Sunday, October 26, 2014

Pedagang Dari Zimbabwe

Assalamualaikum

Pedagang dari Zimbabwe telah ditugaskan untuk men'yettle'kan barang-barang dalam gambar kat bawah ni. Pedagang telah menerima tugas ini dari mereka dan keluarga mereka yang telah balik kampung baru-baru ini. 

Alhamdulillah, pedagang dari Zimbabwe telah berjaya melupuskan barang-barang berkenaan kepada mereka yang berminat dan telah memesannya. Jam tangan jenama Rangka tu memang mendapat sambutan luarbiasa sehingga ada yang sanggup berbunuhan sesama sendiri demi sebuah jam tangan Rangka asli yang dijual agak murah dari harga pasaran bersama dengan waranti terhad selama 2 tahun. 
Zara 30ml EDT, Fossil dan jugak nail-clipper yang menjadi rebutan...
Wangian EDT keluaran ZARA bersaiz 30ml jugak tak ketinggalan menyertai pesta pedagang dari Zimbabwe ini. Fruity dan jugak Black Poeny nama diorang ni.

Pedagang tidak menjual nail-clipper itu sebab pedagang sendiri berkenan dengan bendalah tu. Nampak berkualiti. Jadi pedagang beli je untuk diri sendiri. Yang lain semua SOLD OUT!

Apa lagi pedagang dari Zimbabwe nak jual lepas ni?

Thursday, October 16, 2014

Putrajaya & JPJ

Assalamualaikum

Buat pertama kalinya dalam hidup aku kena saman samun sebab bawak kereta laju gila**** masa on the way to Hospital Putrajaya.

Waktu kejadian di Lebuh Sentosa yang jalan sempit dan banyak kenderaan tu aku tengah memecut 82km sejam sebab nak kejar waktu appointment bapak aku dengan pakar mata pukul 0830 pagi. Aku tersedar yang mangkuk yang boleh berayun tu dah curi-curi amik gambar aku dan Piji bila tetiba je wujud flash dari  celah-celah pokok kat tepi jalan tu. Masa tu hati aku dah menyumpah-nyumpah dah dan pada masa yang sama aku cuba ingat balik papantanda hadlaju yang diorang pacak kat situ. Rasanya aku bawak tak la selaju drivers from hell yang lain kat Malaysia ni.

Dalam perjalanan balik dari HPJ tu aku noticed hadlaju yang diorang pacak kat area tu ialah 70km/j dan 80km/j. What the f***???  Biar betul diorang ni?? Aku rasa macam diorang ni cuba amik kesempatan dan cuba buat duit dengan cara mudah ni. Kalau kau nak letak bapak AES, DSLR dengan lens bagak sebesar billboard tepi highway tu aku masih boleh terima kalau hadlaju yang dibenarkan 80km/j dan kau nak rompak duit aku sebab aku exceeded 80km/j tu. Tapi kalau kau taruk 70km/j untuk jalan yang dah ala-ala lebuhraya tu dengan bilangan kenderaan yang orang rabun teruk pun boleh agak berapa kenderaan tengah lalu kat situ, memang sangat kurang ajar la tu. Banyak lagi peraturan yang korang buat tapi kurang enforcement yang sepatutnya boleh buat korang kaya, tapi tak tahu la pesal korang tak nak pulak sibuk-sibuk nak saman.

Notis samun tu sampai masa aku dan wifey takde kat rumah. Aku tak tau pun tu notis samun sebab aku dah tunggu agak lama untuk terima apa-apa surat samun, tapi takde. Bila aku check online pun takde jugak. Aku ke Pos Malaysia untuk collect surat berdaftar tu. Dah ambik, aku bagi je kat wifey sebab nama penerima ialah wifey. Bila wifey bukak baru la kitorang tahu itulah dia notis minta duit tu. Hambik kau RM300 kena kompaun samun.  Lagi sekali aku angin, wifey cuba menenangkan aku. Lupakan pasal notis mangkuk hayun tu. Kitorang cabut pergi menenangkan perasaan sekejap masa Hari Raya Qurban untuk beberapa hari.

