Kelly 3572

Saturday, May 17, 2014

Tokyo - D1

Assalamualaikum
0033hrs, nah makan dulu sampai kenyang, pastu tido!!! Jangan kacau cabin crew...
MH 88 berlepas mengikut jadual, tak delay lama sangat. Sebaik pesawat dah stabil dan climbing ke cruising altitude, cabin crew pun mula sibuk untuk hidangkan supper! Hidangan ringan je la tengah malam buta ni. Tapi sandwich yang diorang hidangkan tu memang menyelerakan! Alhamdulillah, sedap. Tak lupa jugak, kacang masin trademark MAS...he he. 
0145hrs: since aku memang susah nak tidur, cik cabin crew bagi aku assignment!!!
Cabin crew malam ni pun bagus, peramah dan rajin layan passenger borak bila diorang dah habis service

Dah kenyang melahap supper ingatkan boleh la lelapkan mata, tapi aku ni memang jenis susah nak tidur dalam flight, lebih-lebih lagi kalau dapat duduk window-seat, mesti sibuk nak tengok view luar kapal, walaupun tengah malam buta!
0450hrs(MYT): MH88 approaching the land of the rising sun...
Sorang cabin crew ni noticed aku tak tidur dan kelihatan fresh, pastu dia tegur aku dan mintak tolong aku isi survey and feedback form terhadap in-flight service MAS. Aku dengan senang hatinya melayan request cabin crew tu. 
0655hrs (Tokyo): ni assignment wajib untuk alien entering Japan
Selepas breakfast dan dah dekat nak landing baru la visitors to Japan mula sibuk mengisi borang maklumat ketibaan dan penginapan kat Tokyo dan juga Customs Declaration.
0720hrs: Alhamdulillah selamat mendarat di Narita Airport
MH 88 mendarat dalam keadaan cuaca pagi yang sangat baik di Narita Airport lebih kurang jam 0715hrs (Tokyo). Suhu pagi ni ialah 17'C, tak la sejuk sangat! Terasa Narita ni lebih besar dari KLIA. Tu la my first impression about Narita Airport.

Semuanya berjalan lancar dari beratur kat kastam dan imigresen diorang sampai la amik luggage. Kitorang kena berkumpul kat arrival hall dan berjumpa dengan travel agent dan jugak tourist guide kat situ. 

Kalau biasanya bercuti menggunakan pakej RSB ni mesti akan berlaku macam-macam hal bila join trip ramai-ramai macam kali ni. Kemungkinan besar akan ada adegan tunggu kawan-kawan lambat, sesat dan macam-macam lagi la. 
1030hrs: approaching Tokyo metropolitan by chartered coach
Japanese travel agent kitorang bernama Noriko, disertai oleh sorang lelaki Melayu Malaysia bernama Razif sebagai penterjemah dan juga merangkap tourist guide. Dia dah lama tinggal kat Tokyo ni. Rumahnya pun berhampiran dengan kawasan taman tema Disney! So, kalau ada yang berminat nak bercuti ke Tokyo, boleh la hubungi Encik Razif ni nanti untuk menguruskan tempat tinggal dan jugak itinerary travel anda!

