Kelly 3572

Monday, July 28, 2014

1 Syawal 1435 Hijrah

Assalamualaikum
MH370 & MH17; semoga kau tenang di sisiNya... Amin.
Salam Aidilfitri untuk semua.

Rasa kesedihan lebih banyak menyelubungi hati rakyat Malaysia pada 1 Syawal tahun ini. Tahun yang sangat mencabar buat MAS dan jugak penumpang serta anak kapal 2 pesawat terbabit; 9M-MRO dan 9M-MRD.
Semoga Allah menenangkan hati-hati mereka yang kehilangan orang yang tersayang dalam 2 insiden ini. Aku pun seperti terasa kehilangan saudara mara, takda mood langsung nak sambut raya! Syarikat penerbangan negara kehilangan flight crew dan cabin crew yang berpengalaman di samping 2 buah pesawat Boeing 777-200.

Aku masih menaruh harapan kepada MH370. Ya Allah Yang Maha Penyayang, ketemukanlah kami dengan mereka dalam keadaan yang sebaik mungkin.

Aku sangat-sangat berharap MAS dan seluruh kakitangannya tabah  melalui saat yang boleh dikatakan paling mencabar ini. Mungkin banyak penambahbaikan dalam segala sudut boleh dilakukan oleh MAS untuk bangkit semula dengan lebih kuat untuk hari-hari yang mendatang.  

Isu yang tak berkesudahan pulak ialah kekejaman dan kebiadaban rejim Zionis di Palestin yang mengganas di atas sekecil-kecil alasan semata-mata untuk mengambil kesempatan menghapuskan seramai mungkin rakyat Palestin di sekitar Gaza; tiada pengecualian samada wanita, warga emas dan kanak-kanak! Lebih memeritkan bila jiran yang merupakan antara kuasa besar di Timur Tengah tidak mampu berbuat apa-apa, malahan lebih kepada menyokong rejim Zionis Laknatullah!

Betapa besarnya dugaan yang terpaksa saudara seagama aku lalui setiap hari di Gaza. Tiada hidangan istimewa ketika berbuka puasa, apatah lagi di Aidilfitri! 

Selagi umat Islam seluruh dunia tidak bersatu, mungkin Palestin akan terus ditindas dan rejim Zionis akan terus bermaharajalela!

Selain dari takbir dan puji-pujian kepada Yang Maha Esa, hanya doa tulus ikhlas dariku untukmu rakyat Palestin, penumpang dan anak kapal MH370 dan MH17 di pagi 1 Syawal ini. Al Fatihah...

Allah'uakbar!!!

1 comment:

Ninie Hanis said...

Salam aidilfitri mijoe n wifey. Fahim tanya bila nak dtg beraya? :)

Sedih kan dgn apa yg menimpa MAS. Walau tak pernah naik MAS tapi hati sentiasa bangga dan teringin nak naik MAS. What a shocking news.

Kami pun beraya tahun ni tanpa berbaju baru even untuk Fahim pun tade sibuk beli pape. Rasa macam tak layak nak beria beraya sedangkan saudara kita di Gaza tgh berperang.

Apapun, kami sekeluarga ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.

P.s mommy fahim dah reveal surprise tau! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...