Aku sedapkan hati dengan menerima pandangan wifey yang mengatakan mungkin ini caranya Allah ambil balik memana sumber rezeki aku yang haram dan tak berkat tu. Sedap dan lega sket hati aku dengar wifey cakap camtu. Memang benar apa yang wifey cakap tu.

Hari ni, aku sekali lagi bertugas untuk bawak bapak aku ke hospital yang sama dengan menggunakan laluan yang sama. Kali ni aku lebih alert dengan hadlaju yang adakalanya memang tak masuk akal.

Bila sampai di laluan 'maut' tu, aku pun bawak la ikut hadlaju ntah apa-apa tu, semua kenderaan lain pun slowdown. Perghhh... Aku cuba berfikir positif kenapa kat situ kena drive 70km/j instead of 80km/j. Ada sekolah ke? Kenderaan berat keluar masuk ke? Takde pun. Ataupun mungkin ni la salah satu tarikan untuk pelancong datang ke Putrajaya, untuk melihat sendiri kenderaan dipandu perlahan kat jalan yang dah macam highway. Sesiapa yang tak guna satnav alert macam aku ni pasti akan jadi mangsa samun tanpa senjata kat situ...😝

Balik dari hospital aku ke JPJ untuk lupuskan duit haram aku tu. Di JPJ Wangsa Maju, untuk pembayaran 'kompaun' kena berurusan di Pintu 8 yang letaknya di bahagian belakang bangunan, agak tersorok. Sampai kat Pintu 8, memang agak ramai orang tengah menunggu giliran untuk urusan masing-masing. Aku ada terdengar sorang perempuan ni komplen pasal staff kat kaunter bayar kompaun tu yang dikatakan agak kerek. Aku terpaksa la bersedia untuk menerima layanan yang sama nanti kot.

Dipendekkan cerita, memang staff kat kaunter tu agak kurang wajar la kot cara dia berkomunikasi dengan pelanggan. Terlampau banyak yang wajib diperbaiki. Tak perlulah didedahkan identiti staff perempuan tu. Biar JPJ yang selidik sendiri. Alangkah bagusnya kalau dia lebih lemah lembut dan bersopan santun. Orang nak bayar kompaun pun mungkin kurang sket rasa tak puas hati kalau kau berkomunikasi dengan lebih berhemah.

Ni aku punya finding yang aku dapat dari berurusan kat kaunter kompaun tu. Kompaun yang RM300 tu layak untuk mendapat diskaun sekiranya dijelaskan dalam masa sebulan dari tarikh notis. Dan kompaun boleh dikenakan serendah RM150 sekiranya diselesaikan dalam masa 2 minggu dari tarikh notis. Banyak boleh dijimatkan kan? TETAPI, semua berkaitan potongan kompaun tu tak dinyatakan di dalam notis atas sebab-sebab yang 'tidak diketahui'. Sepatutnya kalau kau nak encourage mangsa kau bayar awal, bitau la dalam notis tu. Takde la jadi isu mangsa bakal bertekak kat kaunter masa nak jelaskan kompaun tu nanti.

Akibat dari kejadian yang sungguh menyayat hati ni, aku dah mula rasa benci dengan Putrajaya dan juga jaypeejay padayappa!!! Minta maaf sekiranya taipan kata-kata kali ini agak manis dan terlampau bersopan santun!

Kepada semua yang tak biasa dengan lebuhraya di Putrajaya tu, sila pandu dengan melampau berhati-hati sekiranya anda taknak jadi mangsa macam aku ni! Walaupun aku memang salah sebab melebihi hadlaju yang terlampau tuh, tapi tolonglah kuatkuasakan undang-undang sepanjang masa, tak kira siapa dan pastikan undang-undang ciptaan korang tu lebih wajar untuk dilaksanakan. 

Sunday, October 5, 2014

Salam Aidil Adha 1435H

Assalamualaikum

Selamat menyambut Aidil Adha buat semua. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima olehNya dan diberkati. Amin.

Semoga semua jemaah haji di tanah suci juga dapat menjalankan ibadah haji mereka dengan sempurna dan dikurniakan Allah haji yang mabrur! Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...