang dan jugak cuaca. Bagi aku, secara keseluruhannya agak tidak menghampakan la. Dan, pemain-pemain tempatan macam biasa la, banyak yang boleh diperbaiki. 

Mungkin Tajikistan ni merupakan sebuah negara yang kurang menyerlah di sukan bolasepak, ranking FIFA pun aku tak check di mana kedudukan diorang. Mungkin setaraf pasukan negara kita ke? Walauapapun, FC Istiklol tetap berjaya mara ke peringkat separuh akhir bersama JDT. Itu menunjukkan mereka adalah sebuah pasukan yang baik. 

Tahniah juga kepada TMJ yang merupakan tonggak utama dan tulang belakang di sebalik kejayaan pasukan JDT. Mungkin FAM patut ambil sesuatu yang positif dari kejayaan JDT ni kan...

Cabaran JDT seterusnya ialah mempertahankan gelaran juara AFC ni yang sememangnya lebih sukar daripada mendapatkannya. Good luck JDT! 

Thursday, October 29, 2015

Kau Pergi Jua...

Assalamualaikum

Setelah berbulan-bulan lamanya kita menderita menghirup udara bersih, dan anak-anak menikmati cuti sekolah percuma sedangkan mak bapak tak dapat pulak cuti bekerja percuma, akhirnya si dia pergi jua meninggalkan kita semua di Malaysia.
View dengan jarak penglihatan lebih kurang 10km
Alhamdulillah diucapkan terhadap Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa.

Kalau tahun-tahun sebelum ni kita merayakan Hari Jerebu Kebangsaan, tetapi tidak pada tahun 2015 ni. Tahun ni kita lagi advance, kita dah tak sambut Hari Jerebu Kebangsaan, tetapi kita dah mula menyambut Musim Jerebu Kebangsaan. Secara automatiknya menjadikan negara kita ialah sebuah negara yang mempunyai 3 musim sekarang ni berbanding 2 musim sebelum ni. Musim baru yang dimaksudkan ialah musim jerebu yang turut menyertai musim kemarau dan musim tengkujuh yang biasanya melanda negara kita.

Teringat kata-kata pemimpin negara jiran yang aku terbaca di online news baru-baru ini yang mengatakan rakyat negara Malaysia dan Singapura sepatutnya berterima-kasih kepada negara beliau kerana dalam setahun negara beliau telah membekalkan 11 bulan udara bersih kepada negara Malaysia dan Singapura. Kelakar je bunyinya, rakyat negara dia sendiri terpaksa menghirup udara yang tak bersih tu sehinggakan indeks bacaan kualiti udara di Kalimantan Tengah mencecah bacaan melebihi 3,000!

Lagi kelakar sekiranya betul la itu kata-kata pemimpin yang aku rasa beragama Islam. Aku macam agak susah untuk percaya kata-kata itu keluar dari antara pemimpin tertinggi negara tersebut. 

Apapun, ucapkan kesyukuran kepada Allah kerana kualiti udara sudahpun bertambah baik, bukan bersyukur kepada negara terbabit ok. Semoga kualiti udara yang baik ni berpanjangan selama yang boleh, walaupun kita boleh jangkakan tangan-tangan manusia yang tamak dan perosak muka bumi Allah ni akan terus melakukan pembakaran terbuka bila tiba masanya nanti.

Tuesday, October 13, 2015

Now Every FLY Can Fly... Extra Long!

Assalamualaikum

Tajuk merupakan tagline baru untuk sebuah syarikat penerbangan. 

Sebab apa tagline macam tu?

Sebab aku nampak lalat la beterbangan di dalam cabin pesawat tu. Aku tak pasti lalat tu berasal dari Malaysia ataupun destinasi sebelum pesawat ni mendarat di KLIA2. Mungkin lalat tu tengah transit sekejap di KLIA2 sebelum meneruskan penerbangan ke destinasinya yang terakhir kot. 

Ni merupakan pertama kali aku terjumpa seekor lalat di dalam pesawat. Harap-harap kewujudan lalat dalam pesawat ni tiada kaitan dengan sebab ianya penerbangan tambang murah ataupun ada kaitan dengan Wan Emdibee! Mungkin dalam pesawat syarikat penerbangan premium pun wujud lalat yang tersesat ni, tetapi apapun alasannya, cabin crew mungkin kena lebih alert tentang persiapan dan kebersihan cabin sebelum penumpang mula boarding. Mana la tau lalat tu tengah bawak virus yang terlampau merbahaya ke kan? 

Kalau warga negara lain yang nampak lalat ni dalam pesawat ni, lagi la teruk imej syarikat penerbangan ni tercalar. Bagi aku untuk penerbangan kali ni, memang imej syarikat ni dah tercalar masa aku nak daftar masuk lagi. Baru nak borak dengan niat yang baik dengan kakitangan di kaunter daftar masuk, dah dibalas dengan jawapan yang agak kurang wajar diberikan oleh orang yang boleh memberikan gambaran awal kepada penumpang terhadap syarikat penerbangan yang bakal mereka naiki.

Soalan aku sambil tersenyum kepada kakitangan airline tu berbunyi;

"Penuh ke flight malam ni?"

Aku expect jawapan paling basic pun ya ataupun tidak la kan. Tapi pertanyaan aku tadi dibalas dengan pertanyaan jugak, dan agak kurang manis bunyinya, walaupun lelaki di kaunter tu nampak agak soft orangnya.

Jawapannya berbunyi;

"Kenapa? Encik nak naik kapal terbang tu sorang-sorang je ke?"

Tak menjawab soalan aku langsung, ke dia tak faham apa yang aku tanya? Mungkin ni la rupanya antara faktor syarikat penerbangan ni memenangi anugerah syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia untuk beberapa tahun berturut-turut! Tak ambik kira lagi pasal lalat tu...

JPYMYR

Assalamualaikum

Ini adalah kadar tukaran wang asing untuk hari ni bagi matawang Yen ke atas Ringgit. Ni yang aku dapat di kawasan sekitar Bukit Bintang. Aku beli JPY.