Kitorang dibawa ke bandar Tokyo dengan menaiki bas. Segar mata memandang sepanjang perjalanan ke bandar Tokyo yang memakan masa hampir 1 jam dari Narita. Siap lalu sebelah Tokyo Disney Resort lagi! Tapi tempat tu takde dalam itinerary trip ni.
wifey paling takut nak pijak atas glass floor ni...
Kitorang dibawa ke Tokyo Tower di Minato sebagai destinasi pertama. Menara setinggi 333 meter ni lebih tinggi daripada Eiffel Tower di Paris. Dan dikatakan ianya lebih ringan juga daripada Eiffel Tower dari segi jumlah bahan-bahan binaannya. Hampir 1/3 daripada menara yang siap dibina pada tahun 1958 ni dikatakan diperbuat daripada besi-besi terpakai selepas perang dunia ke 2. Teknologi guna-semula di Jepun dah wujud dah lama la maknanya kan...   
1100hrs: view dari Tokyo Tower! Gunung Fuji kelihatan comel je...
Menara ni ada 2 observation deck. Aku tak pasti berapa kos untuk naik ke 2-2 deck ni sebab semuanya dah termasuk dalam pakej trip ni. Rasanya macam tak sampai 1,000 yen (+/- MYR32). Main observation deck berada pada ketinggian 150 meter dan satu lagi deck  berada pada ketinggian 250 meter. 
sebahagian bandar Tokyo dari Tokyo Tower
Boleh la rasa pengalaman naik lif yang laju! Cuaca pagi ni yang baik membolehkan kitorang skodeng Gunung Fuji dari menara ni. Dalam gambar kat atas ni, puncak Gunung Fuji masih lagi diliputi salji. Rasanya banyak salji tengah mencair ni. Harap-harap sempat la kitorang sampai Gunung Fuji sebelum habis salji cair nanti. 
ni la rupa abang ketam yang menjadi santapan kitorang tu
Turun dari menara dan selepas menunggu semua rombongan habis posing dan selfie, kitorang dibawa ke sebuah restoren untuk lunch. Aku tak ingat apa nama restoren tu, tapi aku ingat ada ketam besar diorang letak dalam aquarium kat pintu masuk restoren tu.
set lunch kitorang
Menunya ialah sushi, sup-sup yang best yang kena dengan anak tekak aku dan wifey, dan jugak ketam, beberapa potong sahaja, bukan beberapa ekor! Makan kat restoren tu pun ikut tradisi dan budaya Jepun, duduk kat meja rendah dan guna chopstick! Terkial-kial jugak aku dan wifey nak guna chopstick mula-mula tu. Kenkadang guna gak tangan dan juga sudu garpu bila perlu. Takde la nak buat-buat pandai guna chopstick. Ada jugak kawan semeja kitorang yang tak boleh terima sangat makanan Jepun ni. Paling aku tak boleh lupa kat restoren ni ialah bila Wak Doyok kitorang cetuskan kontroversi bila dia minum air untuk basuh tangan yang diletakkan dalam mangkuk kecik kat atas meja kat depan dia. Jadi bahan kena sakat la untuk beberapa minggu ni...

Pelayan-pelayan wanita di restoren ini pun semua memakai pakaian tradisi Jepun semasa menghidangkan makanan. Penat la jugak aku kejap-kejap tunduk tanda hormat kat diorang, tapi it's fun sebab aku rasa mungkin orang Jepun menghargai kita sebagai pelancong menghormati budaya diorang.
1605hrs: meow ni pulak yang jadi tumpuan orang ramai di Sensoji Temple
Selepas lunch, kitorang dibawa ke Sensoji Temple yang terletak di Asakusa. Temple ni memang menjadi tarikan bukan sahaja untuk pelancong asing, tetapi masyarakat tempatan juga. Ia juga dikenali sebagai Asakusa Kannon Temple. Selain menjadi temple yang paling terkenal di Tokyo, Sensoji Temple ni jugak dikatakan telah dibina pada tahun 645 menjadikan ianya temple tertua di Tokyo. 

Kebetulan jugak masa kitorang berada di Tokyo ni, tengah ada sambutan Sanja Matsuri yang perarakannya melalui kawasan temple ni. Lagi la meriah jadinya kawasan ni. Sanja Matsuri ni disambut pada setiap kali hujung minggu ke 3 dalam bulan Mei. Aku tak study sangat pasal Sanja Matsuri ni, cuma kalau bakal pelancong tak suka suasana terlampau ramai manusia, elakkan dari datang ke Asakusa atau Sensoji Temple ni dalam bulan Mei.

Kat kawasan temple ni jugak terdapat tempat membeli cenderahati di Nakamise-dori Street. Menarik la jugak tu, boleh la nak survey harga selipar Jepun yang dijual dengan harga mencecah lebih seratus ringgit!!! Ha...ni baru betul selipar Jepun! Bukan macam selipar Jepun kat Malaysia tu yang selalu orang guna untuk ke toilet!

Antara perkara yang paling aku bimbangkan kalau trip involved ramai orang ni ialah, ada yang mementingkan diri sendiri dan ikut budaya hidup masa kat Malaysia; tak tepati masa dan buatkan semua terpaksa menunggu dan membuang masa semata-mata nak tunggu diorang. Padahal dah pesan berkali-kali, jam sekian-sekian kena ada kat tempat ni. Akhirnya, semua orang terpaksa membuang masa hampir 1 jam menunggu orang-orang yang sepatutnya diharamkan mengikut rombongan macam ni! Dah la lambat sampai ke tempat berkumpul, lepas tu boleh pulak diorang ni yang marah dan tak puas hati bila hanpir semua orang lain merungut. Nak cover la kot dah memalukan diri sendiri...

