Tuesday, January 28, 2014

Manchester United = Setin Minuman Revive Isotonic 325ml...Free...

Nak je aku pos muka depan The Sun Malaysia hari ni kat David Moyes. Kasi hangin sket sama dia. Baru dia tau betapa teruknya taraf pasukan juara bertahan EPL musim lepas dengan apa yang dia dah buat sekarang ni...
Lain la kalau diorang nak offer bagi minuman percuma kalau MU berjaya mengekalkan kejuaraan untuk musim ni ke, menang Champions League ke. Ni offer kalau MU menang lawan Cardiff City? Sungguh memalukan...

Tunggu je la apa kesudahan perlawanan ni pagi esok. Kalau MU menang, apa The Sun akan cakap, dan kalau kalah apa pulak kata surat khabar ni. 

Kalau kat kelab EPL lain, aku rasa dah lama dah manager macam David Moyes ni kena sack. MU mungkin tengah kasi chance kat Moyes ni untuk buat sebaik mungkin. Kalau baca kat artikel-artikel di surat khabar lain, ada jugak pendapat yang menyalahkan Alex Ferguson sebab dia la yang beria-ia appoint Moyes sebagai pengganti dia. Aku setuju jugak dengan pendapat tu, ada kebenarannya. 

Apa taknya, musim lepas, dengan player yang sama, MU jauh di tangga teratas liga. Tapi musim ni, dengan player yang sama + Fellaini yang nampak tak de impact langsung tuh, MU jadi mid-table team!

Tengok la nanti sapa lagi yang Moyes nak beli sebelum January transfer window tutup esok lusa. Harap-harap Juan Mata Kaki Telinga Mulut tu berjaya memberi positive impact to the team performance untuk saki baki game season ni...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...