JPY1,000 = MYR35.20

Catatan ni berfungsi sebagai rekod kadar JPY ke atas MYR.



Tuesday, August 18, 2015

Sila Sila Dan Sila...

Assalamualaikum

Ke arah menjadi sebuah negara yang maju dalam sektor pengangkutan awam, kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk memperbaiki dan menaiktaraf mutu pengangkutan awam di Malaysia.

RapidKL merupakan penyedia khidmat pengangkutan awam yang tidak asing lagi di Malaysia, khususnya di sekitar Lembah Kelang. Dari perkhidmatan bas, LRT, monorail dan jugak MRT. 

Untuk memodenkan dan melancarkan penggunaan perkhidmatan RapidKL ni kepada pengguna, sistem pembayaran tambang tanpa tunai telah dilaksanakan. Penggunaan kad tambah nilai seperti Touch N Go dan Myrapid dah jadi sangat popular di kalangan pengguna perkhidmatan RapidKL.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang belum dapat diatasi oleh pihak RapidKL pada penggunaan kad tambah nilai di dalam bas mereka. Penumpang yang menggunakan kad tambah nilai untuk menaiki bas RapidKL perlu menyentuh kad mereka ketika menaiki bas di pengimbas yang berada di pintu masuk dan mereka juga perlu menyentuh kad tersebut di pengimbas sebelum keluar daripada bas setelah sampai ke destinasi. Masalah yang sering timbul ialah pengimbas tidak dapat membaca data di dalam kad tambah nilai tersebut mungkin kerana penumpang tidak menyentuh atau menghalakan kad tambah nilai mereka di pengimbas pada jarak yang sepatutnya, ataupun mungkin disebabkan oleh pengimbas yang rosak atau kurang efisyen.

Sepanjang pemerhatian aku, kelemahan sistem sentuh kad pada pengimbas ni lebih banyak berpunca dari kegagalan penumpang untuk menyentuh/menghalakan kad tambah nilai itu dengan betul. Pada masa yang sama jugak, aku rasa RapidKL mungkin perlu menambahbaik kualiti pengimbas yang dipasang di bas-bas mereka supaya masalah ini boleh selesai dan dapat menjimatkan banyak masa penumpang dan juga boleh menyumbang kepada ketepatan jadual perkhidmatan bas RapidKL.

Masa yang diperlukan untuk setiap penumpang menyentuh masuk dan keluar dari bas RapidKL sepatutnya sekitar 4 saat sahaja sekiranya tiada masalah berlaku. Tetapi sekiranya tak kena cara dan gayanya, tempoh masa tersebut bakal menjadi lebih dari 10 saat seorang. Bayangkanlah di waktu puncak dengan hampir 60% penumpang menggunakan kad Touch N Go atau Myrapid tu, sekiranya semua penumpang menghadapi masalah yang sama, tempoh waktu akan berlarutan! Bukan itu sahaja, yang paling aku annoyed, bukan aku sorang je kot, mungkin semua orang annoyed bila suara awek kat pengimbas tu akan sound ayat-ayat annoying seperti senarai kat bawah ni, berulang-ulang kali setiap kali penumpang tersalah sentuh sehingga la penumpang tersebut berjaya menyentuh kad tambah nilai tu dengan betul!


  • sila sentuh semula
  • sila sentuh satu kad sahaja
  • tambang telah dibayar
  • sila tambah nilai
  • baki tidak mencukupi
  • kad tidak sah
kalau ada yang aku tertinggal, sila beritahu! Dan sila bersabar bila korang mendengar ayat-ayat kat atas tu berulang-ulang kali ok! Paling ganas pun, korang pandang slack je kat penumpang yang tak berjaya sentuh kad tu dengan betul...

Saturday, August 8, 2015

Skodeng : MH B747

Assalamualaikum

Hasil skodeng petang Sabtu. Rare finding ni. Bukan senang nak tengok pesawat Malaysia Airlines Boeing 747 di udara sekarang ni. Lupa pulak nak screen shot Flightradar24 punye display.
Mungkinkah 9M-MPP? Ke bukan? 

Friday, July 17, 2015

Tiada Kata Yang Dapat Menggambarkan Kesedihan...

Assalamualaikum

Al-Fatihah. 

Aku ingat sangat-sangat masa mula-mula aku dapat berita sedih tu tahun lepas. Lebih kurang pukul 2230hrs aku tengah lepak kat rumah borak-borak dengan wifey sambil tengok tv bila wifey cakap dia dapat mesej melalui Whatsapp dari adiknya yang juga kakitangan MAS yang mengatakan pesawat MAS terhempas di Ukraine. 

Memang macam tak percaya masa mula-mula mendengar berita tu. Kes MH370 pun belum ada kesudahan, timbul pulak kejadian buruk yang baru? Terus aku mencari siaran berita terkini kat tv untuk memastikan betul ke tak berita yang kitorang dapat tu. Tak cukup dengan di siaran tv, aku cari jugak berita tu di internet.

Dan betapa sedih, sebak dan tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan masa tu bila dah mula tersiar beberapa gambar di internet dan jugak tv yang menunjukkan serpihan pesawat MH 17 di satu kawasan yang kelihatan seperti padang yang agak luas dan perkampungan dengan beberapa gambaran lelaki bersenjata sedang meneliti serpihan pesawat tersebut.

Selepas itu barulah aku terdengar berita yang mengatakan pesawat MH 17 itu terhempas akibat ditembak jatuh oleh pihak yang belum dikenal pasti hingga ke hari ini. Rasa terkejut dan sedih membuatkan aku tak dapat tidur malam tu kerana mengharapkan ada berita penumpang yang terselamat dalam tragedi itu, tapi malangnya memang hampa. Aku rasa memang ramai rakyat Malaysia dan keluarga penumpang yang terlibat pun tidak dapat tidur malam tu. Masing-masing mengharapkan keajaiban dan juga berita itu semuanya tidak benar.  
Antara berita awal di media sosial
Hari-hari berikutnya mula menunjukkan kemunculan gambar-gambar serpihan bangkai pesawat yang sedang terbakar dan juga mayat-mayat mangsa yang tidak bersalah bergelimpangan di kawasan yang agak luas akibat pesawat berkenaan yang meletup di udara pada ketinggian yang melebihi 32,000 ribu kaki. Video-video amatur dan jugak dari agensi berita asing jugak banyak memaparkan kejadian malang berkenaan.