Sememangnya travel pakej RSB jauh lebih baik daripada travel with strangers macam ni...

Dari Asakusa ni, kitorang dibawa pula ke Arabic Islamic Institute in Tokyo di Motoazabu untuk menunaikan kewajipan. Dapat la berehat-rehat sekejap dalam dewan solat. Setakat ni, tahap kebersihan di Tokyo aku boleh kategorikan sebagai A+! Dari bandar sampai la ke rumah ibadat ni. Kalau di Malaysia, kita nak jumpa toilet bersih di masjid pun agak susah kan?

Selepas semua selesai solat dan berehat, kitorang akan dibawa ke restoren untuk makan malam.
1955hrs: jalan-jalan ke HRC untuk usha souvenir to collectors before dinner
Sebelum dinner rombongan terpaksa dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab saiz restoren tempat kitorang bakal pergi tu agak kecik untuk memuatkan ahli rombongan yang lebih dari 30 orang. Kumpulan pertama dinner dulu sementara kumpulan yang selebihnya merayau di kawasan berhampiran.

Aku dan wifey joined kumpulan ke 2. Kitorang ke Hard Rock Cafe souvenir shop di Roppongi, masuk dan usha-usha je. Takde la berhajat nak beli apa-apa pun. Wifey je beli t-shirt beberapa helai.

Lepas dapat greenlight first group dah selesai melahap, kitorang pulak dijemput untuk dinner di restoren tu yang dikenali dengan nama Sumiyakiya Nishiazabu. Dari kedai souvenir HRC tadi kitorang jalan kaki je selama 10 minit untuk ke restoren yang ada menyediakan sajian halal ni. 
2029hrs: dinner yang awesome, oishi!!! tapi rasa macam tak puas...
Restoren ni memang kecik, beberapa kangkang kera sahaja. Mungkin sebab harga hartanah di tengah kota Tokyo ni yang mahal menyebabkan pemilik restoren ni belum mampu lagi nak besarkan restoren ni kot.

Masuk je dalam restoren dan amik tempat masing-masing, terus dapat bayangkan apa hidangan untuk dinner malam ni. Konsepnya barbecue and grill. Ayam, daging, nasi putih, sup, sayur dan sebagainya. 
2046hrs: ni la rupa depan restoren Sumiyakiya Nishiazabu
Kos dinner sekepala aku tak pasti sebab included dalam pakej MAS Golden Holidays ni. Mungkin boleh usha kat website restoren ni kot. Ada harga untuk setiap menu. Tapi kalau orang tanya aku sedap ke tak, memang jawapannya "Oishi!!!!" la. Maksudnya sedap dalam bahasa Jepun!

Perut dah kenyang, kaki dah letih, mata dah ngantuk, badan pun dah dekat 24 jam tak mandi sebab belum check-in hotel sejak sampai. Last activity baru la menuju ke hotel penginapan di Ikebukuro. Hari ni memang kitorang dibawa ke sana sini menaiki bas dan juga berjalan kaki, belum ada aktiviti menaiki LRT/Tube tu semua lagi.
2203hrs: akhirnya selamat checked-in kat tingkat 37, Sunshine City Prince Hotel, Ikebukuro
Sampai di lobi hotel, berkumpul pulak untuk urusan group check-in. Mana yang bujang atau datang tanpa spouse semuanya dapat bilik twin kat low rise. Yang bawak spouse macam aku ni diberi bilik di tingkat 37! Diorang assume yang kawin ni datang honeymoon kot!

Tapi apapun, memang sangat best bilik yang kitorang dapat tu sebab boleh nampak pemandangan sebahagian bandar Tokyo yang cantik! Ada bathtub dan jugak toilet yang canggih! Toilet bowl pun ada button yang bermacam fungsi! And breakfast included! Click here for more info about this hotelI 

Awesome la Jepun ni! Good night Tokyo, see you again tomorrow!

1 comment:

frank said...


Do you need a quick long or short term loan with a relatively low
interest rate as low as 3%? We offer business loan, personal loan, home
loan, auto loan, student loan, debt consolidation loan e.t.c. no matter
your credit score. We are guaranteed in giving out financial services to
our numerous clients all over the world. With our flexible lending
packages, loans can be processed and transferred to the borrower within
the shortest time possible. We encourage you to contact us and learn
more about the loans service we offered. If you have any questions or
want more information about our company, please do not hesitate to
contact us: wordfanece@gmail.com


Whats App +919650892379

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...