Tuesday, May 27, 2014

Kata Survey...

Assalamualaikum

Ni tajuk keratan akhbar The Sun hari ni. Tapi bukan muka depan la. 
macam menarik je bunyinye...
Dari ulasan-ulasan yang dibaca di internet, berkunjung ke negara matahari terbit ni umpama mengembara ke masa hadapan; terutama sekali kalau nak dibuat perbandingan dengan keadaan di negara kita sendiri.

Isu kebersihan, pengurusan masa, kemajuan teknologi kejuruteraan dan macam-macam lagi. Rasanya macam memang Tokyo berhak dapat title best city for travelers tu kot. 

Nak pastikan statement The Sun ni kena la pergi tengok sendiri negara Ultraman dan Doraemon ni...

Thursday, May 22, 2014

Kunjungan Pertama...

Assalamualaikum

Lepas kerja tadi sempat meluangkan masa menghadiri jemputan majlis doa selamat anjuran AJK Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta. Ramai la jugak office-mate yang datang. Aku ajak wifey sekali.

Ni la kali pertama kitorang mengunjungi masjid ni. Memang cantik sebagaimana yang disebut-sebutkan oleh orang ramai. Besar dan sangat selesa. 

Tapi sayangnya...
kosong...kosong...koosong!
Tak sampai 2 saf pun. Itupun sebab staff dijemput hadir untuk majlis doa selamat. Agaknya kalau takde majlis tu, mungkin bilangan jemaah semakin sikit kot.

Pemandangan biasa di semua masjid di Malaysia ketika solat fardu...

Wallahu'alam.

Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday; Warung Kerang ATZ (BoB)

mesti ada orang familiar dengan tempat ni...ha ha ha

Char Kuey Teow dan mee goreng kerang untuk dinner hari ni...

Kalau taruk kerang lebih sket lagi best! 

Monday, May 19, 2014

Welcome Louis Van Gaal!

Louis Van Gaal
Assalamualaikum

Hari ni MUFC dah confirmed bahawa pengganti David Moyes ialah LVG! Gembira la sket hati ni dengan background LVG sebagai pengurus baru Manchester United yang boleh la buat ramai penyokong lega.

Mana taknye, LVG sebelum ni pernah menjadi pengurus kelab-kelab gergasi Eropah seperti Barcelona dan Bayern Munich, dan banyak jugak pasukan di bawah bimbingannya memenangi pial-piala berprestij di liga-liga domestik dan jugak Eropah.

Semoga dia berjaya membawa MUFC ke arah dan kedudukan yang lebih baik dalam liga berbanding dengan musim di bawah kendalian David Moyes. 

Untuk berita rasmi sila rujuk di sini.

Photo credited to manutd.com

Saturday, May 17, 2014

Tokyo - D1

Assalamualaikum
0033hrs, nah makan dulu sampai kenyang, pastu tido!!! Jangan kacau cabin crew...
MH 88 berlepas mengikut jadual, tak delay lama sangat. Sebaik pesawat dah stabil dan climbing ke cruising altitude, cabin crew pun mula sibuk untuk hidangkan supper! Hidangan ringan je la tengah malam buta ni. Tapi sandwich yang diorang hidangkan tu memang menyelerakan! Alhamdulillah, sedap. Tak lupa jugak, kacang masin trademark MAS...he he. 
0145hrs: since aku memang susah nak tidur, cik cabin crew bagi aku assignment!!!
Cabin crew malam ni pun bagus, peramah dan rajin layan passenger borak bila diorang dah habis service

Dah kenyang melahap supper ingatkan boleh la lelapkan mata, tapi aku ni memang jenis susah nak tidur dalam flight, lebih-lebih lagi kalau dapat duduk window-seat, mesti sibuk nak tengok view luar kapal, walaupun tengah malam buta!
0450hrs(MYT): MH88 approaching the land of the rising sun...
Sorang cabin crew ni noticed aku tak tidur dan kelihatan fresh, pastu dia tegur aku dan mintak tolong aku isi survey and feedback form terhadap in-flight service MAS. Aku dengan senang hatinya melayan request cabin crew tu. 
0655hrs (Tokyo): ni assignment wajib untuk alien entering Japan
Selepas breakfast dan dah dekat nak landing baru la visitors to Japan mula sibuk mengisi borang maklumat ketibaan dan penginapan kat Tokyo dan juga Customs Declaration.
0720hrs: Alhamdulillah selamat mendarat di Narita Airport
MH 88 mendarat dalam keadaan cuaca pagi yang sangat baik di Narita Airport lebih kurang jam 0715hrs (Tokyo). Suhu pagi ni ialah 17'C, tak la sejuk sangat! Terasa Narita ni lebih besar dari KLIA. Tu la my first impression about Narita Airport.