Selepas genap setahun, siasatan masih lagi berjalan, dan hasil siasatan pihak Belanda dijangka diperolehi sekitar bulan Oktober ini. Pihak yang bertanggungjawab masih lagi bebas di luar sana. Satu bukti yang jelas dan nyata ialah, pertelagahan atau peperangan antara dua pihak bukan hanya merugikan 2 pihak yang terbabit, tetapi ianya juga mengorbankan nyawa mereka yang tiada kaitan langsung dengan konflik 2 pihak terbabit.

Samada kejadian ini merupakan perkara yang tidak disengajakan atau sebaliknya, memang susah untuk orang macam aku nak percaya bahawa 2 pesawat MAS mengalami tragedi buruk dalam tempoh kurang dari 5 bulan! Dan amat susah aku nak percaya bahawa negara kuasa besar kat dunia ni tak tahu menahu LANGSUNG pasal 2 tragedi ini. Maksud aku tak tahu siapa yang bertanggungjawab. 
KLIA Arrival Flight on July 18th, 2014 (Photo credit to Flightradar24)
Marilah sama-sama kita berdoa semoga satu ketika nanti Allah akan tunjukkan kebenaran tentang 2 tragedi malang ini. Dengan teknologi zaman sekarang yang serba canggih, agak hairan sekiranya pihak yang menembak jatuh MH 17 tu tak boleh kenal pasti ataupun double check dulu target mereka sebelum mereka melancarkan peluru tersebut. Aku rasa sekiranya MH 370 dan jugak MH 17 tu merupakan pesawat penumpang milik negara kuasa-kuasa besar, tak sampai sebulan pun kot diorang dah boleh trace di mana, bagaimana, siapa yang bertanggungjawab dalam 2 kejadian tersebut.

Untuk tahun ke 2, Aidilfitri disambut dalam situasi yang sedih. Kebetulan pulak tahun ni Aidilfitri di Malaysia jatuh pada hari yang sama MH 17 bersama anak-anak kapal dan penumpangnya terbang buat selama-lamanya.

Al Fatihah. 

Friday, May 29, 2015

Selamat Tinggal Frankfurt (FRA/EDDF)

Assalamualaikum

Hari ni penerbangan Malaysia (MAS; MH6/MH7) akan terbang untuk kali terakhir ke Frankfurt. Ini merupakan salah satu kesan dari proses penstrukturan semula MAS yang terpaksa menamatkan atau menangguhkan beberapa destinasi antarabangsa yang kurang menguntungkan. 

Selepas ini, hanya tinggal London, Paris, Amsterdam dan Istanbul sebagai destinasi Eropah yang akan dilakukan oleh MAS. Dan ada jugak gossip yang tersebar kononnya Istanbul pun akan dikeluarkan dari destinasi MAS dalam masa terdekat. 

Aku sangat terkilan, sedih pun ada jugak dengan langkah MAS ni. Memang dah takde pilihan lain ke selain dari terus menghentikan direct flight ke Frankfurt ni? Kurangkan kekerapan penerbangan dalam seminggu ke...

Frankfurt ni bagi aku la, salah satu destinasi yang strategik sekiranya kita nak ke negara Eropah yang lain di sekitar Germany. Switzerland, Austria, Republik Czech, Poland dan negara-negara Eropah Timur yang lain lebih senang untuk dikunjungi dengan menjadikan Frankfurt sebagai base. 

Selain dari itu, untuk pelancong beragama Islam, makanan halal di Frankfurt agak mudah untuk didapati. Pengangkutan awamnya pulak cekap dan agak murah. Mungkin ramai antara kita yang overlooked Frankfurt ni. Frankfurt ni memang la tak seglemer London atau Paris tapi aku secara jujurnya sangat suka dengan bandar Frankfurt ni dan takkan sia-siakan peluang sekiranya dapat berkunjung ke sana lagi.

Semoga MAS akan kembali ke Frankfurt suatu hari nanti! Buat masa ni, untuk penerbangan terus KUL-FRA, mungkin Lufthansa sahaja yang menyediakan khidmat tersebut. Pilihan penerbangan lain dengan transit ialah, Emirates, Qatar Airways, Etihad dan Turkish Airlines.
semoga berjumpa lagi di penerbangan yang akan datang!

Sunday, May 10, 2015

MH179 (9M-MXW) KUL - CMB

Assalamualaikum

Penerbangan Malaysia ni dalam perjalanan ke Colombo, Sri Lanka. Baru je beberapa minit lepas take off bila sorang daripada penumpang warga Eropah mencetuskan kekecohan. Katanya mabuk. Kalau dalam surat khabar pulak katanya mengganggu cabin crew mungkin akibat dari keadaan penumpang yang tengah mabuk tu la.

Secara kebetulan pulak masa tu aku masih lagi bersengkang mata. Tergerak hati nak usha flight radar dan ternampak la MH179 ni tengah go around kat Selat Melaka. Dah berapa kali berpusing pun tak tahu. Lupa pulak nak amik screen shot flight radar tu! Mengikut kata surat khabar lagi, adalah lebih kurang 2 jam MH179 berlegar di udara sekitar Selat Melaka untuk membakar bahan api sehingga pesawat mendapat berat yang maksimum yang selamat dan dibolehkan untuk mendarat.

