Kelly 3572

Wednesday, December 11, 2013

Sessi Melepak Bersama Fahim!

Assalamualaikum

Hari ni aku rushed balik lepas kerja sebab nak keluar semula dengan wifey untuk jumpa Zaid sekeluarga kat Keramat. Planned untuk pergi makan-makan la ni sebelum diorang isi itinerary diorang yang padat mulai esok. Kiranya ni sambungan sessi melepak dari sessi sebelum ni kat Al Jazeera dulu la ni...

Sampai je kat rumah Zaid, aku perasan yang rambut Fahim dah pendek; sesuai la kot dengan iklim semasa Malaysia ni yang hot! Ni potongan rambut dia sebelum ni.
2142hrs; Fahim tengah usha-usha menu kat Fiske...sama macam kat Bradford x? he he..
Lepas brief discussion dengan Zaid, kitorang decided untuk lepak kat Fiske memandangkan lokasinya yang agak dekat dengan Keramat. Lagipun Fahim nak berjalan jauh pulak esok, so daddy and mummynya kena rest lebih sket sebab esok nak drive. Aku dengan wifey pun dah agak lama tak dine kat Fiske ni, dan kebetulan pulak dapat la bagi Zaid sekeluarga experience makan-makan kat sini. Mana la tau kena dengan selera dan citarasa...he he. 
Masa dalam perjalanan ke Fiske tuh, boleh pulak kitorang terserempak dengan seekor ular tengah melintas jalan kat depan kilang-kilang di AU2 tuh. Nasib baik masa kitorang lalu jalan tu ular tuh dah sampai ke seberang jalan. Tapi gerun jugak bila memikirkan ular tu agak panjang walaupun tak sebesar ular sawa. Cuma risau kalau-kalau budak-budak kecik kat kawasan perumahan AU2A/7 atau kawasan berhampiran terserempak pulak dengan ular tu. Harap-harap takde perkara yang tak diingini berlaku. 
Fahim mengusha isi dalam pinggan daddynye...
Masa kitorang sampai Fiske tu, pengunjung tengah ramai. Nak park kereta pun terpaksa park kat depan rumah orang. Aku dropped passenger dulu kat depan Fiske sebelum cari tempat parking. Dah jumpa tempat parking kena menapak sikit kat celah-celah kedai yang gelap untuk ke Fiske dengan perasaan agak seriau bila teringat kat ular yang melintas jalan tadi. 
2250hrs; Fahim yang kehausan...dan suka air tembikai..he he
Malam ni pesanan kitorang agak lambat sampai, tak macam selalu. Mungkin sebab jumlah pengunjung yang agak ramai menyebabkan delayed sikit semua pesanan kitorang. Kesian kat Fahim yang terpaksa tunggu lama. Nasib baik daddy and mommynya ada bawak toys and gadget untuk distract Fahim daripada terus keboringan. 

Agenda masa lepak ni takde apa sangat. Borak-borak dan update pasal Bradford, EPL; specifically United's performance under the new management dan jugak pasal flight Fahim dari MAN-AUH-KUL. Sessi melepak kali ni ditangguhkan ke hujung bulan Disember ni pulak sebab waktu tak mengizinkan!

Selamat touring Malaysia Encik Fahim! Dan terima kasih banyak kat Zaid & Ninie for this lovely dinner walaupun tak dapat dine kat bilik berhawa dingin, janji kenyang dan enjoy this quality time sama-sama. 

To be continued to the next hang out session...

2 comments:

Ninie Hanis said...

Nasib baek mommy ngn fahim tak perasan ular melingkau atas jln tu. Klu tak sure seriau je mkn kt Fiske. Hahaha!

Kitorang rasa kitorang patut ucap time kasih byk2 sbb sudi bwk gi Fiske. Mmg best food kt situ. Fahim ngn mommy dh try spaghetti olio mmg sedap.

Malam tu Fahim mmg seronok ngn aktiviti jln2 cari makan uncle n aunty M dia. Minum air feveret jus tembikai..esok pagi...melabur. Haha! Dah kurang sembelit. Huhu!!!

Mijoe said...

uncle mijoe sampai skrg pun seriau teringat kat brader 'U' tuh.

p/s...

Comel betul gambo Fahim yg mommy whatsapp aritu; yg pasal uncle and aunty pekena kopi Miss Nah tuh.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...