Tuesday, January 28, 2014

Bila Masa Aku Ada Akaun Dengan RHB?

Assalamualaikum

Hari ni ada satu lagi cerita kelakar, bagi aku kelakar la. Ala-ala kes sebelum ni la. Tapi kali ni melalui email pulak. Ni la email yang aku terima pagi tadi.
keratan email yang aku terima...
Mesti ramai orang pernah terima email macam ni zaman sekarang ni kan? Nampak macam real je. Siap bagi link untuk access ke 'laman web RHB' tu. Dan macam biasa la, kalau siapa yang kurang arif dan cuai, mungkin akan jadi mangsa kena samun online ni. Terutama sekali kepada mereka yang mempunyai akaun simpanan dengan RHB.
klik link kat email tu akan bawa kita ke 'laman web RHB' ni...
So guys, please be alert dan jangan mudah tertifu. Kalau dapat email ataupun SMS pelik-pelik, consult la dulu dengan kawan-kawan ataupun mereka yang lebih arif, jangan terus respond to their request nanti akibatnya kita yang rugi!

Email yang aku terima tuh sememangnya bukan dihantar oleh RHB Bank! Ntah entiti mana ntah yang sangat cerdik nak menipu tu kan...

2 comments:

Farahliza Isa said...

byk kali da dpt email ni..tick pastu campak masuk spam folder..abih citer...hehehe

Mijoe said...

tu la pasal. Ni pun bukan kali pertama jugak. Saja je buat entry, kot2 ada lagi org yg tak aware pasal ni... :p

ikutkan hati nak je jadi CSI trace balik sapa yang hantar, pastu kantoikan diorang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...