Kelly 3572

Saturday, October 5, 2013

Nombor 13!

Assalamualaikum

Dah lama tak komen pasal bola. Sejak-sejak dah menang title akhir season dulu. Dan jugak sejak Sir Alex Ferguson bersara dari dunia hiburan bolasepak!

Hari ni rasa nak meluahkan rasa 'fanic' pasal kedudukan semasa MU dalam EPL. Sebelum game dengan Sunderland malam karang. Table kat bawah ni la menceritakan segala-galanya...
screenshot dari TablesLeague.com
Dalam table ni MU berada kat tangga ke 12, tapi sebenarnya, selepas habis beberapa game yang bermain lebih awal, MU dah berada kat tangga ke 13! Hebat gila tuh! Memang cipta rekod permulaan musim paaaaaling teruk selepas era kegemilangan Alex Ferguson! Malu tak supporter MU semua? Malu tak? Malu tak? Apa perasaan kena boo dan diejek oleh supporter pasukan-pasukan lain yang berada kat atas MU? 

Aku ok je. Tapi memang bengang la dengan David Moyes tuh. Kenapa dia tak gunakan Shinji Kagawa, Wilfred Zaha semua tuh? Fellaini tuh nampak macam tak sesuai je dengan position yang dia main sekarang. Paling menyerlah Fellaini masa 2nd half game against Manchester City. Yang lain macam sangat-sangat below par.

Setakat ni, Moyes dah kalah 50% kat EPL. Nak tak nak, game kejap lagi MU memang wajib menang. Kalau kalah, memang penyokong MU seantero dunia wajib rasa 'fanic'. Dan David Moyes pun mesti sangat-sangat tak senang duduk, berdiri, baring, tido, kencing, berak dan sebagainya... dia kena sedar yang dia sekarang bukannya mengurus Everton! 

Aku dan jugak advisor  Alex Ferguson kat KL ni; wifey la sangat-sangat upset bila 2 coaching staff under Alex Ferguson tak bersama David Moyes. Mike Phelan dan Rene Maulensteen tu sepatutnya terus bersama MU, ataupun sekurang-kurangnya bantu David Moyes masa transition period macam ni.

Masa Alex Ferguson memula jadi manager MU dulu, dia masuk pada pertengahan musim; November 1986 pada masa MU berada di tangga ke 21 dalam liga daripada 22 pasukan yang bertanding. Dia ganti Ron Atkinson yang dipecat akibat daripada prestasi buruk MU masa tu. Pada akhir musim tu, MU berjaya naik sampai ke tangga ke 11! Alex Ferguson dah berjaya mengubah haluan MU. 

Lain pulak cerita dengan David Moyes ni. Masa dia ambik alih, MU berada di tangga pertama selaku juara bertahan. Dan selepas 6 perlawanan, MU cuba nak turun ke tangga paling bawah... sabor je la. Bagi dia masa dulu.

Dengan kekuatan pasukan-pasukan lain yang bertanding musim ni, aku rasa agak susah la untuk MU menang EPL, lebih-lebih lagi kalau prestasi sekarang ni dijadikan ukuran... ayat pun dah macam wartawan dan pengulas sukan kat Malaysia...ha ha.

Buat masa sekarang ni aku lebih berminat nak tengok samada MU boleh recover atau tidak. Dan nak tengok MU's fightback! Kalau ikut table sekarang, aku rasa 3 pasukan yang teratas bakal menjadi juara EPL musim ni; Arsenal, Liverpool dan Spurs. Kalau MU berjaya jadi top 4 pun dah kira bagus dah!

So, kita tengok apa keputusan MU lawan Sunderland malam ni ye...

Glory Glory Man United!

4 comments:

Ninie Hanis said...

Liverpool? eh..? hehe..

jgn panas2..ni tgh kipas zaid ni. sian dah masuk autumn dia terus kepanasan. :)

Malin jgn fanic sgt kang semput.Harap2 MU dapat fight balik.Tapi nasib baik game smlm menang.

aby said...

sib baik aby bukan MU fan ..
klu tidak mau rasa blow juga ..
apapun klu dah true fan ..
timbul tengelam kita tetap bersama kan
mcm mana minat aby kt ferrari ..
tetap bersama ferrari juga ..

Mijoe said...

Ninie

tu la pasal...sib baik menang dengan Sunderland tuh. Thanks to new wonderkid Denan tuh. Terus naik mendadak saham budak tuh.

kalau uncle mijoe kat sana pun boleh kepanasan dalam autumn kalau MU huru hara macam ni..he he.

sabar ye Zaid & Fahim...(eh Fahim supporter MU la!!) :p kite tgk kat mana MU akhir season ni...layak masuk CL x?

auntie malin mmg takde mood nak tgk MU main kalau asyik dropped point jer..

Mijoe said...

aby..

tahun ni team aby mmg mantop!!! Aby supporter LFC kan? :) gandingan yg mantop Sturridge Suarez tuh. Mesti CFC nyesal giler jual Sturridge ke LFC! Goal pun banyak yg diorang berdua score!!

Ferrari season ni nampak improved sket rasanya. Cuma still susah nak challenge Red Bull tuh...kalau Vettel masuk Ferrari mungkin ok kan aby? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...