Dalam pukul 2 lebih (am) camtu bila aku perasan MH179 dah nak approach KLIA, aku cepat-cepat keluar rumah untuk tengok keadaan kapal tuh masa dia nak melintas kat sekitar ruang udara kawasan rumah aku. Masa tu aku tak tahu lagi apa sebab air turn back tu. Tu yang excited nak usha kot-kot boleh nampak enjin terbakar ke apa. Mengikut data di flight radar, MH179 terbang agak rendah, kurang dari 5,000 kaki sahaja ketika melintasi kawasan Nilai. Panic jugak aku sekejap. Tapi bila aku usha squawk code MH179 tu takde pulak code yang menunjukkan pesawat tu sedang mengalami keadaan kecemasan yang kritikal.

Aku monitored MH179 di flight radar sehingga pesawat tu selamat mendarat di KLIA. Alhamdulillah pesawat selamat mendarat. Tetapi yang tak syoknya, apa-apa berita tak sedap berkenaan Malaysia Airlines ni pasti akan menjadi liputan luas kepada akhbar-akhbar di luar negara! Mesti akan jadi bahan yang nak menunjukkan bahawa MAS ni macam airline yang sangat teruk. Bila baca berita yang ditulis pun kita boleh rasa sakit hati, belum lagi baca komen pembaca pulak yang memang macam anti dan paranoid dengan nama Malaysia Airlines. Ada yang cakap kalau fly dengan MAS takkan sampai ke destinasi la, ada yang tak mau terbang dengan MAS walaupun diberi tiket percuma la dan macam-macam lagi. Kalau terjadi kat airline diorang sendiri baru padan muka! Kebetulan ke apa yang jadi kat MAS tu atau a well planned operations ? (aku merujuk kepada MH370 dan MH17)

Apa-apapun, Alhamdulillah pasal MH179. Nampak tak kesan 'kebaikkan' minuman keras ke atas manusia? Sememangnya semua orang tahu kesan negatif minuman keras ke atas tingkah laku manusia tetapi kenapa manusia terus menerus menggunakan dan memerlukannya? Orang yang berada di bawah pengaruh alkohol boleh dikatakan akan mengganggu ketenteraman atau orang lain. Aku sendiri pernah mengalami situasi di mana aku terpaksa duduk di sebelah seorang pakcik warga Norway yang asyik minum vodka dalam penerbangan yang agak lama. Pakcik Norway tu siap boleh borak dan usha makcik warga Belanda kat sebelah dia, walaupun suami makcik tu pun berada di tempat duduk berdekatan. Pakcik Norway tuh boleh borak non-stop sampai satu tahap di mana makcik Belanda tuh terpaksa refused to talk to him. Dan aku lah yang jadi mangsa pakcik Norway tu selepas tu, cuma aku tak diusha je la....

Sambung balik pasal MH179. Akibat seorang penumpang mabuk, penerbangan terpaksa berpatah balik. MAS terpaksa menanggung segala kerugian akibat minyak yang terpaksa dibakar begitu sahaja tanpa sampai ke destinasi. Mungkin kesemua penumpang pulak terpaksa diberikan tempat penginapan di Hotel Sama-Sama sementara menunggu penerbangan gantian! Dan mungkin ada penumpang yang missed their connecting flight from Colombo!

Aku harap selepas ini MAS akan hentikan sajian minuma keras di dalam semua perkhidmatan mereka baik di dalam pesawat ataupun di semua premis mereka.

Saturday, May 9, 2015

Saya Kucing Yang Bertanggungjawab!!!

Assalamualaikum

Petang semalam tuan aku ke kedai runcit berdekatan rumah parent dia untuk membeli makanan aku. Jenama Prodiet, 8kg makanan kering dan 7 tin makanan basah. Motif utama entry ni ialah nak tunjukkan perbezaan harga setelah Land Charges dilaksanakan...ha ha!
RM5.03 extra tuan aku bayar untuk makanan aku kali ni. Aku pun tak paham kenapa tuan aku terpaksa bayar lebih banyak untuk jumlah yang sama seperti dia beli sebelum ni untuk makanan aku tu. Land Charges???

Apa-apa je la labu. Oleh kerana aku ni kucing Malaysia yang bertanggungjawab, pejam je la mata dengan RM5.03 tu yang boleh beli setin makanan aku yang 400gram tu. Tuan aku tu kan kaya.... ha ha! Kaya la sangat...

Kalau aku makan IAMS ke atau jenama premium lain, mesti lagi banyak tuan aku yang konon kaya tuh terpaksa fork out pitis dia...

Thursday, May 7, 2015

Salah Satu Keunikan Negara Kita...

Assalamualaikum

Aku terdengar berita panas ni masa aku belum balik lagi. Mungkin dalam 2-3 hari lepas. Nak sangat tahu apa yang dah jadi, yang aku tahu, kemalangan jalanraya yang tragis. Tapi disebabkan kemudahan internet kat tempat aku tinggal tu perlu dibayar, dan free WiFi di tempat awam pun agak terhad, jadi aku macam sangat lambat la untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Bila dapat tahu berita tersebut, perkara pertama yang mungkin kebanyakkan manusia normal rasa ialah, marah dan sedih. Marah kepada mereka yang menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tak berdosa. Sedih mengenangkan nasib yang menimpa sikecil yang masih lagi belum puas merasa kasih sayang ibubapa kandung mereka, dan juga adik kesayangan mereka yang telah berada di SyurgaNya.

Bagi pelancong luar negara, mungkin mereka tak tahu bahawa negara kita ni mempunyai pemandu dan penunggang pelbagai kenderaan yang hebat di atas jalanraya dan juga lebuhraya. Tapi kalau kat litar lumba yang sah tak tahu la pulak hebat ke tak kan? Aku rasa perlu disarankan kepada kementerian pelancongan agar menyenaraikan pertunjukkan Lumba Haram di jalan dan lebuhraya Malaysia sebagai satu aktiviti "Must See" atau "Must Do" di dalam itinerary pelancong yang datang ke negara kita. Sekurang-kurangnya satu dunia boleh tahu bahawa pemandu atau penunggang yang hebat inilah merupakan sebahagian daripada serial killer di negara kita. Hebat ke tak tu belakang kira la, yang penting, boleh mencederakan, ambil nyawa dan menyusahkan orang.