Semuanya berjalan lancar dari beratur kat kastam dan imigresen diorang sampai la amik luggage. Kitorang kena berkumpul kat arrival hall dan berjumpa dengan travel agent dan jugak tourist guide kat situ. 

Kalau biasanya bercuti menggunakan pakej RSB ni mesti akan berlaku macam-macam hal bila join trip ramai-ramai macam kali ni. Kemungkinan besar akan ada adegan tunggu kawan-kawan lambat, sesat dan macam-macam lagi la. 
1030hrs: approaching Tokyo metropolitan by chartered coach
Japanese travel agent kitorang bernama Noriko, disertai oleh sorang lelaki Melayu Malaysia bernama Razif sebagai penterjemah dan juga merangkap tourist guide. Dia dah lama tinggal kat Tokyo ni. Rumahnya pun berhampiran dengan kawasan taman tema Disney! So, kalau ada yang berminat nak bercuti ke Tokyo, boleh la hubungi Encik Razif ni nanti untuk menguruskan tempat tinggal dan jugak itinerary travel anda!

Kitorang dibawa ke bandar Tokyo dengan menaiki bas. Segar mata memandang sepanjang perjalanan ke bandar Tokyo yang memakan masa hampir 1 jam dari Narita. Siap lalu sebelah Tokyo Disney Resort lagi! Tapi tempat tu takde dalam itinerary trip ni.
wifey paling takut nak pijak atas glass floor ni...
Kitorang dibawa ke Tokyo Tower di Minato sebagai destinasi pertama. Menara setinggi 333 meter ni lebih tinggi daripada Eiffel Tower di Paris. Dan dikatakan ianya lebih ringan juga daripada Eiffel Tower dari segi jumlah bahan-bahan binaannya. Hampir 1/3 daripada menara yang siap dibina pada tahun 1958 ni dikatakan diperbuat daripada besi-besi terpakai selepas perang dunia ke 2. Teknologi guna-semula di Jepun dah wujud dah lama la maknanya kan...   
1100hrs: view dari Tokyo Tower! Gunung Fuji kelihatan comel je...
Menara ni ada 2 observation deck. Aku tak pasti berapa kos untuk naik ke 2-2 deck ni sebab semuanya dah termasuk dalam pakej trip ni. Rasanya macam tak sampai 1,000 yen (+/- MYR32). Main observation deck berada pada ketinggian 150 meter dan satu lagi deck  berada pada ketinggian 250 meter. 
sebahagian bandar Tokyo dari Tokyo Tower
Boleh la rasa pengalaman naik lif yang laju! Cuaca pagi ni yang baik membolehkan kitorang skodeng Gunung Fuji dari menara ni. Dalam gambar kat atas ni, puncak Gunung Fuji masih lagi diliputi salji. Rasanya banyak salji tengah mencair ni. Harap-harap sempat la kitorang sampai Gunung Fuji sebelum habis salji cair nanti. 
ni la rupa abang ketam yang menjadi santapan kitorang tu
Turun dari menara dan selepas menunggu semua rombongan habis posing dan selfie, kitorang dibawa ke sebuah restoren untuk lunch. Aku tak ingat apa nama restoren tu, tapi aku ingat ada ketam besar diorang letak dalam aquarium kat pintu masuk restoren tu.
set lunch kitorang
Menunya ialah sushi, sup-sup yang best yang kena dengan anak tekak aku dan wifey, dan jugak ketam, beberapa potong sahaja, bukan beberapa ekor! Makan kat restoren tu pun ikut tradisi dan budaya Jepun, duduk kat meja rendah dan guna chopstick! Terkial-kial jugak aku dan wifey nak guna chopstick mula-mula tu. Kenkadang guna gak tangan dan juga sudu garpu bila perlu. Takde la nak buat-buat pandai guna chopstick. Ada jugak kawan semeja kitorang yang tak boleh terima sangat makanan Jepun ni. Paling aku tak boleh lupa kat restoren ni ialah bila Wak Doyok kitorang cetuskan kontroversi bila dia minum air untuk basuh tangan yang diletakkan dalam mangkuk kecik kat atas meja kat depan dia. Jadi bahan kena sakat la untuk beberapa minggu ni...

