Kelly 3572

Saturday, March 22, 2014

D14 - MH370 (9M-MRO)

Assalamualaikum

Dah 2 minggu. Takde apa-apa berita lagi selain dari suspected possible debris kat selatan Lautan Hindi tu. Terharu dengan kerjasama antarabangsa yang ditunjukkan oleh semua negara terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat ni, harap-harap perkataan menyelamat tu masih boleh digunakan, Amin.

Kat tempat kerja pun sebenarnya aku rimas dan boring gila bila dengar ulasan-ulasan kat suratkhabar yang disampaikan semula secara audio oleh 'pakar-pakar' yang bertauliah dalam semua bidang. Semua maklumat dalam suratkhabar dan internet ditelan dan dimuntahkan semula; macam makanan yang tak dapat dihadamkan oleh asid-asid dalam perut adanya. Itu belum lagi diambil kira spekulasi-spekulasi dengan teori yang canggih-manggih lagi tu...

Hari ni ada sedikit kelainan dalam jadual A380 MAS. Aku terperasan kejap tadi masa tengah browsing the net. Sempat la amik screenshot sebagai pemanis entry ni.
MAS4 is 9M-MNF, yang takde callsign tu MAS2D; 9M-MNB, both heading to Heathrow
Dari screenshot ni, 2-2 MAS A380 ni tengah menuju ke Heathrow. Pelik la jugak sebab biasanya pagi ada satu je flight ke LHR. Malam baru ada dua A380 digunakan untuk ke LHR dan CDG. Kalau nak aku speculate boleh jugak ha ha! Mungkin ada sebijik A380 dah sangkut kat LHR kot? Ha ha, jom buat spekulasi...

MAS ada 6 bijik A380...
  1. 9M-MNA (besar kemungkinan dalam hangar)
  2. 9M-MNB ; MAS2D en-route KUL-LHR
  3. 9M-MNC ; unknown* 
  4. 9M-MND ; unknown*
  5. 9M-MNE ; MAS1 en-route LHR-KUL
  6. 9M-MNF : MAS4 en-route KUL-LHR
*Mungkin tengah standby untuk flight malam ni ke LHR (MAS/MH2) dan CDG (MAS/MH20)

Tak kisah la semua tu pasal A380, yang lebih penting sekarang, kat mana MH370/9M-MRO?

Sunday, March 16, 2014

D8; Setia Menantimu

Assalamualaikum
Penantian satu penyeksaan. Kucing aku ni mungkin tak ambik kisah apa yang berlaku pada MH370. Tapi cara dia tengah melepak tu macam boleh menggambarkan aku dan semua orang lain menunggu berita dan jugak menanti kepulangan mereka.
Tunggu pulak betul-betul kat depan pintu. Sama seperti anak-anak kecil menunggu ibubapa mereka pulang dari tempat kerja. Sama la jugak seperti mana kaum keluarga, sahabat handai dan juga rakan sekerja MH370 menunggu khabar gembira dari pasukan mencari dan menyelamat.
Nampak raut muka kucing aku ni pun agak sedih dan murung. Mungkin sebenarnya dia pun tahu apa yang telah berlaku? Hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galanya.

Sama-samalah kita terus berdoa yang terbaik untuk mereka yang terlibat. Amin!

Tuesday, March 11, 2014

D3; Masih Sepi Tanpa Khabar...

Is that you Mike Romeo Oscar?
Assalamualaikum

Dah masuk hari ke 3. Still no news whatsoever dari kapal MH370 (9M-MRO). 

Ya Allah, permudahkanlah bagi kami di dalam usaha mencari dan menjejaki mereka, Amin!

Monday, March 10, 2014

Malaysia Airlines ; The Bursa Malaysia Reaction...

Assalamualaikum

Dah lebih 48 jam 9M-MRO a.k.a MH370 hilang, tanpa berita, tanpa kesan. Dari malam tadi lagi aku dapat jangkakan saham MAS yang disenaraikan kat Bursa Malaysia akan menunjukkan reaksi negatif terhadap perkembangan semasa. 

Dah la laporan kewangan MAS tak berapa bagus sejak beberapa tahun kebelakangan ni, tambah pulak lagi isu 9M-MRO ni. Harga saham yang murah akan jadi lebih murah. Aku sempat amik screen shot live quotes saham MAS masa awal pagi tadi, itupun aku dah agak terlambat, patutnya aku dah standby sebelum market open pukul 0900hrs. 
Memang orang kata celik mata je harga memang terus down. Mesti ramai bargain hunter akan amik kesempatan harga saham MAS yang dijangka aktif diurusniaga hari ni. Ramai yang bakal dapat untung atas angin dengan cepat dan ramai jugak yang bakal kerugian.