Bagus jugak sebenarnya ada pelumba haram ni, sebab orang ramai tak perlu membazirkan duit untuk membeli tiket F1 atau Motor GP yang mahal dan berjemur panas terik sambil mencuci mata di Sepang semata-mata nak tengok pemandu dan penunggang handalan. Kat negara kita ni, diorang berada di mana-mana. Di mana ada jalan, di situ la ada diorang. Paling senang nak tengok, mestilah kat lebuhraya. Hadlaju 110km/h tu sebagai cukup syarat sahaja. AES pun diperbodohkan je, lepas AES, semua memecut ataupun memandu melebihi hadlaju di papantanda. 

Dan seperti biasalah, bila tragedi berlaku, semua pihak yang berkenaan akan sibuk menguatkuasakan undang-undang yang sebenarnya memang dah berkuatkuasa pun. Cuma, perlaksanaan je la kot yang hmm, korang pun tahu jawapannya. Kenapa la negara kita macam ni??? Hukuman pulak macam tak setimpal dengan kesalahan. 

Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mereka sekeluarga. Aku doakan mereka akan terus ke JannahMu Ya Allah. Semoga anak-anak yang ditinggalkan bakal terpelihara dan sentiasa dibawah lindunganMu Ya Allah. Kepada mereka yang menjadi punca tragedi ni, tolonglah bertanggungjawab dan insaflah seinsaf-insafnya. Kalau tak sayang nyawa sendiri pun, jangan la sampai menyebabkan kehilangan nyawa orang lain yang tak berdosa.

Sekarang ni kita tengok je la apa tindakan pihak berwajib untuk menangani masalah DRIVERS FROM HELL ni. 

Saturday, May 2, 2015

Jalan-jalan Pagi Sabtu

Assalamualaikum

Selain dari EPL, aku layan jugak sukan tenis. Sama la macam bolasepak, tenis pun aku bukannya tahu main pun. Kalau main sorang-sorang bantai dinding tu boleh la. Kalau nak main jadi pemain bertaraf profesional aku kena la mintak jasa baik Novak Djokovic train aku basic tennis dulu kot...

Australia atau lebih khusus lagi, Melbourne adalah salah satu lokasi tumpuan pemain dan peminat sukan tenis setiap tahun sebab salah satu acara Grand Slam, Australian Open berlangsung di Melbourne. 

Australian Open ni merupakan pembuka tirai tahunan acara tenis. Dan Rod Laver Arena adalah merupakan gelanggang utama untuk kejohanan awal tahun itu. Rod Laver ni merupakan bekas pemain tenis Australia yang boleh dikategorikan sebagai legend la. Tu la sebab nama stadium tu dinamakan sebagai menghargai jasa beliau mengharumkan nama Australia di dalam sukan tenis di peringkat antarabangsa. Dan Rod Laver ni masih lagi hidup di saat aku menaip ni.
0959 Melbourne time; Rod Laver Arena dari Yarra River
Aku belum pernah habis explore kota Melbourne ni. Mana la larat nak jelajah bandar yang jauh lebih besar dari KL ni. Kali ni aku dan kawan-kawan decided to try Yarra River cruise pulak untuk tengok Kota Melbourne dari laluan sungai. Lebih rileks cara macam ni berbanding nak ke sana-sini turun naik public transport yang lain. 

Masa cruise ni aku boleh nampak stadium Rod Laver Arena sebab kedudukannya yang agak hampir dengan Sungai Yarra. MCG, Melbourne Cricket Ground pun berada berhampiran kawasan sekitar Rod Laver Arena ni. Dan yang paling menarik perhatian aku ialah Eureka Skydeck... kali ni aku mesti singgah dan layan Edge...
Eureka Skydeck, the tallest building from the left...
Kunjungan ke Melbourne kali ni lebih menguji fokus dan stamina aku sebab terdapat agenda memandu jarak jauh yang perlu dilalui. Cuak jugak sebenarnya sebab aku tahu undang-undang jalanraya di Australia, terutamanya di Victoria ni agak ketat, dan kadar parking dan samannya pun agak beribu-ribu lemon. Dan aku jugak cuak bila memikirkan pasal hook-turn yang terdapat dalam kawasan CBD Melbourne. Cuma, nasib baik la bukan aku sorang je yang bakal jadi driver. Serahkan je la tugas memandu dalam CBD kepada kawan aku, habis cerita! Aku jadi driver untuk long-distance destination dah la.
Melbourne tram

Thursday, April 30, 2015

AUDMYR

Assalamualaikum

Kadar tukaran matawang Dollar Australia ke atas Ringgit Malaysia yang aku dapat beli pada hari ini adalah seperti berikut;

1 AUD$ = MYR2.87

Kadar ini direkodkan di sini untuk tujuan rujukan pergerakan dan perbandingan kedua-dua matawang negara ini.

Sunday, April 26, 2015

EID Korean Halal Restaurant Gets Korea Herald Coverage!

Assalamualaikum

Tengah tekun mengadap internet tadi, tergerak hati nak bukak FB EID kot-kot diorang ada upload gambar wifey dan rombongan masa diorang pergi dinner  kat situ. Bila terpampang je first page FB EID tuh terus aku ternampak muka Saad bersama caption Herald Interview

Aku yang takde kena mengena ni tetiba terasa bangga dengan perkembangan positif restoren ni. Dengan liputan Korea Herald ni mesti semakin ramai orang akan tahu kewujudan restoren halal yang dimiliki oleh keluarga Muslim tempatan berhampiran Seoul Mosque di Itaewon ni.

Berita tersebut baru lagi disiarkan pada 24 April lepas.

Aku copy isi kandungan akhbar tu untuk bacaan semua just in case link yang aku bagi tadi dah tak leh guna.

