Tuesday, April 1, 2014

Transkrip...

Assalamualaikum

Baru je dapat transkrip ni kat internet tadi. Memang kena buat compilation ni untuk tujuan rujukan dan juga sejarah. 
credits to sumber-sumber di internet...
Bagi civilian macam aku yang selalu layan ATC-flight crew conversation (Lumpur Approach & Radar; Area) ni, memang transkrip ni nampak sangat normal. Waypoint yang disebut pun semua aku pernah dengar. Harap-harap transkrip ni memang genuine tanpa ada sebarang suntingan la. Tak tahu la kalau ada lagi terminology yang sepatutnya ada tapi takde dalam transkrip yang didedahkan ni. 

Transkrip ATC Delivery, Lumpur Ground dan Lumpur Tower tu je yang jarang aku dapat dengar. So, dapat la info baru sket-sket dari pendedahan transkrip ni. 

Jangan putus asa, teruskan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa mengatasi segala-galanya. Ketemukanlah 9M-MRO bersama penumpang dan anak kapalnya dalam keadaan selamat atapun sebaik mungkin, Amin!

Nota Kontot:


  • Lumpur Ground; Charlie One - aircraft located at departure gate C1
  • Lumpur Ground; POB - Passenggers On Board
  • Lumpur Approach; SID - Standard Instruments Departure
  • 5 komunikasi yang berbeza antara flight crew dengan ATC; Delivery, Ground, Tower, Approach and Radar. Perbetulkan sekiranya aku tersilap; Delivery; komunikasi masa kapal berada di parking bay. Ground; ketika kapal bergerak dari parking bay menuju ke departure runway. Tower; ketika kapal telah bersedia untuk berlepas dan berada di runway yang telah ditetapkan. Approach; ketika peringkat permulaan kapal berlepas sehingga ke ketinggian yang tertentu... ha ha, yang ni aku tak tahu. Dan Radar apabila kapal dah mula stabil dan meneruskan climb sehingga ketinggian yang dibenarkan ATC untuk cruising ke destinasi. Selepas peringkat ini jugak komunikasi antara flight crew akan dipindahkan ke ATC yang lain/negara lain.
Memang nak kena menuntut ilmu dengan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan ni. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...