Kelly 3572

Thursday, August 21, 2014

Selamat Kembali Ke Tanah Air...

Assalamualaikum

Ini adalah entry khas untuk semua penumpang dan anak-anak kapal MH17 amnya, dan khusus untuk mereka yang bakal tiba lebih kurang 7 jam 45 minit dari masa aku menaip posting ini. 
kedudukan MH6129 masa aku buat entry ni...
Aku sangat berhajat nak sambut kepulangan 20 orang yang aku tak pernah kenal ni, tapi apakan daya, office-mate aku dah terlebih dahulu apply cuti. 

Kesemua 20 jenazah ini tak tahu betapa mereka diberikan penghormatan yang sangat tinggi. Mereka diingati oleh kebanyakkan rakyat Malaysia khususnya dan juga masyarakat antarabangsa. Mereka acapkali disebut di dalam doa keluarga serta kenalan yang menangisi pemergian mereka dalam keadaan yang sangat tragis. 

1.   Mastura Mustafa, anak kapal.
2.   Ahmad Hakimi Hanapi, kru teknikal. 
3.   Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, anak kapal.
4.   Nur Shazana Mohamed Saleh, anak kapal. 
5.   Dora Shahila Kassim, anak kapal. 
6.   Foo Ming Lee, penumpang. 
7.   Karamjit Singh Karnail Singh, penumpang. 
8.   Ng Qing Zheng, penumpang. 
9.   Mabel Anthony Samy, penumpang. 
10. Paul Rajasingam/Sivagnanam, penumpang. 
11. Elisabeth Ng Lyeti, penumpang. 
12. Lee Hui Pin, anak kapal. 
13. Angeline Premila Rajandaran, anak kapal. 
14. Ariza Ghazalee, penumpang. 
15. Muhammad Afif Tambi, penumpang. 
16. Noor Rahimmah Mohd Nor, penumpang. 
17. Chong Yee Pheng, anak kapal. 
18. Azrina Yakob, anak kapal. 
19. Mohd Ali Md Salim, penumpang. 
20. Hasni Hardi Parlan, penumpang.
Al-Fatihah untuk kesekian kalinya buat saudara seagamaku dan takziah bagi saudara senegaraku yang lain. Aku memang masih lagi susah nak terima hakikat kejadian ini, sedangkan MH370 pun aku tak boleh terima, nikan pulak tragedi MH17 yang berlaku dengan sangat kejam dan menyayat hati, walau apapun sebab atau alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab yang sehingga ke saat ini, masih membisu dan tiada yang berani mengakui kesilapan. Mereka boleh terlepas di dunia ini, tapi mereka takkan dapat lari di sana nanti.

Mungkin ada antara kita yang kurang bersetuju dengan upacara berkabung yang bakal dibuat esok dengan pelbagai alasan, tapi bagi aku, kembalinya jenazah-jenazah rakyat negara kita sendiri yang telah dibunuh dengan kejam, memang patut kita sama-sama bersatu menerima kepulangan terakhir mereka ke tanah air, di samping sebagai lambang sokongan kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang yang tersayang. Mungkin kita tiada pertalian saudara langsung dengan mangsa, tetapi sekurang-kurangnya kita doakan mangsa yang telah pergi tenang di sana dan keluarga yang ditinggalkan boleh meneruskan kehidupan dengan lebih cekal dan tabah.

Doakan juga agar Malaysia Airlines akan kembali pulih tanpa ada kakitangan mereka yang perlu ditamatkan perkhidmatan dan doa agar negara kita dilindungi Allah swt dari segala bentuk bala bencana serta perbuatan khianat musuh-musuh yang kita tidak sedari.

Bertafakur bukannya kita hanya diam membisu mengingati mangsa, paling kurang, surah Al-Fatihah bagi mangsa yang beragama Islam. Dan bukannya kita dipaksa memberhentikan kenderaan yang kita sedang pandu, terpulang kepada kita untuk berhenti ataupun tidak. Ya, mereka bukanlah raja atau menteri. Mereka adalah warga negara kita yang tidak bersalah, mereka adalah antara flight crew dan cabin crew yang terbaik di dunia dan ada juga bayi-bayi comel yang masih belum mengenal dunia. Sama-samalah kita menunaikan solat jenazah selepas solat Jumaat esok,  banyak hikmah serta besar pahalanya. 
Flight crew MAS bergambar bersama anak arwah salah seorang flight crew MH 17 di Kompleks Bunga Raya KLIA
Semoga semua mangsa nahas MH17 berjaya ditemui secepat mungkin dan mangsa warga Malaysia dapat dibawa balik seawal 24hb Ogos ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...