Kelly 3572

Sunday, January 19, 2014

Akhbar Dwi-Bahasa...

Assalamualaikum

Tengah syok surfing tetiba terjumpa artikel kat suratkhabar online ni yang biasanya berbahasa Malaysia, tetapi hari ni agak pelik. Bila masa pulak akhbar ni diterbitkan dalam bahasa Inggeris?
Mula-mula aku ingatkan tajuk berita tu je berbahasa Inggeris, bila aku baca kandungan beritanya pun, memang bahasa Inggeris jugak. Dan bila baca, isi kandungan berita tuh macam familiar je, macam pernah terbaca kat website akhbar berbahasa Inggeris je.   
Ni mesti kes amik berita dari akhbar bahasa Inggeris pastu lupa nak terjemah ke bahasa Malaysia la ni kot. Maafkan je la, memang terlupa nak terjemah la tu.

Cuma terfikir kerja jadi wartawan ni nampak macam agak senang; copy paste translate je dari akhbar lain. Mesti dah ada keizinan dari wartawan dan akhbar asal sesuatu berita tu disiarkan kot...

Wallahu'alam!

1 comment:

aby said...

selalu jumpa kes2 mcm tu bila melibatkan berita2 F1 ..
yg geramnya .. brita dlm bahasa melayu tu 1 atau 2 hari lambat sket dr berita asal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...