Tuesday, September 2, 2014

Jangan Lupakan Kami!!!

Assalamualaikum

Nak share sikit gambar dan apa yang aku jumpa kat KLIA tadi masa pergi mengantar orang fly
Mini memorial untuk flight and cabin crew flight MH370 dan jugak MH17. Mula-mula aku musykil jugak, boleh ke aku sesuka hati je pergi ke mini memorial tu? Maklum la lokasinya tu kat level yang aku perasan tak ramai orang lepak, antara level 4 (arrival) dan level 5 (departure). Yang selalu mundar-mandir kat level tu biasanya cabin crew yang keluar masuk briefing room. 
Dah lewat malam macam ni, orang pun dah tak ramai. Crew briefing pun aku nampak dah semakin berkurangan sebab kebanyakan flight lewat malam dah bersedia untuk berlepas. Aku pun dengan confidentnya naik escalator ke level 4.5 tu untuk pergi tengok memorial tu dengan lebih dekat.
cabin crew of MH17
Perasaan aku sangat tak boleh nak digambarkan bila aku dah sampai kat betul-betul depan memorial tu. Gabungan 2 memorial tu cukup sedih dan menyayat hati. Sayu bila terbaca ucapan untuk mereka; terutama sekali ucapan,"Selamat hari raya Daddy!" dari anak-anak yang menanti kepulangan ayah mereka yang bertugas di dalam pesawat MH370. Boleh menitik airmata aku ni kalau aku ikutkan emosi!
cabin crew of MH370
Agak lama aku berdiri kat depan memorial tu. Terasa nak juga berkongsi kesedihan aku dan memberi kata-kata semangat kat memorial tu tapi aku pulak takde pen dan kertas. Cukuplah doa dan juga posting ni sebagai cara aku nak mengingatkan semua orang yang terbaca posting ni terhadap apa yang telah berlaku kepada mereka. Sesekali bila ada cabin crew yang selesai sesi taklimat menuju ke lif dan escalator  dan nampak aku sensorang berdiri kat depan memorial tu, aku senyum je kat diorang sambil mendoakan mereka semua akan dilindungi Allah sepanjang masa. 

Aku rasa adalah lebih baik kalau memorial ni dibuat di tempat yang lebih strategik. Lokasi di tingkat 4.5 ni agak tersorok. Hanya cabin crew, staff MAS dan jugak airport personnel je yang betul-betul aware pasal memorial ni. Kalau buat macam Amsterdam Schiphol pun mungkin ok jugak. Kat bahagian luar airport, lebih ramai orang boleh nampak.

Walaupun mini memorial ni nampak lebih kepada mengingati cabin dan flight crew MAS yang terbabit, ini tak bermakna kita melupakan semua penumpang di dalam kedua-dua pesawat malang terbabit. Aku yakin kesemua mereka; penumpang dan anak-anak kapal MH370 dan MH17 berharap agar kita semua tidak akan melupakan mereka.

Al-Fatihah

1 comment:

An said...

Dari Allah kita dtg, kpd Allah jua kita kembali..

#selfreminder

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...