Restaurant puts halal touch on Korean cuisine

At a cozy restaurant in the multicultural district of Itaewon, Eid serves one of its staple dishes ― bibimbap, a bowl of rice mixed with red chili paste and a variety of vegetables.

It is accompanied by side dishes of kimchi, stir-fried anchovies, salad and cabbage soup.

The food may look like any other served at Korean restaurants nationwide. But it’s not. 

Eid cooks its meals, including samgyetang (ginseng chicken soup), bulgogi (marinated beef) and grilled fish, with ingredients and techniques in accordance with the Islamic law, or halal.

Eid is just one of five restaurants in Korea that has been halal-certified by the Korean Muslim Federation, and the only one serving Korean cuisine. 

“I wanted to help Muslims traveling in Korea to get a taste of Korean cuisine without worrying about halal,” Eid CEO Yu Hyun-woo said in an interview.

Halal is the local food industry’s menu du jour amid the public’s increasing interest in Muslim culture following stronger relations with the Middle East.

The restaurant, which seats up to 24 people, only makes the four dishes because halal sets the bar high for careful management of the food preparation process.

All meats must be blessed and slaughtered following particular procedures.

All food must be free of pollution from anything considered “haram,” or impermissible. 

For restaurants to be halal, the owner and chef must both be Muslim. 

All things considered, it was not easy for Yu to prepare for the opening of his restaurant for Muslims and non-Muslims.

“The hardest thing for us at first was finding gochujang (red chili paste) and doenjang (soybean paste) that was halal,” Yu said with a small bowl of bright red paste.

“Most brands use alcohol to speed fermentation, so we had to go out and find pastes that were naturally fermented. This gochujang is light and sweet, flavored with pears.” 

Korean dishes like samgyetang and bulgogi presented a different challenge. 

“Samgyetang is supposed to use a whole, young chicken, but we couldn’t find any halal young chickens. What we ended up doing was using just half of bigger halal chickens,” he said.

It was also impossible to find halal sliced beef to make bulgogi.

So, the workers spend hours slicing blocks of halal beef themselves. 

“Halal becomes much more accessible when people think of it as a quality certification like the HACCP, rather than a type of cuisine,” said Yu. 

The five halal-certified restaurants in Korea are: Salam, Kervan, Mr. Kebab and Eid in Itaewon, and Dongmun on Nami Island in Chuncheon. 

By Won Ho-jung (hjwon@heraldcorp.com)

(Credit to The Korea Herald  & Won Ho-jung)

Berdasarkan pengalaman aku sendiri yang dah 2 kali dine kat situ, memang aku sangat suka dan puas hati dengan makanan yang aku pesan dan juga layanan mereka. Sesiapa yang plan nak ke Seoul, bagi aku, diorang mesti makan kat sini untuk rasa masakan orang Islam Korea yang sudah pastinya halal. Ada sijil halal dari Korean Muslim Federation lagi! Masjid Seoul pun sekangkang kucing je dari EID ni. 

Kalau tengok FB diorang, tiap-tiap hari mesti ramai je pelancong ataupun local yang datang makan kat situ. Walaupun tempatnya kecik, tapi yang paling penting ialah, halal, yang kedua sedap... he he. Harga? Biasala, mesti la tak semurah kita makan kat negara sendiri. Tapi memang berbaloi aku rasa!

Jadi, jangan lupa masukkan Restoren EID ni dalam itinerary Seoul korang! Aku sendiri pun tak sabar nak makan kat situ lagi...

Wednesday, February 18, 2015

4 Hours Delayed...

Assalamualaikum

Masa tengah menaip ni, aku masih lagi menunggu panggilan untuk ke Gate C 17. Waktu berlepas yang sebenar sepatutnya pada jam 2335hrs tadi. Tapi staff di check-in counter mengatakan bahawa flight ke Incheon dijangka hanya akan berlepas pada jam 0330hrs!

Ini la pengalaman pertama dalam hidup aku merasa penerbangan tertangguh yang agak lama. Baru-baru ni pun aku terkena jugak dalam penerbangan balik ke KL dari Kota Bharu, tapi yang tu delayed setengah jam je. 

Masa balik dari Paris sebelum Krismas hari tu penerbangan MH 21 tertangguh selama satu setengah jam akibat cuaca berkabus tebal yang menghadkan jarak penglihatan; membahayakan sebarang aktiviti penerbangan.

Aku dan wifey sampai kat KLIA agak awal hari sebab nak pilih the best seat la kononnya. Tapi lain pulak yang jadi. Melangut la kitorang kat KLIA sementara nak menunggu waktu berlepas. Itupun kalau betul MH 66 boleh depart seperti waktu yang tertera di boarding pass

Sempat la kitorang dinner di KFC. Pukul 11 lebih baru la kitorang bergerak ke satellite terminal building. Lepak la kat movie lounge yang takde tayangkan apa-apa movie pun. Sambil berceloteh kat sini...

Later la aku update lagi, kalau rajin... Ha ha!

Tuesday, February 17, 2015

Last Minute...

Assalamualaikum

Lepas lunch dan solat zuhur aku sempat jugak lari ke money changer untuk beli Aussie dan jugak Won. Matawang Dollar Australia (AUD/MYR) sangat rendah sekarang ni, boleh dikatakan paling rendah sejak 4 tahun yang lepas. Sesuai la sekiranya ada yang berhajat nak ke sana atas sebarang urusan. 

Ini rate yang aku dapat petang tadi;

1 AUD $       = MYR 2.83

Kali terakhir aku beli Aussie, rate yang aku dapat ialah;

1 AUD $       = MYR 3.22     

Selain dari Aussie, aku jugak beli South Korean Won. Hari ni aku dapat beli Won pada kadar;

1,000 KRW   = MYR 3.28

Kemungkinan besar aku dapat beli kedua-dua matawang ni pada kadar yang lebih baik kalau money changer favourite aku dibuka. Tapi takde rezeki la pulak. Tukar je la kat mana-mana money changer yang bagi rate paling murah kat area Bukit Bintang tu.