Pelayan-pelayan wanita di restoren ini pun semua memakai pakaian tradisi Jepun semasa menghidangkan makanan. Penat la jugak aku kejap-kejap tunduk tanda hormat kat diorang, tapi it's fun sebab aku rasa mungkin orang Jepun menghargai kita sebagai pelancong menghormati budaya diorang.
1605hrs: meow ni pulak yang jadi tumpuan orang ramai di Sensoji Temple
Selepas lunch, kitorang dibawa ke Sensoji Temple yang terletak di Asakusa. Temple ni memang menjadi tarikan bukan sahaja untuk pelancong asing, tetapi masyarakat tempatan juga. Ia juga dikenali sebagai Asakusa Kannon Temple. Selain menjadi temple yang paling terkenal di Tokyo, Sensoji Temple ni jugak dikatakan telah dibina pada tahun 645 menjadikan ianya temple tertua di Tokyo. 

Kebetulan jugak masa kitorang berada di Tokyo ni, tengah ada sambutan Sanja Matsuri yang perarakannya melalui kawasan temple ni. Lagi la meriah jadinya kawasan ni. Sanja Matsuri ni disambut pada setiap kali hujung minggu ke 3 dalam bulan Mei. Aku tak study sangat pasal Sanja Matsuri ni, cuma kalau bakal pelancong tak suka suasana terlampau ramai manusia, elakkan dari datang ke Asakusa atau Sensoji Temple ni dalam bulan Mei.

Kat kawasan temple ni jugak terdapat tempat membeli cenderahati di Nakamise-dori Street. Menarik la jugak tu, boleh la nak survey harga selipar Jepun yang dijual dengan harga mencecah lebih seratus ringgit!!! Ha...ni baru betul selipar Jepun! Bukan macam selipar Jepun kat Malaysia tu yang selalu orang guna untuk ke toilet!

Antara perkara yang paling aku bimbangkan kalau trip involved ramai orang ni ialah, ada yang mementingkan diri sendiri dan ikut budaya hidup masa kat Malaysia; tak tepati masa dan buatkan semua terpaksa menunggu dan membuang masa semata-mata nak tunggu diorang. Padahal dah pesan berkali-kali, jam sekian-sekian kena ada kat tempat ni. Akhirnya, semua orang terpaksa membuang masa hampir 1 jam menunggu orang-orang yang sepatutnya diharamkan mengikut rombongan macam ni! Dah la lambat sampai ke tempat berkumpul, lepas tu boleh pulak diorang ni yang marah dan tak puas hati bila hanpir semua orang lain merungut. Nak cover la kot dah memalukan diri sendiri...

Sememangnya travel pakej RSB jauh lebih baik daripada travel with strangers macam ni...

Dari Asakusa ni, kitorang dibawa pula ke Arabic Islamic Institute in Tokyo di Motoazabu untuk menunaikan kewajipan. Dapat la berehat-rehat sekejap dalam dewan solat. Setakat ni, tahap kebersihan di Tokyo aku boleh kategorikan sebagai A+! Dari bandar sampai la ke rumah ibadat ni. Kalau di Malaysia, kita nak jumpa toilet bersih di masjid pun agak susah kan?

Selepas semua selesai solat dan berehat, kitorang akan dibawa ke restoren untuk makan malam.
1955hrs: jalan-jalan ke HRC untuk usha souvenir to collectors before dinner
Sebelum dinner rombongan terpaksa dibahagikan kepada 2 kumpulan sebab saiz restoren tempat kitorang bakal pergi tu agak kecik untuk memuatkan ahli rombongan yang lebih dari 30 orang. Kumpulan pertama dinner dulu sementara kumpulan yang selebihnya merayau di kawasan berhampiran.

Aku dan wifey joined kumpulan ke 2. Kitorang ke Hard Rock Cafe souvenir shop di Roppongi, masuk dan usha-usha je. Takde la berhajat nak beli apa-apa pun. Wifey je beli t-shirt beberapa helai.

