Kelly 3572

Tuesday, August 26, 2014

Jelaskan Cukai Sebelum Meninggalkan Malaysia...

Assalamualaikum

Sekadar nak berkongsi apa yang dibaca kat surat khabar. 

Lembaga Hasil Dalam Negeri tengah berusaha dengan lebih gigih dalam meng'ollect' pendapatan negara. Kemungkinan besar LHDN bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dalam usaha mengesan mereka yang berhutang dengan LHDN. 

Tak pasti la pulak diorang bukak kaunter jugak ke tak kat sebelah kaunter imigresen di pintu-pintu utama untuk keluar dari Malaysia tu. Tapi yang pastinya, sesiapa yang berhutang dengan LHDN berkemungkinan besar takkan dapat ke luar negara selagi diorang tak jelaskan cukai yang tertunggak tu.

Jadi, jelaskan cukai pendapatan sebelum terlambat atau terlepas flight kat airport dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Anda juga boleh membuat semakan status perjalanan anda kat laman web yang aku sediakan kat bawah ni...


Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang 'SEMAK'.

Ok?

Friday, August 22, 2014

Jumaat Yang Penuh Dengan Emosi...

Assalamualaikum

Berkemeja hitam ke tempat kerja hari ni. Wifey pulak berjubah hitam. Walaupun kami tak dapat bersama menyambut 'kepulangan' mereka di KLIA, tapi ingatan dan doa kami sentiasa untuk mereka. 

Kalau kami pun bersedih, apatah lagi ahli keluarga mereka...

Langkah kaki ke tempat kerja tak seperi hari-hari biasa. Setiap satu langkah aku diselubungi rasa sayu dan sebak. Di dalam gerabak LRT, agak ramai yang menunjuk rasa sedih dan simpati dengan berpakaian hitam seperti yang disarankan oleh kerajaan. 

Pesawat MAS-Kargo Boeing 747 selamat mendarat di KLIA hampir pukul 1000 pagi bersama 20 penumpang istimewa yang pertama. 23 orang lagi masih di Amsterdam. Semoga mereka semua berjaya dibawa pulang secepat mungkin.

Di tempat kerja pulak, tak ramai sangat yang berbaju hitam, tapi tak semestinya mereka tak bersedih atau bersimpati. Siaran TV yang selalu menjadikan saluran Bloomberg sebagai tontonan utama kali ni menyiarkan siaran langsung dari KLIA, dari saat mendaratnya pesawat MAS-Kargo hinggalah ke saat kenderaan-kenderaan yang membawa jenazah bergerak ke destinasi yang telah ditetapkan.

Tak dapat dinafikan kat tempat kerja aku, ada juga yang mengikuti istiadat istimewa itu dengan penuh khusyuk; dan nampak riak muka mereka yang sedih. Aku sempat berjumpa rakan sepejabatku yang kebetulan juga merupakan sepupu arwah Ahmad Hakimi, pembantu juruterbang, sebelum dia bertolak ke upacara pengkebumian di Presint 20 , Putrajaya. Menurut beliau, arwah Ahmad Hakimi akan dikebumikan selepas solat Jumaat. 

Lebih kurang jam 1050 pagi, pihak building management buat pengumuman bagi meminta semua tenant bersedia untuk bertafakur selama seminit pada jam 1054 pagi. Aku agak terkejut sebab tak jangka pulak building management akan buat pengumuman minta semua bertafakur ni. Terharu...

Seminit yang sunyi sepi tu cukup buat aku rasa sedih gila...macam-macam aku terbayang masa tu. Sambil-sambil menyedekahkan Al-Fatihah yang entah keberapa kali buat semua mangsa yang beragama Islam. Memang lain macam la keadaan pejabat masa tu. Sayu. Sebak. Macam nak banjir dah dalam hati aku. Semua orang berhenti buat kerja...Mungkin suasana lebih menyayat hati kalau kat Kompleks Bunga Raya KLIA tuh. Dari siaran TV memang nampak ramai giler cabin crew dan pilot MAS yang tak bertugas masa tu datang join the special event. Ramai yang bawak bunga...ramai yang tak dapat menahan kesedihan mengenangkan tragedi yang menimpa rakan-rakan setugas mereka.

