Friday, May 16, 2014

Tokyo Kami Datang...

Assalamualaikum

Hari ni aku dan wifey balik kerja seawal mungkin tanpa banyak melengahkan masa. Wifey kutip aku kat office dan terus balik ke Nilai. Perasaan nak fly malam ni masih lagi bercampur-baur; happy sebab nak pergi ke tempat yang belum pernah sampai dan terkenal dengan kemodenan dan jugak kebersihan sehingga dikatakan tong sampah agak susah dijumpai di ibukota negara matahari terbit tu.

Risau dan agak cuak bila memikirkan pasal tragedi yang menimpa MH370 yang masih belum ada petunjuk dan kesudahan. Tambahan pulak jenis kapal yang sama yang bakal membawa kami ke Tokyo; Boeing 777-200ER. 

Sedih bila bakal berdepan dengan anak-anak kapal yang telah kehilangan sahabat handai dan rakan taulan mereka. Aku rasa macam tak sanggup nak tengok air muka diorang yang mungkin terpaksa mempamirkan senyuman kepada semua penumpang walaupun pada hakikatnya, Allah sahaja yang Maha Mengetahui perasaan sebenar mereka.

Apa-apapun, be positive!!! Apa yang telah berlaku adalah perancanganNya. 

Penerbangan MH88 ke Tokyo Narita dijangka berlepas pada pukul 2335hrs. 9M-MRA adalah nombor pendaftaran Boeing 777-200ER yang bakal kami naiki nanti; pesawat 772 yang pertama dalam fleet MAS. Mesti dah agak kureng furniture dan jugak peralatan kat dalam kapal ni.

Kitorang ke Tokyo ni dengan menggunakan pakej percutian MAS Golden Holidays yang berjumlah RM6,110.00 seorang. Tapi sebab company yang tanggung, takpe la. Memang mahal kalau nak dibandingkan dengan kos yang jauh lebih murah kalau fly dengan AirAsia X dengan itinerary yang hampir sama. Tapi, macam dah aku cakap tadi, company sponsored kan, takpe la. Aku sponsored wifey!!! 

Penerbangan bakal mengambil masa selama 6 hingga 6 jam 30 minit bergantung kepada keadaan cuaca dan trafik di sepanjang laluan penerbangan. Waktu di Tokyo adalah 1 jam lebih cepat dari Malaysia.

Kami sampai di KLIA lebih kurang jam 2130hrs dan terus ke tempat berkumpul. Memang dah ramai office-mate aku yang dah terpacak kat situ. Lepas check-in luggage, lepak-lepak dulu di Kopi Time sementara menunggu ke gate MH88.

MH88 berlepas dengan baik, Alhamdulillah. 

2 comments:

An said...

Haaa..bestnyer holiday free!!!

Ai is jelessss..huhu

Enjoy ur holiday & share itenary ok :)

Mijoe said...

ye An! Holiday pree mmg best... tak syak lagi kan??? :p

best sebab tak yah kua duit except for wifey dan duit belanja, tak yah pk pasal transport dan makan dan jugak hotel sebab included dalam pakej.

yang tak bestnya ialah terpaksa melayan kerenah yang bermacam2 tu la... :p

kalau pergi sdn bhd atau dgn kwn2 sekepala jauh lagi best dan adventurous kan? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...