Lepas dapat greenlight first group dah selesai melahap, kitorang pulak dijemput untuk dinner di restoren tu yang dikenali dengan nama Sumiyakiya Nishiazabu. Dari kedai souvenir HRC tadi kitorang jalan kaki je selama 10 minit untuk ke restoren yang ada menyediakan sajian halal ni. 
2029hrs: dinner yang awesome, oishi!!! tapi rasa macam tak puas...
Restoren ni memang kecik, beberapa kangkang kera sahaja. Mungkin sebab harga hartanah di tengah kota Tokyo ni yang mahal menyebabkan pemilik restoren ni belum mampu lagi nak besarkan restoren ni kot.

Masuk je dalam restoren dan amik tempat masing-masing, terus dapat bayangkan apa hidangan untuk dinner malam ni. Konsepnya barbecue and grill. Ayam, daging, nasi putih, sup, sayur dan sebagainya. 
2046hrs: ni la rupa depan restoren Sumiyakiya Nishiazabu
Kos dinner sekepala aku tak pasti sebab included dalam pakej MAS Golden Holidays ni. Mungkin boleh usha kat website restoren ni kot. Ada harga untuk setiap menu. Tapi kalau orang tanya aku sedap ke tak, memang jawapannya "Oishi!!!!" la. Maksudnya sedap dalam bahasa Jepun!

Perut dah kenyang, kaki dah letih, mata dah ngantuk, badan pun dah dekat 24 jam tak mandi sebab belum check-in hotel sejak sampai. Last activity baru la menuju ke hotel penginapan di Ikebukuro. Hari ni memang kitorang dibawa ke sana sini menaiki bas dan juga berjalan kaki, belum ada aktiviti menaiki LRT/Tube tu semua lagi.
2203hrs: akhirnya selamat checked-in kat tingkat 37, Sunshine City Prince Hotel, Ikebukuro
Sampai di lobi hotel, berkumpul pulak untuk urusan group check-in. Mana yang bujang atau datang tanpa spouse semuanya dapat bilik twin kat low rise. Yang bawak spouse macam aku ni diberi bilik di tingkat 37! Diorang assume yang kawin ni datang honeymoon kot!

Tapi apapun, memang sangat best bilik yang kitorang dapat tu sebab boleh nampak pemandangan sebahagian bandar Tokyo yang cantik! Ada bathtub dan jugak toilet yang canggih! Toilet bowl pun ada button yang bermacam fungsi! And breakfast included! Click here for more info about this hotelI 

Awesome la Jepun ni! Good night Tokyo, see you again tomorrow!

Friday, May 16, 2014

Tokyo Kami Datang...

Assalamualaikum

Hari ni aku dan wifey balik kerja seawal mungkin tanpa banyak melengahkan masa. Wifey kutip aku kat office dan terus balik ke Nilai. Perasaan nak fly malam ni masih lagi bercampur-baur; happy sebab nak pergi ke tempat yang belum pernah sampai dan terkenal dengan kemodenan dan jugak kebersihan sehingga dikatakan tong sampah agak susah dijumpai di ibukota negara matahari terbit tu.

Risau dan agak cuak bila memikirkan pasal tragedi yang menimpa MH370 yang masih belum ada petunjuk dan kesudahan. Tambahan pulak jenis kapal yang sama yang bakal membawa kami ke Tokyo; Boeing 777-200ER. 

Sedih bila bakal berdepan dengan anak-anak kapal yang telah kehilangan sahabat handai dan rakan taulan mereka. Aku rasa macam tak sanggup nak tengok air muka diorang yang mungkin terpaksa mempamirkan senyuman kepada semua penumpang walaupun pada hakikatnya, Allah sahaja yang Maha Mengetahui perasaan sebenar mereka.

Apa-apapun, be positive!!! Apa yang telah berlaku adalah perancanganNya. 

Penerbangan MH88 ke Tokyo Narita dijangka berlepas pada pukul 2335hrs. 9M-MRA adalah nombor pendaftaran Boeing 777-200ER yang bakal kami naiki nanti; pesawat 772 yang pertama dalam fleet MAS. Mesti dah agak kureng furniture dan jugak peralatan kat dalam kapal ni.

Kitorang ke Tokyo ni dengan menggunakan pakej percutian MAS Golden Holidays yang berjumlah RM6,110.00 seorang. Tapi sebab company yang tanggung, takpe la. Memang mahal kalau nak dibandingkan dengan kos yang jauh lebih murah kalau fly dengan AirAsia X dengan itinerary yang hampir sama. Tapi, macam dah aku cakap tadi, company sponsored kan, takpe la. Aku sponsored wifey!!! 

