Kelly 3572

Friday, February 14, 2014

Semangat Nak Mengalahkan LCW!!!

Assalamualaikum

Balik kerja tadi, singgah kejap kat AEON Wangsa Maju sebab wifey tunggu kat situ. Nak beli barang basah untuk bawak balik kampung kejap lagi.

Dah jumpa wifey aku ajak dia naik ke bahagian sukan untuk cari kasut untuk kegunaan indoor court. Ni untuk aktiviti badminton la ni. Kasut Nike aku tu tapaknya hitam, not allowed on indoor court, nanti kotorkan court tu yang warnanya hijau. 

Pergi kat bahagian aksesori sukan menggunakan raket, terjumpa la berbagai pilihan kasut untuk kegunaan dalam court tu. Banyak jugak yang menarik, dan yang penting, harganya tak la sampai mencecah 3 angka. Selamat budget aku. 
kasut Dunlop RM59.90, cushion grip RM5.90 each...
Terus amik jenama Dunlop macam dalam gambar kat atas ni. Agak ringan kasut ni. Paling mahal pun yang aku jumpa kat situ RM79.90. Tak yah beli mahal-mahal, bukannya selalu main pun. 

Selesai pilih kasut, kena la cari sepasang setokin ala-ala Lin Dan Don Den Dun, tapi nasib baik tak jumpa dan tak de pilihan sangat. Jadi selamat la budget untuk beli setokin tu. Next, cushion grip untuk raket badminton aku. Yang ada sekarang dah lunyai selepas sessi latihan dengan Ahmad baru-baru ni. Sambar la 2 cushion grip Gosen tuh.

Dah bayar cepat-cepat keluar dari AEON tuh sebelum aku gatal tangan sambar benda-benda lain pulak. Balik dengan kadar segera ke kampung dengan harapan sempat main badminton satu round malam ni. Dan satu lagi godaan yang memanggil kitorang segera balik kampung ialah budak ni...
posing dengan penuh menggoda memanggil uncle dan auntynya balik...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...