Khutbah Jumaat hari ni pun berkait dengan tragedi MH17. Satu dugaan yang amat besar untuk negara dan juga kaum keluarga penumpang dan anak kapal. Paling aku nantikan ialah upacara solat jenazah ghaib yang dibuat selepas selesai solat Jumaat. Air mata bergenang ketika doa selepas solat jenazah.

Ya Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, Kau ampunilah dosa-dosa mereka yang telah kembali ke pangkuanMu di dalam tragedi ini. Kau tabahkanlah hati-hati keluarga mereka yang telah ditinggalkan. Sesungguhnya kami reda dengan ketentuanMu ini. Amin, amin, amin ya rabbal alamin!

Thursday, August 21, 2014

Selamat Kembali Ke Tanah Air...

Assalamualaikum

Ini adalah entry khas untuk semua penumpang dan anak-anak kapal MH17 amnya, dan khusus untuk mereka yang bakal tiba lebih kurang 7 jam 45 minit dari masa aku menaip posting ini. 
kedudukan MH6129 masa aku buat entry ni...
Aku sangat berhajat nak sambut kepulangan 20 orang yang aku tak pernah kenal ni, tapi apakan daya, office-mate aku dah terlebih dahulu apply cuti. 

Kesemua 20 jenazah ini tak tahu betapa mereka diberikan penghormatan yang sangat tinggi. Mereka diingati oleh kebanyakkan rakyat Malaysia khususnya dan juga masyarakat antarabangsa. Mereka acapkali disebut di dalam doa keluarga serta kenalan yang menangisi pemergian mereka dalam keadaan yang sangat tragis. 

1.   Mastura Mustafa, anak kapal.
2.   Ahmad Hakimi Hanapi, kru teknikal. 
3.   Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, anak kapal.
4.   Nur Shazana Mohamed Saleh, anak kapal. 
5.   Dora Shahila Kassim, anak kapal. 
6.   Foo Ming Lee, penumpang. 
7.   Karamjit Singh Karnail Singh, penumpang. 
8.   Ng Qing Zheng, penumpang. 
9.   Mabel Anthony Samy, penumpang. 
10. Paul Rajasingam/Sivagnanam, penumpang. 
11. Elisabeth Ng Lyeti, penumpang. 
12. Lee Hui Pin, anak kapal. 
13. Angeline Premila Rajandaran, anak kapal. 
14. Ariza Ghazalee, penumpang. 
15. Muhammad Afif Tambi, penumpang. 
16. Noor Rahimmah Mohd Nor, penumpang. 
17. Chong Yee Pheng, anak kapal. 
18. Azrina Yakob, anak kapal. 
19. Mohd Ali Md Salim, penumpang. 
20. Hasni Hardi Parlan, penumpang.
Al-Fatihah untuk kesekian kalinya buat saudara seagamaku dan takziah bagi saudara senegaraku yang lain. Aku memang masih lagi susah nak terima hakikat kejadian ini, sedangkan MH370 pun aku tak boleh terima, nikan pulak tragedi MH17 yang berlaku dengan sangat kejam dan menyayat hati, walau apapun sebab atau alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab yang sehingga ke saat ini, masih membisu dan tiada yang berani mengakui kesilapan. Mereka boleh terlepas di dunia ini, tapi mereka takkan dapat lari di sana nanti.

Mungkin ada antara kita yang kurang bersetuju dengan upacara berkabung yang bakal dibuat esok dengan pelbagai alasan, tapi bagi aku, kembalinya jenazah-jenazah rakyat negara kita sendiri yang telah dibunuh dengan kejam, memang patut kita sama-sama bersatu menerima kepulangan terakhir mereka ke tanah air, di samping sebagai lambang sokongan kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang yang tersayang. Mungkin kita tiada pertalian saudara langsung dengan mangsa, tetapi sekurang-kurangnya kita doakan mangsa yang telah pergi tenang di sana dan keluarga yang ditinggalkan boleh meneruskan kehidupan dengan lebih cekal dan tabah.