Penerbangan bakal mengambil masa selama 6 hingga 6 jam 30 minit bergantung kepada keadaan cuaca dan trafik di sepanjang laluan penerbangan. Waktu di Tokyo adalah 1 jam lebih cepat dari Malaysia.

Kami sampai di KLIA lebih kurang jam 2130hrs dan terus ke tempat berkumpul. Memang dah ramai office-mate aku yang dah terpacak kat situ. Lepas check-in luggage, lepak-lepak dulu di Kopi Time sementara menunggu ke gate MH88.

MH88 berlepas dengan baik, Alhamdulillah. 

Wednesday, May 14, 2014

If Cats Took Selfies!

kucing pun nak selfie jugak! mengong tul!
photo credits to the original owner of this photo

Monday, May 12, 2014

Thank You Moyes...

Assalamualaikum
 
Ni la hasil kerja tangan Moyes untuk MU hampir satu season ni. Memang kalau diikutkan patut diberi peluang lagi. Tapi mungkin sebab shareholder and supporter semua dah takleh tahan dan takleh terima kedudukan MU dalam liga, maka tindakan drastik terpaksa dibuat.
 
Apa-apapun, tahniah kepada sedara sebandar, 'pekan manusia' sebab berjaya menjuarai EPL buat kali ke 2. Konsisten senjata utama diorang. Kesian jugak kat LFC, ingatkan diorang dah boleh menang. Silapnya mungkin premature celebration masa LFC beat MU kat Old Trafford hari tu. Gerrard dah nangis-nangis macam dah menang EPL! Tu la, lenkali, sabar dulu. Jangan gelojoh.
 
Ni la kedudukan MU paling teruk dalam liga di akhir musim.
No Champions League for MU next season...muaha haha!!!
Kesian jugak aku sebenarnya kat David Moyes tu. Tapi nak buat macamana kan. Aku pun tak senang duduk tengok position MU dalam liga. Tu belum part kena perli dengan penyokong team lain dalam EPL dan liga Eropah lain. Seronok betul diorang dapat membelasah penyokong-penyokong tegar MU macam aku.
 
Bila Ryan Giggs take over kejap, baru la nampak semangat pemain-pemain MU macam pulih sket. Walaupun cuma 4 game dia in charge, tapi aku suka tengok bila class of 92 jadi coaching team. Ada aura Sir Alex Ferguson sket. Kalau musim depan Giggs jadi coach dan Scholes, Butt, Neville jadi assistant dia pun dah nampak macam best dah. Tapi khabar angin kedengaran ada nama besar akan masuk ke MU sebagai pengurus baru dan Giggs akan tetap menjadi coaching staff. Mourinho? Guardiola? Gus Hiddink? Gusdur?
 
Tunggu...
 
*EPL table ni adalah screenshot dari laman sesawang MU.


Wednesday, May 7, 2014

Hitam : 14 Ogos 2010 - 7 May 2014

Assalamualaikum

Segalanya bermula di sini.
Dalam kenangan...
Malam tadi, wifey bitau berita sedih yang disampaikan oleh SiL, Hitam dah kembali ke pangkuanNya. Masa aku dengar tu, memang agak terkejut tapi dalam keadaan terkawal.

Dari sumber yang diperolehi oleh SiL dari jiran-jiran terdekat, Hitam dilihat bergaduh teruk dengan Osama; nama samaran yang diberikan oleh orang-orang kat Suria Residence kepada seekor meow dari flat bersebelahan. Osama ni meow jantan bewarna kuning putih berekor pendek bersimpul. Memang nampak pun macam gangster.

Hampir tiap-tiap hari datang cari makan free kat rumah-rumah di Suria Residence yang ada cat food bowl kat halaman rumah. Memang dah selalu sangat la bergaduh dengan Hitam dan kucing-kucing lain.

Berbalik pada kisah Hitam. Menurut SiL, semalam Hitam menghilangkan diri seharian. Pagi tadi pun tak kelihatan menurut kata jiran yang juga merupakan penjaga kepada kawan-kawan sepermainan Hitam. Tengahari pun tak muncul. Akhirnya petang baru Hitam muncul. Dan masa tu dikatakan dalam keadaan susah nak bernafas dengan normal. Tak pasti sebab apa. Kena langgar ke, kena infection yang teruk ke akibat bergaduh dengan Osama, Wallahu'alam! Akhirnya, sebentar tadi jiran depan rumah datang hantar jasad Hitam di dalam plastik, kaku.