Nak cerita banyak pun, aku bukannya pakar dalam hal ni. Pukul 1700hrs petang tadi selepas pasaran saham ditutup, ni la gambarannya...
Tak pasti saham MAS ni Syariah Compliance ke tak. Ada terfikir macam nak beli, tapi macam was-was pulak.

Apapun, buat masa sekarang, aku sangat-sangat berharap dan tak putus berdoa semoga 9M-MRO serta penumpang dan anak kapalnya berada dalam keadaan selamat. Amin.

Sunday, March 9, 2014

Selepas 24 Jam...

Assalamualaikum

24 jam dah berlalu. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya. Memang takde saudara-mara atau kawan-kawan onboard MH370 (9M-MRO) tu, tetapi bila ianya melibatkan tragedi yang menimpa tanah air sendiri dan dalam skala yang besar macam ni, hati mana yang tak terusik, sebak dan terganggu sepanjang hari.

Sejak aku tahu pasal tragedi ni pagi Sabtu, memang aku dan wifey mengadap TV sepanjang masa; walaupun berita yang sama diulang beribu kali. Sebab dalam hati masih mengharap kapal 9M-MRO tuh dijumpai dengan semua penumpang dan anak kapalnya selamat.
MH370 yang bertolak malam ni sebagai rujukan untuk compare route KUL-PEK 
Aku rasa macam nak amik unpaid leave untuk pergi tolong mencari MH370 tuh. Biarlah rumours dan spekulasi tu berleluasa, yang penting, aku dan semua orang nak mereka yang dalam kapal tu diselamatkan seberapa segera walaupun kita sedar kita sedang bertarung dengan masa.

Petunjuk paling positif yang aku rasa setakat ni boleh membantu mempercepatkan SAR effort ialah penemuan kesan tumpahan minyak sepanjang beberapa kilometer di perairan Vietnam tuh yang dikatakan lebih mirip kepada tompokan minyak dari 2 enjin kapal terbang. 

Semoga seluruh masyarakat antarabangsa bekerjasama dengan ikhlas untuk melancarkan SAR mission ni. Aku harap jugak kawasan perairan Thailand-Vietnam tu tak sedalam lautan atau jurang-jurang yang boleh menyukarkan operasi SAR tu nanti. Emergency Locator Transmitter hanya mampu memberikan isyarat radio dalam masa 30 hari selepas impact, lebih dari tempoh tu akan menyukarkan lagi operasi SAR. Hanya cockpit voice recorder a.k.a black box je la yang bakal menceritakan segala-galanya.

Tengok bola pun aku rasa tak enjoy tadi walaupun MU menang away game. Honestly aku sangat concerned with MH370 (9M-MRO) incident. 

Ya Allah, permudahkanlah operasi mencari dan menyelamat ini dan kau tabahkanlah hati mereka yang ditimpa dugaanMu ini Ya Allah. Aku yakin dengan segala hikmahMu disebalik segala yang berlaku ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, March 8, 2014

Semoga Allah Selamatkan MH370...Amin.

Assalamualaikum

Terbaca Harian Metro online tadi dan baru tahu pasal berita ni. Sangat-sangat mengejutkan dan buatkan bulu roma aku meremang. Rasa tak dapat nak terima kenyataan kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada MH370 tu.

Penerbangan MH370 KUL-PEK menggunakan pesawat Boeing 777-200, 12 anak kapal dan lebih 200 penumpang.

Marilah sama-sama kita doakan mereka semua selamat mendarat. Amin.

ada sumber mengatakan MH370 telah selamat mendarat di NNG/ZGNN, Nanning...
Most probably the crew onboard MH370

Sunday, March 2, 2014

Hardware Upgrade...

Assalamualaikum

Kali ni upgrade hardware secara biasa-biasa je. Nothing major like the previous upgrade! Alhamdulillah kerana masih diberi peluang olehNya untuk mencari bekalan akhirat dan jugak dunia. Alhamdulillah kerana masih dikurniakan kesihatan tubuh badan yang masih kuat dan segar. 
terima kasih puan!!!
Pesanan untuk diri sendiri; semoga sentiasa menambah amal untuk kemudian hari dan berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...