Tuesday, July 29, 2014

2 Syawal 1435 Hijrah

Assalamualaikum

Aktiviti malam 1 Syawal dihabiskan dengan merayau di KLIA. Tempat favorite dan boleh jadi sangat emotional bagi aku bila teringat dari sini la 9M-MRO dan 9M-MRD kali terakhir meninggalkan KLIA ni. Al-Fatihah.
ni la tujuan aku beraya di KLIA...KUL-PVG-SFO...
Kitorang bergerak ke KLIA sebelum pukul 2200hrs, dengan harapan pergerakan trafik yang lancar sebab semua orang tengah beraya di kampung masing-masing. Dan Alhamdulillah segalanya seperti yang dirancang. Jalan clear! Adik ipar pulak drive ala-ala pemandu Formula 1. Pukul 2240hrs dah sampai kat parking block C KLIA. 

Bila naik ke balai perlepasan, ni la antara pemandangan yang kitorang nampak...
2256hrs; lengang...
Terkejut jugak sebab balai perlepasan kosong camni. Mungkin sebab malam raya semua orang dah selamat sampai rumah kot. Takkan sebab semua orang dah boikot naik MAS kat KLIA ni kot? Sempat aku tanya staff MAS kat check-in counter tu. Katanya sebelum kitorang sampai memang dah ramai passenger yang check-in

Lepas check-in dan dapat boarding pass, lepak-lepak la dulu minum kopi bagi terbeliakkan biji mata aku yang nak kena drive balik nanti. Ikutkan hati nak je ikut adik aku dan familynya fly, tapi apakan daya, esok nya (3 Syawal) dah nak kena kerja! Ha ha...

Lepas selesai mengopi dan mini-mesyuarat kedai kopi, kitorang bergerak ke haluan masing-masing. Have a safe flight adik perempuan dan family! Kirim salam kat Javier Hernandez kalau jumpa kat Guadalajara nanti!
PVG-SFO route...

Monday, July 28, 2014

1 Syawal 1435 Hijrah

Assalamualaikum
MH370 & MH17; semoga kau tenang di sisiNya... Amin.
Salam Aidilfitri untuk semua.

Rasa kesedihan lebih banyak menyelubungi hati rakyat Malaysia pada 1 Syawal tahun ini. Tahun yang sangat mencabar buat MAS dan jugak penumpang serta anak kapal 2 pesawat terbabit; 9M-MRO dan 9M-MRD.
Semoga Allah menenangkan hati-hati mereka yang kehilangan orang yang tersayang dalam 2 insiden ini. Aku pun seperti terasa kehilangan saudara mara, takda mood langsung nak sambut raya! Syarikat penerbangan negara kehilangan flight crew dan cabin crew yang berpengalaman di samping 2 buah pesawat Boeing 777-200.

Aku masih menaruh harapan kepada MH370. Ya Allah Yang Maha Penyayang, ketemukanlah kami dengan mereka dalam keadaan yang sebaik mungkin.

Aku sangat-sangat berharap MAS dan seluruh kakitangannya tabah  melalui saat yang boleh dikatakan paling mencabar ini. Mungkin banyak penambahbaikan dalam segala sudut boleh dilakukan oleh MAS untuk bangkit semula dengan lebih kuat untuk hari-hari yang mendatang.  

Isu yang tak berkesudahan pulak ialah kekejaman dan kebiadaban rejim Zionis di Palestin yang mengganas di atas sekecil-kecil alasan semata-mata untuk mengambil kesempatan menghapuskan seramai mungkin rakyat Palestin di sekitar Gaza; tiada pengecualian samada wanita, warga emas dan kanak-kanak! Lebih memeritkan bila jiran yang merupakan antara kuasa besar di Timur Tengah tidak mampu berbuat apa-apa, malahan lebih kepada menyokong rejim Zionis Laknatullah!

Betapa besarnya dugaan yang terpaksa saudara seagama aku lalui setiap hari di Gaza. Tiada hidangan istimewa ketika berbuka puasa, apatah lagi di Aidilfitri! 