Asalnya 4 bersaudara sebelum dipisahkan dari ibunya, Catty-jah dan 2 ekor saudaranya yang terus menjadi warga Shah Alam. Bersama Putih yang terlebih dahulu pergi meninggalkan Hitam lebih kurang setahun yang lepas akibat penyakit yang membuatkan Putih terpaksa ditidurkan. :( Fuh...

Mencabar betul buat entry macam ni. Mencabar emosi!

Sejak Hitam keseekoran, dia menjadi semakin manja dengan sesiapa saja yang getting friendly dengan dia. Tak hairanlah setiap kali kereta kitorang sampai je depan gate rumah, hampir 95% daripadanya akan disambut oleh Hitam. Kalau dia berada di rumah jiran-jiran bersebelahan, dia akan meluru ke pagar rumah untuk menyambut kepulangan tuan rumah. And that's obviously the first thing I'm gonna missed about him!

Kedua-dua belah tangan aku ni lah jugak yang menjadi tempat dia melepaskan geram untuk gigit dan cakar, kadang-kadang sampai berdarah jugak, tapi Hitam tahu batasnya. Dia jugak jadi teman aku bila aku buat plane-spotting activity.

Semua tuh dah takde lagi. Allah lebih menyayanginya. Hampir 4 tahun Hitam dipinjamkan kepada keluarga kitorang. Memang dijaga dengan baik. BiL selalu membawanya ke klinik sekiranya ada masalah kesihatan. Aku pulak memberi dia perhatian dan kasih sayang bila aku berpeluang balik ke Pajam.

BiL semadikan Hitam berhampiran dengan pusara adiknya, Putih di tepi padang berhampiran highway LEKAS.

Semoga kedua-dua mereka telah tenang dan gembira di syurga. :(

Tuesday, May 6, 2014

Saya Perlukan Tuan Dan Tempat Tinggal!!!

Assalamualaikum

Dah lama aku nak iklankan pasal 2 ekor kucing ni. Kali ni baru tercapai hajat.
100420142011 bagi diekor dinner on the way balik kerja
Dekat belakang bangunan tempat aku kerja ni memang ada beberapa ekor kucing gelandangan. Ni salah 2 dari beberapa ekor kekucing tu. Memang boleh dikatakan tiap-tiap hari bekerja aku akan terserempak 2 ekor ni. 
120420121441 ; lunch mamat ni untuk hari ni...
Diekor ni selalu tidur kat premis kedai-kedai kat Chulan Square. Sekarang ni semua kedai-kedai kat situ dah dikosongkan sebab tempat tu bakal dirobohkan untuk pembangunan premis lain. Maknanya, tak lama lagi tempat kekucing ni lepak bakal tiada dan mana diekor semua nak pergi lepas ni.
140420142002; kasi dinner on the way balik kerja; kali ni dia tunggu kat basement parking la pulak...
Sekarang ni aku mampu lagi la nak kasi diekor makan. Kadang-kadang aku terjumpa 3 hingga 5 ekor kucing kat area tu. 2 ekor yang dalam gambar ni memang jinak dan bersopan-santun kucingnya. Sesuai untuk diadopt atau dibuat menantu. 
060520141314: terserempak masa aku nak lunch, terpaksa patah balik untuk amik Prodiet untuk dia...
Selagi aku mampu bagi diekor makan, aku akan bagi makan, kecuali weekend ataupun bila aku cuti. Nak bawak balik rumah memang aku tak mampu dah sebab kat rumah pun ada kucing dan jugak kawan-kawan diekor yang selalu datang 'ziarah'...he he.
060520141420: tidur kekenyangan bawah tangga...
Jadi, semua pencinta kucing di kawasan berhampiran, marilah amik budak-budak ni sebelum diekor jadi mangsa orang yang makan kucing dan jugak mangsa kemalangan maut di jalan raya yang sangat sibuk kat tepi Pavillion tu. Tolonglah ye kawan-kawan. Kalau nak tahu lebih lanjut lokasinya, saya sedia membantu...

Sekian terima kasih,


Berkhidmat Untuk Kucing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...