Sunday, February 9, 2014

Salah Satu Perkara Biasa Yang Berlaku Di Malaysia...

Assalamualaikum
my poor Kelly; the mini beemer...
Hidup di negara yang aman makmur ni memang kita tak kan terlepas dari menghadapi musibah-musibah dan dugaan macam yang biasa kita baca dalam surat khabar ataupun kita tonton kat TV dan juga internet.  
kalau panggil Horatio of CSI Miami mesti terus dapat clue who's the culprit...
Tak pernah lagi kita tengok surat khabar kat Malaysia ataupun siaran berita di TV Malaysia ni tanpa berita jenayah dalam satu hari. Kiranya, kalau takde berita jenayah ni memang tak sah atau tak lengkap la siaran berita dan jugak surat khabar Malaysia ni.
crime scene!!!
Aku tak berapa nak ingat bila kejadian ni sebenarnya berlaku. Cuma aku ingat memang aku amik cuti hari ni, sebab nak hantar ibunda tercinta pergi HKL. Hari tu, pukul 0640hrs pagi, aku ke tempat Kelly di parking di tepi jalan, di luar pagar kawasan tempat tinggal aku. Bila sampai je kat sebelah Kelly, terus aku bukak pintu dan duduk di tempat pemandu la macam biasa. Bila aku tengok seat sebelah, ternampak la deraian kaca cermin sebelah penumpang yang dah berterabur kat atas seat dan lantai Kelly. Kotak dashboard pun terbukak dengan kaset-kaset dan charger berterabur. Ashtray tempat kita selalu taruk duit syiling tu pun hilang terus!!!
ke bengkel jua akhirnya...
Aku tak panik, Terus panaskan enjin dan gerak ke rumah parent aku. Bawak ibunda ke HKL dulu, lepas tu baru settlekan hal Kelly ni.

Bawak Kelly ke Balai Polis Setapak untuk buat report. Polis cakap ini memang kes normal bagi Kuala Lumpur. Menurut pegawai polis yang melayan kes aku ni lagi, ini mungkin kerja budak-budak sekolah yang takde masa depan. Baru bejinak-jinak dengan jenayah mungkin. Setiap hari memang sangat banyak kejadian pecah cermin kereta ni berlaku. Sama la jugak dengan jenayah ragut. Masa tengah menunggu giliran nak buat laporan, aku terdengar sorang Chinese guy ni datang buat laporan pasal kereta bapak dia kena pecah untuk kali ke 2 dalam masa sebulan! Memang betul la KL ni aman damai kan? Ha ha...
cermin baru, dari luar...bersama imej reflek jurugambar...
Selesai buat laporan polis baru la boleh fikirkan pasal nak replace cermin Kelly tu. Jemput ibunda di HKL dan lunch dulu sebelum ke Sri Gombak untuk tukar cermin kereta. 
'3 HARI JANGAN BUKA' sign!!!
Kesian dengan Kelly aku ni. Jadi mangsa jugak akhirnya. Aku dah takmo park Kelly kat tempat tu lagi. Buat sementara waktu, aku park Kelly kat rumah parent aku je la sementara nak bawak balik ke Pajam. Biar la ni kali pertama dan terakhir Kelly jadi mangsa!
cermin baru tanpa tinted...
Ntah berapa banyak kereta lain lagi yang dah kena pecah agaknya. Nasib baik jugak la aku ni memang jenis tak tinggal barang-barang berharga dalam kereta. Duit syiling yang dibawak lari oleh manusia takde masa depan tu pun rasanya tak sampai RM5 pun. Ha ha...kesian betul dengan penyangak tu. 
baki serpihan kaca yang berjaya dikutip
Mesti ramai lagi pemilik kereta lain yang ada pengalaman macam aku ni, ataupun lebih teruk lagi kot. Dan diorang semua mesti rasa macamana aku rasa, bengang dan sebagainya. 

Dan yang paling jelas, Kuala Lumpur dan Malaysia ni bukanlah tempat yang tinggi tahap keselamatannya atas berbagai faktor yang dah tak terkawal. 
mungkinkah ini kerja mamat ni???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...