Doakan juga agar Malaysia Airlines akan kembali pulih tanpa ada kakitangan mereka yang perlu ditamatkan perkhidmatan dan doa agar negara kita dilindungi Allah swt dari segala bentuk bala bencana serta perbuatan khianat musuh-musuh yang kita tidak sedari.

Bertafakur bukannya kita hanya diam membisu mengingati mangsa, paling kurang, surah Al-Fatihah bagi mangsa yang beragama Islam. Dan bukannya kita dipaksa memberhentikan kenderaan yang kita sedang pandu, terpulang kepada kita untuk berhenti ataupun tidak. Ya, mereka bukanlah raja atau menteri. Mereka adalah warga negara kita yang tidak bersalah, mereka adalah antara flight crew dan cabin crew yang terbaik di dunia dan ada juga bayi-bayi comel yang masih belum mengenal dunia. Sama-samalah kita menunaikan solat jenazah selepas solat Jumaat esok,  banyak hikmah serta besar pahalanya. 
Flight crew MAS bergambar bersama anak arwah salah seorang flight crew MH 17 di Kompleks Bunga Raya KLIA
Semoga semua mangsa nahas MH17 berjaya ditemui secepat mungkin dan mangsa warga Malaysia dapat dibawa balik seawal 24hb Ogos ini.

Sunday, August 10, 2014

Jumpa Orang Lama...

Assalamualaikum

Hari ni ada kenduri kawin sepupu sepapat sebelah wifey kat Pulau Indah. Jadi berbondong-bondonglah kroni-kroni berjumpa di lokasi kenduri tuh. Lepas selesai makan-makan, team leader proposed semua convoy ke kawasan yang berpotensi untuk dijadikan bakal aset hartanah, dan bakal jadi rebutan.
singgah solat Zuhur dan Asar di masjid ni
Ni la pertama kali aku sampai ke Pulau Indah ni. Memang sangat terasa suasana kampung. Aman damai je. Sebelum convoy ke lokasi yang diperkatakan, kitorang singgah solat zuhur dulu kat Masjid Ar-Rahman di Kampung Sungai Pinang. Lepas solat, ada antara kroni yang nak lelapkan mata pulak seminit dua. Akhirnya semua bersetuju untuk terus solat asar kat situ. Baru la selesa nak ke sana sini lepas tanggungjawab dilaksanakan.
orang lama yang masih steady!
Bila azan asar dilaungkan, nampak la penduduk kampung datang ke masjid untuk berjemaah. Salah sorang dari kroni terperasan kelibat salah seorang dari orang kampung yang masuk ke ruang solat tu macam seorang selebriti! Itu macam Jamali Shadat (Datuk). 
sebagai kenang-kenangan bersama otai power!
Berkain sarung, baju melayu putih dan berketayap. Ikon lawak masa aku kecik-kecik dulu ni still nampak sihat dan kuat walaupun usianya kalau tak silap aku dah 74 tahun. Lepas solat kena ajak bergambar ni!
Habis je doa selepas solat asar, kitorang pun approached otai tuh. Dia pun mesra je melayan kitorang. Tapi bila salah seorang dari kitorang mintak kebenaran nak bergambar dengan otai, dia sound kitorang macam ni...

"Inilah yang saya tak suka...

masa tu aku dan kroni terasa macam permintaan ditolak je! Tapi bila dia habiskan ayat dia...

...nak tolak ni!"

Terus kitorang semua gelak! Saspen betul! Ingatkan nak kena marah ke apa. Sempat lagi otai kenakan kitorang. Otai yang synonym dengan panggilan Atan ni memang dah lama tinggal di perkampungan ni. Semoga Allah panjangkan usianya dan sihat sejahteralah hendakNya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...