Semoga perkongsian ni boleh memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Monday, February 2, 2015

Pengalaman Pertama Mengunjungi White House!

Assalamualaikum

Akiviti hari ni ialah memborong murtabak sebelum menghantar Tort ke airport untuk balik ke Penang. Banyak jugak la murtabak yang menjadi mangsa kitorang. Pakcik aku yang perkenalkan rumah pengusaha murtabak raja tuh. Tapi aku dah lupa exact location tempat ni!

Selesai memborong murtabak, abang aku ajak semua pergi mengopi di bandar KB! Kitorang follow je la. Katanya nak mengopi di White House! Haaa? White House?? Blur kejap aku dengar.
Betul la nama kedai ni White House!
Menurut abang aku, kedai ni tak beroperasi sepanjang hari. Diorang bukak pagi dan tutup sekejap sekitar waktu tengahari dan bukak balik lepas tu. Aku tak dapat jadual operasi White House ni. Masa kitorang sampai pun dah dekat pukul 12 tengahari. Tapi ramai jugak orang lain tengah mengopi masa tu.

Abang aku rekemen kitorang order set roti bakar dengan kaya, telur separuh masak dan jugak secawan kopi. 
Perghhh!!! Memang mantop la!!!
Bila pesanan dah sampai, terus melantak dengan lahapnya! Aku perasan roti tuh diorang bakar tak guna toaster. Roti yang tengah suam-suam tuh memang sedap bila disapu home made kaya dan jugak mentega. Macam tak cukup pulak order satu set! 

Kopi pun sedap jugak diorang bancuh. Aku tengok kat dapur White House tuh, barista diorang semua makcik-makcik orang kanpung je. Tabik la makcik!!! Semua puas hati mengopi kat sini. InShaaAllah panjang umur aku wajib 'mengopirotibakayamentegatelurseparuhmasak' lagi di White House ni. Kedai ni jugak ada jual kaya dan kopi yang diorang serve tu. Boleh beli untuk bawak balik! White House ni letakknya agak berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah. Nak parking kereta pun senang sebab banyak kawasan meletak kereta di sekitarnya

Selesai mengopi, terus ke airport untuk hantar Tort balik Penang. Selepas dropped Tort di airport, aku dan wifey ikut abang aku balik ke rumah in-law  dia berhampiran dengan airport tuh. Lepak-lepak dan solat Zuhur di masjid sebelah rumah kakak ipar aku tu.

Dari situ, abang aku bawak pulak kitorang pergi melahap 'colek perut' di tepi jalan kampung berhampiran dengan airport yang sama jugak. Ni pengalaman pertama aku dan wifey makan 'colek perut' dan bagi aku ianya sangat layan la!!! Gambar pun lupa nak amik. Cuma lokasinya je yang sempat aku save dalam Garmin. Punye la suka dengan 'colek perut' ni sampaikan aku dan wifey tapau 3 bungkus nak bawak balik rumah pakcik aku.
1602hrs: Muara Sungai Raja Gali, Kampung Sabak
Selesai 'mencolek perut' abang aku bawak pulak kitorang ke satu lagi lokasi melantak. Lokasinya di Kampung Sabak, tepi muara Sungai Raja Gali. Berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Sabak. 
1602hrs: ni la tempatnya, dengan cuaca panas terik dan juga terasa melekit sebab sangat berdekatan dengan tepi Laut China Selatan

Jambatan Kampung Sabak


1603hrs: bot pisang pun ada kat sini...
Menurut abang aku, tempat ni ada menyediakan sotong sumbat, air kelapa muda dan pelbagai kuih muih lagi untuk santapan di petang hari, sambil menikmati angin Laut China Selatan!  
1608hrs: 3 ekor sotong yang pertama, shared dengan wifey!
Maka makanlah kitorang sotong sumbat tuh kat bawah pondok kayu di tepi sungai tu. Memang best dapat lepak macam ni. Kalau cuaca kurang panas mesti lebih selesa nak bersantai lelama. 
1626hrs: ni tambahan lagi 3 ekor sutun! Untuk aku sorang!!!
Oleh kerana aku ni memang hantu dengan sotong sumbat, maka setakat 3 ekor shared dengan wifey tu memang la sangat tak mencukupi! Sebab tu lah aku order lagi 3 ekor untuk aku sorang! Makan sampai puas! Walaupun sebenarnya memang tak puas, sotong segar pulak tuh! Kalau kat KL sekor sotong sumbat ni harganya dalam lingkungan RM4 hingga RM5 seekor! Itupun sotongnya kecik dan tak segar!
1640hrs: kelapa muda dengan 3 scoop ice cream!
Acara penutup disudahkan dengan sebijik kelapa muda dengan 3 scoops ice cream. Cuaca panas macam ni memang sesuai sangat dapat hirup air kelapa muda, disejukkan pulak oleh ais krim tu. 
close up sket ice cream dalam air kelapa muda tu...

1654hrs: Mamat ni pun tak ketinggalan untuk menjamu selera di petang hari!!!
Selesai menjamu selera dan perut pun dah tak boleh disumbat, baru la boleh balik dengan senang hati! Lokasi-lokasi panas ni wajib dikunjungi setiap kali balik ke kampung. Tak dapat pergi ke White House yang kat US tu pun takpe, janji dapat pergi yang kat KB ni pun jadi le...ha ha! 

Esok dah nak balik ke dunia nyata. Adui malas betul...

Saturday, January 31, 2015

Tapak Kaki Lembu...

1823hrs; 'kasut' sedang dibakar...
Pakcik aku memang sorang yang ringan tulang dan suka/pandai memasak! Walaupun umur dah nak menjangkau 60 tahun dalam masa beberapa hari lagi.
kalau lembu nampak ni mesti diekor nangis...
Aku ingat lagi kali terakhir aku balik Kelantan, pakcik aku sediakan (masakkan) sup gearbox. Macam nak gila aku makan, itupun control jugak sebab segan! Dah la balik Kelantan seabad sekali, tetiba nak melahap dengan rakusnya pulak kat rumah orang! 

