Saturday, January 18, 2014

Aku Menang RM20,000.00!!!

Assalamualaikum

Hari ni aku betul-betul murah rezeki kot! Shell bagi aku duit sebab aku selalu isi minyak kat stesen minyak diorang! Tak pernah aku sangka hari bertuah macam ni muncul dalam hidup aku! Alhamdulillah!
Cuma kesian la kat Shell sebab diorang terpaksa employ staff yang menggunakan bahasa rojak macam blog aku ni untuk buat announcement penting macam text yang aku dapat ni. Dah takde orang dah kot yang boleh create SMS dengan bahasa yang betul? 
sekali baca pun dah tahu apa kes sebenarnya ni...
Kes macam ni memang dah taktik lama yang digunakan oleh perompak zaman moden ni. Kalau SMS ni diterima oleh orang yang kurang alert dengan taktik-taktik penipuan ni, memang naya la. Mangsa dial je nombor yang diberi tuh, hah siap la, bersedia la untuk kehilangan SEMUA duit dalam akaun bank yang bakal disoal-selidik oleh 'orang Shell' tuh. Dah la nombor orang yang hantar SMS tuh lain, lepas tu suruh call nombor lain untuk urusan nak kasi RM20 ribu tuh. 2-2 nombor mobile phone pulak tu.

Ambil perhatian, syarikat gergasi macam Shell takkan sekali-kali sanggup mencemarkan nama diorang dengan tindakan yang sangat bodoh macam ni. Kalau nak menipu pun, takde la nampak desperate macam hantar SMS yang boleh dijadikan bahan gelak ketawa orang. Budak darjah satu pun boleh agak ada sesuatu yang tak kena dengan entiti yang hantar SMS ni. Boleh masuk pencalonan lawak MeleTop nanti! Jadi, aku nak tegaskan sekali lagi, ni bukan kerja syarikat minyak Shell! Kalau Shell yang bagi hadiah ni, mungkin diorang akan hubungi kita dan nama pemenang pun disiarkan di laman web Shell Malaysia yang sah dan jugak di akhbar harian! Ni tengok website yang diberi pun ntah apa-apa. 

Aku malas la nak claim hadiah RM20,000.00. Sikit sangat...lain la kalau RM2 billion kan? Ha ha... 

2 comments:

Ninie Hanis said...

Sikit sgt fahim kata..lainla duit pound..hihi

Apapun tahniah! Hahaha!

Mijoe said...

TQ Fahim! Nanti uncle mijoe dapat GBP20k tuh, uncle mijoe n auntie malin fly first class all the way to Bradford ok...pastu bawak Fahim, daddy n mommy gi jenjalan Edinburgh ngan Wales ok!

mommy, abaikan angan2 uncle mijoe tatkala duit pound makin mahal ni...ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...