Selagi umat Islam seluruh dunia tidak bersatu, mungkin Palestin akan terus ditindas dan rejim Zionis akan terus bermaharajalela!

Selain dari takbir dan puji-pujian kepada Yang Maha Esa, hanya doa tulus ikhlas dariku untukmu rakyat Palestin, penumpang dan anak kapal MH370 dan MH17 di pagi 1 Syawal ini. Al Fatihah...

Allah'uakbar!!!

Thursday, July 17, 2014

19 Ramadhan 1435H - MH17 AMS-KUL....

Assalamualaikum

Betul ke berita yang aku dengar dan dapat ni? Not again!!!

Harap-harap berita ni tak betul....

MH17 - Boeing 777-200ER
Registration 9M-MRD
283 penumpang dan 15 anak kapal.
Expected last known altitude +/-32,000 feet.

Ya Allah, berikanlah ketenangan buat hati-hati mereka yang kehilangan.
Media statement from Malaysia Airlines website
Sources from Flightradar24.com for MH17
Waypoint TAMAK where MH17 last contact with Ukrainian ATC
Last Ukrainian ATC radio contact; 1720hrs local time (2220hrs Malaysian time). MH17 disappeared from radar 3 minutes later. Al-Fatihah and rest-in-peace.

Edited: 2123hrs 24072014

Friday, July 11, 2014

13 Ramadhan 1435H

Assalamualaikum

Dah nak masuk 2 minggu umat Islam berpuasa. Tahun ni bulan Ramadhan terus dicemari, kalau kat Malaysia memang dah jadi perkara biasa. Cuma terlebih luar biasa kat Timur Tengah, khususnya kat Semenanjung Gaza.

Dah 3 hari berturut-turut Israel yang macam Firaun tuh dengan rakus dan sombongnya melanyak bandar-bandar dan jugak lokasi yang kononnya disyaki tempat perlindungan pejuang Hamas dengan ratusan peluru berpandu dan juga bom-bom. Setakat ni nampak macam semakin agresif.

Aku rasa seluruh masjid di Malaysia hari ni melakukan solat sunat hajat selepas solat Jumaat tengahari tadi untuk meminta dan berdoa kepada Allah agar umat Islam di Palestin dilindungi, diberi kekuatan dan kemenangan. Tak lupa juga agar seluruh umat Islam di sana bersatu agar mereka dapat menggelabahkan lagi zionis yang pengecut tu.

Memang sedih bila sekali imbas macam Palestin dibiar keseorangan menghadapi rejim Zionis yang dilindungi oleh sekutu kuatnya tu. Nampak je dikelilingi negara-negara Islam, tapi rasanya takde yang secara terang-terangan datang membantu, terutama sekali dalam bidang ketenteraan. Nampak ada negara jiran yang sokong tindakan Israel tu ada la...

Dalam coverage yang Buletin Utama TV3 buat tadi, diorang ada highlight satu blog dari seorang aktivis/blogger yang tinggal kat Gaza. Aku dah letak link blog tu kat side bar Kelly3572 ni. Rasa lebih sedap kalau baca cerita di Gaza tu dari sudut alternatif macam blog ni. Mungkin kita dapat gambaran yang lebih jelas tentang keadaan sebenar di sana.

Aku selalu dengar cerita parang terbang masa Malaysia dalam keadaan darurat dulu. Sekarang ni dah takde ke? Alangkah baiknya kalau fenomena parang terbang ni wujud sekarang untuk memenggal kepala-kepala Zionis jahanam dan juga sekutunya. 

Bersatulah dunia Islam! Bersatulah menjadi kuasa yang dulunya sangat digeruni di seluruh pelusuk dunia. Pasti ada cara untuk kita menghancurkan Zionis dan sekutunya tu. Mungkin bukan dengan cara peperangan yang boleh menyebabkan ramai nyawa yang tak berdosa melayang. Aku berdoa kepada Allah agar apa yang diceritakan dalam Surah al Fiil bakal berlaku kepada musuh-musuh Islam tu, Amin Ya Rabbal Alamin!

Allahuakbar!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...