Sampai je kat rumah pakcik aku lepas pick-up Tort kat Damn It, aku usha-usha la kat dapur, nak menyibuk. Takde niat pun nak cari sup favorite tu. Sekali ternampak 2 periuk kat atas dapur berisi kaki lembu. Murah rezeki la ni...

Bila usha kat luar rumah nampak pulak pakcik aku tengah bakar bahagian tapak kaki lembu yang dia panggil kasut. Katanya lagi, kasut dibakar sampai macam nak jadi arang supaya boleh dikikis untuk diambil segala 'isi-isi' dalam kasut tu untuk dimasak bersama gearbox kat atas dapur tadi. 
1849hrs; kikis tapak 'kasut' setelah betul-betul berkerak dibakar...
Ini satu penemuan baru bagi aku! Menurut pakcik aku, kalau kat kedai, memang diorang takde masa la nak bakar kasut tu untuk dapatkan isi kat tapak kaki lembu tu. Tapi pakcik aku yang rajin ni memang nak fully utilized sebatang kaki lembu yang berharga RM50 ni! 

Pergi Seremban nanti boleh la aku tanya makcik wifey yang rajin masak sup gearbox ni pasal kasut lembu ni. 
hasil dalam 'kasut' yang bakal masuk dalam periuk bersama-sama 'kotak gear!'
Bila dah betul-betul berkerak hitam macam arang, kasut tu pun diangkat dan direndam dalam air untuk menyejukkan bagi memudahkan urusan nak mengikis tapak kasut lembu tu.

Bila dah selesai dikikis, baru la kasut tersebut dibilas dengan air sebelum dimasukkan bersama gearbox yang kat atas dapur tadi. 

Sup gearbox dan isi dalam kasut tadi menjadi salah satu lauk untuk kitorang dinner malam ni. Dan aku masih lagi control tak makan banyak sangat sebab segan dan juga bimbang jugak kot-kot boleh menyumbat saluran-saluran darah kat jantung tu...Nauzubillah!

Balik Kampung Dengan 9M-MXG

Assalamualaikum

Cuti hujung minggu plus 2 hari cuti umum; Hari Wilayah dan Thaipusam dimanfaatkan sepenuhnya! Oleh sebab dah lama tak balik Kota Bharu, jadi hari ni aku dengan wifey dan jugak parent berangkat la ke Pantai Timur. Tort pulak fly with FireFly from Penang awal pagi tadi.
1500hrs; window view from seat 21A onboard Boeing 737-800
Sekali-sekala nak merasa naik burung besi balik kampung. Ni la first time aku fly ke KB. Perjalanan yang tak sempat menghangatkan seat Boeing 738 dan tak sempat nak habiskan stock air kat galley. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku drive sebab lebih jimat duit dan dapat borong banyak barang kat KB nanti tapi wifey tak larat nak duduk lelama dalam kereta, jadi terpaksa la terbang!
1518hrs; 9M-MXG taking off from runway 32R
Flight MH1396 agak penuh. Tapi yang bestnya, dapat duduk tepi tingkap! Ha ha. Dapat view menarik! Possibility nak dapat window seat lebih tinggi bila fly narrow body compared to wide body. Hopefully on the way balik nanti pun dapat duduk tepi tingkap lagi!
1519hrs; selamat berlepas

1524hrs; climbing with flap fully retracted

Klang Valley

1525hrs; terdapat empangan dalam gambar ni

1531hrs; Subhanallah! 

1538hrs; salted peanut and apple juice at FL310

1546hrs; Alhamdulillah cuaca baik...with mild turbulence 

1549hrs; descending! Spoiler at work... 

1551hrs; sungai jelas kelihatan...
Bila bumi Darul Naim semakin jelas di mata kasar, aku cuba bayangkan pemandangan negeri ni dari udara semasa bala melanda baru-baru ini. Air pasang besar dan juga hujan yang agak kerap dikatakan faktor utama banjir luarbiasa melanda Kelantan dan negeri-negeri lain di Pantai Timur semenanjung.
1553hrs; flap semakin panjang dan menurun...
Mesti jauh berbeza pemandangan masa tu dengan apa yang aku snapped ni. Dan aku tak boleh nak bayangkan keadaan dan apa yang berlaku di Manik Urai ketika tu. Betapa kuat dan tabahnya diorang menerima dugaan hebat dari Allah ni.
1554hrs; perkampungan tepi laut yang terdedah kepada hakisan ombak...

1555hrs; apa yang ada di sini 20 tahun dari sekarang?
Kawasan pantai pulak terdedah kepada hakisan ombak dan jugak kenaikan paras laut setiap tahun yang akhirnya akan menyebabkan ramai penduduk di kawasan berhampiran pantai terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
1555hrs; F30 or F40?


1557hrs; final approach for runway 10

1558hrs; touchdown at KBR/WMKC


1600hrs; entertainment dalam MXG ni sesuai untuk long haul flight

1603hrs; selamat parking and ready for return leg
Pemandangan di lapangan terbang Sultan Ismail Petra ni memang jauh berbeza dengan KLIA. Lengang je kat atas tarmac. Takde pesawat lain kelihatan selain dari pesawat MAS yang aku naik ni dan jugak pesawat-pesawat ringan kepunyaan Asia Pacific flying school yang berpengkalan di airport  ni.
Kakak ipar dan jugak pakcik aku dah sedia menunggu kat luar balai ketibaan masa aku amik semua luggage. Dari airport kitorang akan pick-up adik aku yang dah lama sampai KB sejak pagi tadi di rumah kawannya di Demit. (Mungkin mat saleh amik nama tempat ni untuk buat phrase Damn it tu!)
1625hrs; cabin crew sedia diangkut ke Renaissance Hotel Kota Bharu
Sempat la jugak aku terperasan flight and cabin crew dijemput oleh van Hotel Renaissance untuk bermalam di KB setelah mengakhiri tugas diorang untuk hari ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...