Kelly 3572

Friday, October 11, 2013

60 Minit Lebih Ustaz Don...

Assalamualaikum

Lepas kerja petang tadi wifey kutip aku kat office dan terus meredah traffic balik ke Nilai. Nak cepat sampai, solat Maghrib dan berjemaah Isyak kat surau. Nasib baik traffic petang Jumaat ni tak seteruk kebiasaannya. Sampai kat Pajam pukul 8 dan sempat solat Maghrib dengan tenang, berehat sekejap minum teh panas sebelum ke surau untuk join ceramah yang bakal disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal selepas solat Isyak nanti. Ada ke yang masih belum kenal ustaz Don?
meet the fans session!!! 
Memang penuh la surau malam ni daripada kebiasaannya yang susah nak penuhkan 2 saf pada setiap kali waktu solat fardu. Alhamdulillah, semoga selepas ni jumlah saf masa solat fardu akan bertambah, InsyaAllah. 
ingat artis je sign autograph? :)
Wifey dan Cik Nana berjaya dapat seat depan pentas. Senang la nak usha tengok ustaz Don dari dekat secara live! Ha ha. Ustaz Don sampai hampir tepat pada waktunya, pukul 9 malam dengan jubah hitam dan berserban putih. Ni la pertama kali aku tengok Ustaz Don secara live. Selama ni asyik tengok kat TV Al-Hijrah je.  
kesian pulak tengok Ustaz Don terpaksa bergambar dengan peminat macam ni...
Ustaz Don memang tak berbeza di dalam TV dan jugak kat luar. Loghat Utaranya, lawaknya, kesungguhannya menyampaikan ilmu, semua nampak natural. Kandungan ceramahnya pada malam ni banyak menceritakan kisah Nabi Musa dengan Firaun. Bagaimana salah satu mukjizat (tongkat Nabi Musa yang boleh bertukar menjadi ular) yang Allah kurniakan kepada Nabi Musa telah berjaya membuatkan ahli-ahli sihir Firaun beriman kepada Allah swt. Tetapi Firaun tetap dengan egonya. Kisah pasal Nabi Musa AS dengan ahli sihir Firaun ni banyak diceritakan dalam Al-Quran di dalam surah As-Syu'ara', Al-A'raf, Yunus dan Thaaha. Buka la tafsir Quran tu sekiranya berminat nak mengetahui secara lebih lanjut, InsyaAllah.

Aku jadi cameraman tak bertauliah, siap dengan videocam dari awal sampai akhir, tapi sayangnya kualiti audio tak berapa bagus, suara Ustaz Don tenggelam dek kebisingan adik-adik dan anak-anak yang bermain kat sekitar kawasan surau. Penat la jugak berdiri sejam lebih pegang videocam tanpa menggunakan tripod.

Majlis berakhir lepas sejam kemudian. Ramai la jemaah ambik kesempatan nak bersalam dan bergambar dengan ustaz Don. Aku pun tak terkecuali. Tapi aku kena tunggu sampai betul-betul jemaah dah berkurangan baru boleh approach ustaz Don. Dan memang berbaloi la tunggu lama sampai dah tinggal AJK surau dan JKKKKKKKKKKKKKKKKKKK (cam dalam citer antu kak limoh tu lerr) je dengan ustaz Don, aku salam dan siap peluk ustaz Don cam kat akhir rancangan 30 Minit Ustaz Don  kat TV AlHijrah tu la. Huuuhhh..peluk kiri kanan kiri! Dengan harapan dapat la aura-aura yang baik dari ustaz Don tu terjangkit kat aku sket...ilmu tajwid ke, kemudahan menghafal Al-Quran ke kan...InsyaAllah!

So ustaz Don, kalau tersesat dan terbaca blog ni, jemput la ke surau kitorang lagi ye InsyaAllah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...