Sunday, March 16, 2014

D8; Setia Menantimu

Assalamualaikum
Penantian satu penyeksaan. Kucing aku ni mungkin tak ambik kisah apa yang berlaku pada MH370. Tapi cara dia tengah melepak tu macam boleh menggambarkan aku dan semua orang lain menunggu berita dan jugak menanti kepulangan mereka.
Tunggu pulak betul-betul kat depan pintu. Sama seperti anak-anak kecil menunggu ibubapa mereka pulang dari tempat kerja. Sama la jugak seperti mana kaum keluarga, sahabat handai dan juga rakan sekerja MH370 menunggu khabar gembira dari pasukan mencari dan menyelamat.
Nampak raut muka kucing aku ni pun agak sedih dan murung. Mungkin sebenarnya dia pun tahu apa yang telah berlaku? Hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galanya.

Sama-samalah kita terus berdoa yang terbaik untuk mereka yang terlibat. Amin!

2 comments:

An said...

Mijoe papa cat ke?? Hahaha..

brp ramai kucing u?

Mijoe said...

An,

takde la Papa sangat. Biasa2 je.
Dulu banyak la jugak. Skrg ni tinggal 4 ekor je. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...