Thursday, January 23, 2014

Riadah Baik Untuk Kesihatan

Assalamualaikum

Baik manusia ataupun kucing, senaman adalah sangat baik untuk kesihatan! Kalau asyik makan tidur makan tidur je, itu bakal mengundang musibah di kemudian hari.
Obesiti dan pelbagai penyakit bakal menanti dengan senyum lebar. Lain la kalau metabolisma badan korang sangat-sangat tinggi! Makan la seguni beras sehari pun atau sekampit Blackwood 24kg sekali ngap, tapi badan masih boleh maintain ala-ala catwalk model! Even catwalk model pun wajib bersenam.  
Sebagai kucing kampung yang baik dan menjaga tata susila dan berjimat cermat, cukuplah aktiviti tangkap-tangkap bola dalam gelung ni menjadi senaman di petang hari. Senaman ni sesuai untuk kucing yang malas nak berlari kejar bola jauh-jauh.  
Di samping itu juga, aktiviti ni boleh dilakukan bersama ibu anda, ataupun adik-beradik anda yang lain; sekiranya ada. Macam saya ni, boleh la nak main dengan uncle saya sebab ibu saya memang tak leh get along dengan saya lately, nape ntah... sejak jadi hot mummy ni kan... 
Nasib baik la tuan saya sedia melayan kerenah saya. Nak harap saya sendiri mengadap bola ni memang hampeh la. Lepas 5 minit saya dah boring dah...

Apa-apa pun, ingat la pesan saya; amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu y'all! Peace...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...